Parti Keadilan Rakyat - Orang Asli

Parti Keadilan Rakyat - Orang Asli

KeADILan

MARAN - 17 Ogos : Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim mempunyai musuh yang sama dengan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad iaitu menantu Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, Khairy Jamaluddin. Dalam ucapannya Anwar membidas Khairy yang didakwanya menyalahguna kuasa untuk mengaut kekayaan dalam usia yang begitu muda. Anwar dengan tegas mengumumkan akan memfailkan saman terhadap Khairy di atas beberapa tindakan dan kenyataan yang dibuat Khairy terhadapnya. Katanya, beliau mempunyai bukti yang mencukupi untuk menyaman Naib Ketua Pemuda Umno itu. Anwar dalam ucapannya turut menafikan kehadiran beliau dalam arena politik tanah air adalah untuk merampas jawatan menteri dan sebagainya. Katanya, beliau berjuang kerana prinsip, jika inginkan jawatan, kedudukan dan sebagainya beliau boleh menggunakan saluran hubungan baik antara keluarganya dengan keluarga Perdana Menteri. “Keluarga saya dengan keluarga Abdullah sememangnya rapat dan saling kenal mengenali,” katanya ketika berucap pada majlis Lawatan Bertemu Rakyat Pahang di Felda Kemboja, Jengka 4, dekat sini pada 15 Ogos lepas. Menurut Anwar beliau telah melalui kehidupan di dunia yang tidak pernah dirasai oleh orang lain, dari layanan sebagai Pemangku Perdana Menteri hinggalah kepada layanan seperti binatang, diaibkan dan di penjarakan selama enam tahun dimana makanan pun dibaling kepadanya seperti memberi makanan kepada binatang. “Saya telah melalui kehidupan daripada kehidupan mewah sebagai pemangku perdana menteri hinggalah kepada kehidupan hina di penjara,” katanya. Pada majlis itu Anwar menerima 244 borang ahli baru menyertai KeADILan daripada setiausaha Badan Perhubungan KeADILan Pahang, Rabidin Kasmawi. Sebelum itu beliau mengadakan lawatan ke Jerantut dan Temerloh.

Di Temerloh Anwar menerima 30 borang permohonan menyertai KeADILan daripada masyarakat Orang Asli yang diketuai oleh Arsian Napitoepoeloe. syukree @ August 17, 2007

 

 



posted by: Kt (reply)
post date: 08.22.07 (11:20 pm)

Memang sudah terlalu lama masyarakat OA memerlukan KEADILAN demi masa depan mereka. Bergiat dalam parti adalah baik bagi OA supaya mereka dapat memilih calun terbaik dan mudah-mudahan nasib mereka dibela. Sudah sekian lama mereka memilih calun dari parti pemerintah, yang kaya-raya calun, OA masih ditakuk lama. OA hanya disogok dengan makanan, tembakau dan pengangkutan, janji entah kemana. Harap2 kali ini ada perubahan bagi OA...

Dari,

Winston, Oregon 97496
United States of America.





posted by: Yan (reply)
post date: 08.23.07 (1:57 am)

Nasib Orang Asli sangat malang kerana Parti Pemerintah bercakaran dengan parti Pembangkang Orang Asli "Mati" tersepit di tengah-tengah. Keadilan tetap menjadi Impian......



posted by: amandarossa (reply)
post date: 01.26.08 (1:36 am)

jgn tunjuk muka kat kampung2 Orang Asli semata-mata utk menang dlm pilihanraya. bila dh menang tu, segerakan lah tunaikan apa yg dh dijanjikan kpd masyarakat OA.



posted by: senoi (reply)
post date: 02.21.08 (7:17 am)

mmg nasib org asli x sehebat bangsa lain tp telah dirancuni pemikiran mereka dgn budaya mengarut sehingga hilangnya identiti keaslian pd org asli budaya,agama dan adat resam...sooo bg saya x sokong mane2 pun sebab hanya menguntung pihak tertentu saje jd bangsa org asli terpinggir dgn janji manis saje



posted by: atz (reply)
post date: 02.21.08 (9:19 am)

kenapa bila UMNO BN tipu OA kamu tidak pernah marah. Tapi bila orang lain yang belum terbukti hendak tipu OA dah dicemuh. UMNO dah terbukti 50 tahun tipu dan tindas OA. Kenapa OA masih sokong mereka.



posted by: senoi (reply)
post date: 03.05.08 (8:17 pm)

awak cakap sape ni..budaya UMNO cm melayu jgk aku x sokong sape2 sedangakan OA sendiri dah ada persatuannye sendiri tp x aktif ni plak OA nk masuk atau sokong bagi aku haprak langsung!



posted by: hip hop (reply)
post date: 04.09.08 (12:51 pm)

OA ni memang tak ada arah tuju. maka itu tanah OA habis di ambil UMNO. Tapi mereka sokong jugak



posted by: brutal (reply)
post date: 06.02.08 (10:33 am)

hip hop,
aku sangat setuju dgn kamu. U.M.N.O = Untung Melayu Nahas O.Asli. UMNO utk melayu. Dlm perhimpunan agung UMNO tak pernah dengar sepatah pun sebut pasal OA. kalu mau berpolitik masukla DAP ke, PKR ke, gerakan, PPP ke dll. ini parti semua kaum.

Your Name:


Your Comment: