UCAPAN PRESIDEN POASM - MAJID SUHUT
08.19.07 (10:48 am) [edit]
Mesyuarat Agung Ke-16
Perstuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM)
30 April 2006, Putrajaya
------------------------- ------------------------- ---------
Yang Berbahagia Saudara Pengerusi Majlis
Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib B. Tun Abdul Razak
Timbalan Perdana Menteri Malaysia
YB. Dato Seri Abdul Aziz B. Shamsuddin
Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah
Y.Bhg. Dato' Fadzil Mahamud
Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia
YB. Senator Osman Bungsu
Ahli Parlimen Malaysia
Yang Berusaha En. Rashid B. Ka
Pengerusi Jawatankuasa Persiapan Perhimpunan Agung POASM Ke 16 merangkap Timbalan Presiden
Naib Presiden-Naib Presiden, Ahli Majlis Tertinggi & Ahli-ahli Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia
Dato', Prof., Dr., Batin-batin, Tok Penghulu, tuan-tuan dan puan-puan sekelian.
Salam Sejahtera & Selamat Pagi
Terlebih dulu, saya merakam setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib b. Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia kerana dapat bersama-sama kita pada pagi ini.
Kehadiran Yang Amat Berhormat Dato' Sri sememangnya dialu-alu dan dinanti-nantikan oleh seluruh Ahli-ahli POASM.
Keikhlasan Yang Amat Berhormat Dato' Sri, ke Majlis ini akan menjadi satu kenangan manis dan menjadi satu sejarah terpenting POASM. Peristiwa ini akan terpahat dihati dan sanubari seluruh masyarakat Orang Asli Semenanjung Malaysia.
Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib B. Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ini adalah pemimpin negara yang sebenar-benarnya, "berjiwa rakyat".
Juga tidak lupa terima kasih persatuan kepada YB. Dato Seri Abdul Aziz B. Shamsuddin, Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah. difahamkan sebelum ini ada program lain untuk dihadiri tetapi membatalkannya dan bersama-sama kita ke majlis ini.
Begitu juga Yang Berbahagia Dato' Ketua Pengarah JHEOA, YB. Senator, dan lain-lain dif-dif kehormat meskipun sibuk dengan urusan rasmi masing-masing tetapi dapat juga melapangkan waktu bersama-sama persatuan pada hari ini.
Kepada Ahli-ahli Persatuan, dari segenap pelusuk kampong pendalaman hingga yang tinggal di kotaraya, terima kasih kerana yang bersusah payah untuk datang ke Putrajaya ini, serta dapat melapangkan masa bersama-sama menyambut ke datangan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib B. Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia bagi Merasmikan Perhimpunan Agung POASM Ke 16, Tahun 2006.
Saya sekali mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada para hadirin sekelian.
Yang Amat Berhormat, YB. Dato, Dato' , tuan-tuan dan puan-puan.
Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia ditubuhkan pada tahun 1976. Sehingga kini mempunyai keahlian yang berdaftar sahaja seramai 22,521 orang di seluruh Semenanjung Malaysia.
Sejak dari asal penubuhannya POASM adalah sebagai sebuah badan pengantaraan Orang Asli. Justeru peranan inilah maka menjadikannya begitu relevan bagi Orang Asli.
Berdirinya saya disini, bertongkatkan semangat kaum saya. Mendukung impian dan harapan masyarakat Orang Asli Semananjung Malaysia.
Bicara saya adalah bicara masyarakat Orang Asli berasaskan perkembangan dari titian kehidupan mereka di negara ini.
Hatta, dari sudut mana harus saya berbicara! Semuanya semuanya adalah suara hati, rintihan masyarakat.
Soal Pembangunan Bagi Orang Asli.
Bila Bercakap Pasal Pembangunan, saya juga sependapat dengan "definisi pembangunan masyarakat" yang diterima seluas diseluruh dunia iaitu oleh United States International Cooperation Administration (1956), berbunyi,
"Pembangunan masyarakat merupakan satu proses yang mana individu-individu dalam masyarakat itu bergabung untuk membuat perancangan dan tindakan. Mereka juga mengenalpasti masalah dan keperluan bersama, merancang bersama dan melaksanakan rancangan untuk mengatasi masalah dan memenuhi keperluan dengan menggunakan sumber masyarakat. Rancangan tindakan oleh masyarakat juga perlu disokong melalui perkhidmatan yang datang daripada luar mesyarakat khususnya badan-badan kerajaan dan swasta."
Maknanya perlu wujudnya kerjasama antara pemberi dan penerima. Secara mudahnya pemberi perlu memahami kehendak dan citarasa penerima, sebaliknya kelak penerima akan memberi kerjasama. Aspek keikhlasan amat penting dalam konteks kemanusiaan/
Sebaliknya juga seperti kata pujangga (William Shakepear), konsep pemberian dan penerimaan adalah seperti berikut ;
"Ikikhlasan itu ibarat titisan hujan dari langit, membahagiakan pemberi dan menyegarkan penerima."
Soal Hak Orang Asli Ke Atas Tanah
Adalah tidak dinafikan bahawa bahawa Orang Asli adalah masyarakat pribumi negara ini. Fakta Sejarah telah membuktikan dan mengesahkan perkara ini serta tidak boleh dinafikan lagi.
Akta 134, Akta Orang Asli (1954) telah mengadakan peruntukan dan peraturan bagi tujuan memberi perlindungan, kesentosaan, dan kemajuan Orang Asli di Malaysia Barat. Seksyen 6, 7, dan 8 memberikan dan menjamin hak keistimewaan Orang Asli terhadap Tanah.
Dasar Pemilikan & Hak Tanah Orang Asli yang di gubal dan dilaksanakan oleh kerajaan akan memberi kesan yang besar terhadap penghidupan dan masa depan Orang Asli. Ini adalah kerana tanah adalah merupakan suatu aset yang tidak ternilai kepada Orang Asli. Juga, bukan kerana nilainya semata-mata tetapi 'tanah' adalah merupakan maruah, harga diri, penghidupan, dan "survival" Orang Asli.
Menekankan bahawa adalah amat penting supaya pihak kerajaan, individu, syarikat, dan pihak-pihak lain mengiktirafkan dan menghormati kawasan Orang Asli, Tanah-tanah Adat, Kampung Tradisi, dan kawasan yang diduduki dan diusahakan oleh Orang Asli tidak dicerobohi, di rampas dan di ambil daripada Orang Asli dengan sewenang-wenangnya, tanpa berunding terlebih dahulu dengan Orang Asli.
Lebih kurang 1,200 Orang Asli turut hadir mesyuarat ini.
Banyak Kawasan Orang Asli, Rezab Orang Asli, Tanah-tanah Adat Orang Asli, kampung Tradisional Orang Asli, kawasan yang diduduki dan diusahakan oleh Orang Asli telah dirampas dibatalkan dan di ambil sewenang-wenangnya secara tidak bermoral dan tidak berperikemanusiaan seperti tentera penceroboh Amerika Di Iraq. Segelintir mereka ini sama saja, tiada bezanya dengan tentera penceroboh Amerika Di Iraq.
Memandangkan banyak konflik, bantahan, tunjuk perasaan, pertelagahan, kes mahkamah, pembatalan rezab Orang Asli secara tipu muslihat disebabkan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan juga tidak kurang melibatkan sebilangan pegawai-pegawai JHEOA. Jabatan sendiri yang kurang defensif atau kurang serius terhadap isu dan permasalahan Tanah Orang Asli.
Di mana akibatnya kawasan tanah Orang Asli semakin berkurangan keluasannya.
Kami Orang Asli memohon dan merayu agar di pihak kerajaan hendaklah bersikap adil dan perihatin terhadap masalah tanah dan kawasan Orang Asli. Kita juga merayu agar kerajaan bersikap terbuka dan menerima cadangan bagi meleraikan kemelut di atas serta seterusnya mengiktiraf dan memberikan Hak Tanah Orang Asli sebagaimana yang termaktub di dalam Akta 134, Akta Orang Asli (1954).
Hari ini, Perhimpunan Agung POASM Kali Ke 16, 2006 yang diadakan pada 30 April 2006, dengan sebulat suara memohon kerajaan untuk mengambil tindakan-tindakan yang berikut :
1. Mengistiharkan bahawa mulai daripada hari ini sebarang projek pembangunan yang melibatkan Kawasan Orang Asli, Tanah-tanah Adat, Kampung Orang Asli, Kawasan yang diduduki dan diusahakan oleh Orang Asli hendaklah dirundingkan secara telus dan terus dengan masyarakat Orang Asli. Membuat bayaran ganti rugi yang berpatutan mengikut semasa.
2. Membuat tentu ukur sempadan kawasan Orang Asli, Tanah-tanah Adat, Kampung Tradisi dan kawasan yang diduduki dan diusahakan oleh Orang Asli dan seterusnya diwartakan mengikut keluasan kawasan, Orang Asli, Tanah Adat, Kampumg Tradisi, dan kawasan yang diduduki oleh Orang Asli serta ditambah 30% keluasan tambahan untuk pembangunan dan generasi akan datang.
3. Sekiranya Kawasan Orang Asli, Tanah-tanah Adat, Kampung Tradisi, dan kawasan yang diduduki oleh Orang Asli terletak didalam kawasan perlindungan seperti Kawasan Tadahan Air, Rezab Perhilitan, Rezab Perhutanan, Rezab Melayu, dan lain-lain maka kawasan tersebut hendaklah dilupuskan serta dijadikan Kawasan Rezab Orang Asli.
4. Jika sekiranya Kawasan Orang Asli, Tanah-tanah Adat, Kampung Tradisi, dan kawasan yang diduduki dan diusahakan oleh Orang Asli terletak berhampiran dengan penempatan atau kampung masyarakat luar atau berhampiran Pekan, Bandar dan kawasan pembangunan maka lot-lot tanah Orang Asli hendaklah diukur dan dikeluarkan geran kekal bukannya pajakan 99 tahun.
5. Adalah perlu, penting sekali sebarang penggubalan dasar mengenai pemilikan tanah Orang Asli hendaklah melibatkan perbincangan menyeluruh dan mendapat persetujuan daripada masyarakat Orang Asli itu sendiri.
Soal Permasalahan Pendidikan Orang Asli
Sistem Merit yang dilaksanakan oleh kerajaan sekarang menimbul masalah besar kepada anak-anak Orang Asli memasuki IPT (IPTA / IPTS). Kemajuan Teknologi IT dengan sistem atau kaedah permohonan kemasukan secara "online" menyukar pelajar-pelajar Orang Asli untuk membuat permohonan kemasukan ke IPT. Perkembangan seperti inilah sesebenarnya membantut kemajuan pendidikan Orang Asli ; sekali gus pintu masuk ke menara gading bagi Orang Asli adalah gelap sama sekali.
Sistem pendidikan sekolah atau persekitaran sekolah atau tempat belajar yang tidak bersesuaian dengan budaya anak-anak Orang Asli. Suasana Persekolahan lebih mendorong anak-anak Orang Asli jadi malas ke sekolah. Ini semua perlu dikaji. Bukan sekadar kajian terhadap sikap malas pelajar-pelajar Orang Asli terhadap pendidikan semata-mata atau sikap ibu bapa pelajar Orang Asli yang kurang menitik beratkan pendidikan anak-anaknya.
Fakta sementara; sikap ibubapa, pelajar malas sekolah, tidak mahu bergaul, dan sebagainya adalah tidak tepat menyatakan sebagai factor penyumbang keciciran pelajar Orang Asli. Sebaliknya persekitaran pembelajaran dan kaedah pengajaran di sekolah-sekolah menjana factor keciciran pelajar-pelajar Orang Asli.
Disamping itu, perhimpunan hari ini mengesa kerajaan mengwujudkan Dana Pendidikan untuk anak-anak Orang Asli yang berjaya melanjutkan pelajaran samaada ke IPTA dan IPTS.
Pada hari ini Dasar JHEOA hanya memberi bantuan kepada pelajar-pelajar IPTA sahaja tetapi pelajar-pelajar yang menuntut di IPTS anak tirikan. Dasar JHEOA ini tidak sehaluan dengan dasar kerajaan memerintah yang mewujudkan IPTS , sebagai pilihan kekurangan tempat pengajian di IPTA.
Persoalan Ekonomi Masyarakat Orang Asli
Kementerian (KKLBW) dan Jabatan (JHEOA) sesebenarnya menyedari status ekonomi Orang Asli yang jauh terkebelakang jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain di negara ini.
Hasrat Murni Kerajaan, untuk meningkatkan taraf ekonomi masyarakat sentiasa disambut baik oleh Orang Asli. Persoalannya sejauh mana keberkesanan perlaksanaannya. Contohnya Rancangan PSK. Dengan keluasan 6 ekar sekeluarga, adakan melepasi tahap kemiskinan yang dicanangkan dengan pendapatan RM300.00 sebulan?
Penglibatan Orang Asli dalam Rancangan PSK, entah beberapa kali sub baru lepas kepada kontraktor Orang Asli. Kena lepas Anak-anak syarikat RISDA. Apa kontraktor Orang Asli nak makan.
Adalah menyedihkan lagi Orang Asli berkerja di lagang sendiri dengan bayaran RM8.00 hingga RM12.00 sehari. Sedangkan buruh Indonesia, datang ke Malaysia tidak kenalpun sebelum ini Pokok Sawit, lebih mahal gajinya daripada Orang Asli. Jika Orang Asli tidak mahu melibatkan diri berkerja di Ladang-ladang Kelapa Sawit, kita di label .."malas", tidak mahu berubah cara hidup.
Namun begitu, saya akui Orang Asli juga ada kelemahannya. Orang Asli perlu gigih bersaing dan jangan sekali-kali menyerah kalah.
Yang Amat Berhormat Dato' Sri & Yang Berhormat Dato' Seri Menteri, semua ini saya kena luah dan perdengarkan, jika tidak bersalah saya kepada Orang Asli.
Yang Amat Berhormat, YB. Dato, Dato' , tuan-tuan dan puan-puan, bagi memajukan ekonomi Orang Asli, kerajaan hendaklah mengambil satu pendekatan holistik. Usaha-usaha untuk memajukan ekonomi Orang Asli hendaklah dilakukan sama seperti menaikkan ekonomi masyarakat Melayu pada tahun-tahun 60an, 70an & 80an, suatu ketika dulu. Tidak boleh serik dan jauh sekali dari merasa keciwa kerana gagal ; hendaklah berterusan atau berkesinambungan.
Yang Amat Berhormat, YB. Dato, Dato' , tuan-tuan dan puan-puan.
Rancangan Malaysia Ke 9 (RMK-9): Kerajaan Persekutuan akan memperuntukan sebanyak 200 bilion ringgit bagi perbelanjaan pembangunan. Daripada jumlah keseluruhan peruntukan, 44.9 % akan diagih kepada projek pembangunan di bawah sektor ekonomi dan 37.5% sektor social.
Pada Dasarnya Orang Asli seluruh Semenanjung Malaysia berterima kasih kerana YAB. Perdana Menteri Malaysia serta dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia ; mempengerusi dan memantau perlaksanaan RMK-9.
Yang Amat Berhormat, pastikan benar-benar sampai kepada rakyat termasuk Orang Asli.
Yang Amat Berhormat Dato' Sri & Yang Berhormat Dato' Seri Menteri. Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia adalah sentiasa berada dibarisan akhir mempertahan kerajaan yang memerintah hari ini.
Hakikatnya POASM bukan sebuah parti politik, perjuangan kami sesebenarnya adalah seiringan dan sentiasa bersama-sama kerajaan.
Dari kiri: Rashis Ka, Najib Tun Razak, Aziz Shamsuddin, Majid Suhut, Norya Abas.
Kesetiaan Persatuan kepada kerajaan memerintah dan kesetiaan kita kepada negara, tidak akan luntur oleh hasutan dan ancaman mana-mana termasuklah pengkianati negara.
Hala tuju, visi dan misi kita jelas, ke arah membangunkan dan membela nasib rakyat dan kepentingan negara. Kelantangan Suara Persatuan (POASM) adalah tangisan dan rintihan rakyat, kerajaan dari rakyat maka sewajarnya kepada rakyat juga khidmat kerajaan.
Namun begitu, ada kalanya Persatuan (POASM) merasa kecil dan jauh hati dengan kerajaan. Kekeciwaan dan kekesalan ini dirasai oleh Ahli-ahli POASM; juga seluruh masyarakat Orang Asli Semenanjung Malaysia. Sebagai NGO, kerajaan juga perlu membantu Persatuan (POASM) seperti mana bantuan kewangan yang diberikan kepada lain-lain NGO.
Yang Amat Berhormat Dato' Sri & Yang Berhormat Dato' Seri Menteri, Bagi Sesi 2006/2009, sama ada saya masih lagi memegang Jawatan Presiden atau tidak, itu tidak penting. Adapun persatuan ini (POASM), adalah juga warga jentera kerajaan, dan merupakan saluran ke dua serta suara rasmi majoriti Orang Asli.
Peruntukan yang dimohon ini termasuk Aktiviti Kemasyarakatan atau Program Pembangunan Masyarakat & Pentadbiran Pusat, Negeri, Bahagian dan Cawangan Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM). Secara terperincinya adalah seperti Kertas Belanjawan POASM, 2006 / 2009.
Akhirkata, sukacitanya saya sekali mengambil kesempatan ini merakamkan setinggi penghargaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib B. Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, kerana sudi merasmikan Perhimpunan Agung, POASM Ke 16, 2006.
Jika ada salah dan silap, tuturkata dan kekurangan persiapan majlis ini saya mohon maaf. Sebagai seorang manusia, saya juga seperti yang lain-lain tidak lari dari semua itu, cuma kita sentiasa berusaha ke arah kesempurnaan.
Sekian, terima kasih.
Majid Suhut
Presiden, POASM
posted by: Kt (reply)
post date: 08.24.07 (12:08 am)
Tahniah, kepada Presiden POASM yang telah menyampaikan rintihan dan suara hati masyarakat Orang Asli kepada pihak kerajaan pemerintah, terutama mengenai isu tanah. Pada pandangan saya, isu tanah ini hendaklah dikemukan melalui saluran yang betul, iaitu melalui Pejabat Tanah dan Galian kerana mereka bertanggungjawab memproses permohonan pewartaan tanah. Diharap usaha gigih POASM ini akan membuahkan hasil.
"United We Stand"
Dari,
Winston, Oregon 97496
United States of America
posted by: BAH BELKUS (reply)
post date: 06.26.08 (1:55 am)
ADAKAH PERSATUAN POASM MASEH AKTIF ATAU PUN TIDAK? SATAHU SAYA IA TIDAK LAH SEPERTI 18THN DAHULU,SEBAB PERJUANGAN MEREKA DAHULU ADALAH TERSANGAT RIUH DAN BERSEMAGAT,TAPI SEKARANG APA SUDAH JADI SEBAB MASYARAKAT KITA SUDAH TERUMBANG AMBING.TAPI KALAU BOLEH BERSEMANGAT LAH WAHAI KETUA POASM SEPERTI PERJUANGAN YANG TELAH LEPAS.NASIHAT SAYA PERJUANGKAN SEMULA DAN RIUH LAH KEMBALI SEBAB KITA DI ERA MODEN.
posted by: 18warriors (reply)
post date: 07.20.08 (8:35 pm)
Apa dah jadi Tuan Presiden? Sonyap jo... Apa pun, segala usaha gigih yang diperjuangkan oleh persatuan saya sokong! Tapi, suka saya mengingatkan POASM! Biarlah matlamat perjuangan sebenar masyarakat Orang Asli yang diperuangkan bukannya matlamat individu tertentu sahaja. Walau sebesar mana pun sumbangan daripada kerajaan , ahli POASM dan masyarakat Orang Asli, jika tidak ditambah nilai kepada sumbangan akan lenyap begitu sahaja tanpa membuahkan apa-apa hasil. Harta Orang Asli akan tergadai lagi!!!!
posted by: emiey (reply)
post date: 08.11.08 (2:12 am)
harap berjaya
posted by: poasm member (reply)
post date: 09.26.08 (11:23 am)
Sila lawat laman web rasmi poasm di www.poasm.org yg baru dilancarkan.
sekian.
posted by: kemy (reply)
post date: 09.29.08 (11:47 pm)
saya cadangkan supaya poasm bergerak ke seluruh semenanjung malaysia untuk memberi penerangan berkaitan dasar dan perjuangan penubuhan poasm kepada seluruh orang asli semenanjung malaysia, ini adalah kerana masih ramai yang tidak tahu fungsidan tujuan poasm. disamping itu cuba tarik ahli yang ramai serta bekas pelajar orang asli yang tidak didedahkan dengan persatuan ini. sekian tq.
posted by: senoi (reply)
post date: 10.05.08 (12:13 am)
sedara kemy bagus cadangan anda saya pun berpendapat gitu poasm dah lama idup kt kubur mane bisanye..kelibat poasm pun xde..why????
posted by: senoi (reply)
post date: 10.05.08 (12:15 am)
sejak bile pulak web site poasm ade haa..dulu sy nk cari bukan main payah lagi...ape mimpi poasm ni haa
posted by: rischaki (reply)
post date: 10.05.08 (1:32 pm)
bagus la kalau poasm dah ada laman web sendiri..cadangan saya pada ahli lembaga poasm, dalam laman tu nanti muatkan ucapan presiden dari awal penubuhannya sehingga sekarang supaya orang yang tidak berkesempatan membacanya seperti saya sendiri dapat memperkayakan pengetahuan masing-masing tentang agenda yang poasm sedang perjuangkan dan setakat mana kejayaan yang telah mereka usahakan tu tercapai dan dapat dilaksanakan..
muatkan juga maklumat tentang misi, visi dan perancangan yang bakal mereka laksanakan supaya lebih ramai lagi yang turut dapat berkongsi idea dan tenaga mengikut kemahiran dan pengalaman yang dapat membawa poasm ke arah imej dan badan yang lebih efesien dan berdaya saing..
kalau tidak dinyatakan semua perkara sedemikian pada pandangan saya sukar untuk tarik lebih ramai modal insan yang sudi berbuat demikian kerana matlamat dan hala tuju persatuan tidak jelas dan prestasi ideologinya perlu berubah mengikut peredaran masa teknologi maklumat sekarang yang serba canggih dan pantas serta tepat.
maklumat boleh dikongsi hanya dihujung jari, hanya klik saja maklumat akan samada untuk dihantar atau diterima..dalam blog ni ada link ke poasm dan saya dah klik link banyak kali tetapi tidak ada maklumat yang diperolehi tapi saya akan cuba lagi lain kali..
kalau ke laman web jheoa..maklumat yang ada di dalamnya kurang lengkap juga..misi dan visinya memang ada dinyatakan tetapi maklumat tentang MOA terutamanya gambar-gambar terperinci tentang sukukaum-sukukaum di Malaysia tidak dipaparkan..hanya penerangan secara bertulis sahaja..
gambar apa yang terkandung dalam muzium OA pun tidak dimuatkan dalam laman tu, hanya lokasi dan alamat saja dinyatakan dan masuk percuma..itu saja.
macamana nak tarik lebih ramai pengunjung untuk mengenali budaya MOA kalau takde publicity mengenainya dalam laman web rasmi MOA? terutamanya bagi pengunjung indegenous dari luar negara yang ingin mendapatkan maklumat mengenai kelompok indegenous di negara kita?
memang ada aktiviti yang diadakan bersama MOA terutamanya majlis lawatan pengarah ke kampung-kampung OA dan ke cawangan pheoa negeri di ruangan galeri fotonya,
kalau nak tau layarilah laman web jheoa dan ketahuilah bahawa pengarah jheoa yang baru ni pandai menyanyi malah pengarah lama tu pun pandai menyanyi semuanya dipaparkan dalam galeri foto web tu..tapi masa asyik fm buat konsert kat kampung OA sepatutnya jemputla pengarah jheoa hadir sumbangkan 1 ke 2 lagu..
kaedah serampang 2 mata tu..disamping boleh tonjol bakat menyanyi, MOA juga dapat kenal dia secara mengenali dia lebih dekat dan tau siapa dia tu pada MOA sendiri..maklumat tentang satu-satunya media perhubungan dan hiburan MOA iaitu asyik fm pun tak dimuatkan..
jadi kalau poasm atau mana-mana badan yang mewakili MOA nak adakan laman web sendiri, penampilannya dan maklumat yang terkandung di dalamnya mesti menarik perhatian dan terkini..seperti kebanyakan laman web atau myspace lain yang pernah saya layari sendiri di masa lapang..
maklumat di hujung jari saja..maklumat apa yang anda ingin paparkan, kongsi atau cari..terpulanglah kepada anda buat keputusan dan yang penting ianya mesti tepat, padat dan terkini!
take care!
posted by: poasm member (reply)
post date: 10.11.08 (12:40 am)
Salam sejahtera semua.
Laman web poasm masih lagi dalam pembinaan. Banyak maklumat yang diperlukan lagi untuk menjadikan website ini sebagai satu laman yang dapat memberikan informasi yang berguna kepada semua pihak terutama sekali masyarakat orang asli.
Kami akan cuba sedaya upaya untuk mengemaskini maklumat yang ada.
Sekian
poasm member
posted by: poasm member (reply)
post date: 10.11.08 (1:34 am)
Salam sejahtera semua.
Laman web poasm masih lagi dalam pembinaan. Banyak maklumat yang diperlukan lagi untuk menjadikan website ini sebagai satu laman yang dapat memberikan informasi yang berguna kepada semua pihak terutama sekali masyarakat orang asli.
Kami akan cuba sedaya upaya untuk mengemaskini maklumat yang ada.
Sekian
poasm member
posted by: ~seMai PaHaNG~ (reply)
post date: 10.28.08 (2:16 am)
POASM adalah satu badan yng memperjuangkan hak2 org asli tapi matlamatnya tidak jelas...
Oleh hal demikian,sudikah poasm member membritau kpd sy apakah matlamat poasm ini di tubuhkan???? kerana sy juga berminat tehadap "poasm" nie....
Lau bleh nak join mjadi ahli...dgr cite poasm nie ada lah jugaknye aktif di Pahang tp smpai skrg golongan muda kebanyakanya tidak megetahui...sbbny hanya tumpu di tempat2 tertentu shj...Bleh perjelaskan KENAPA????
posted by: poasm member (reply)
post date: 11.09.08 (8:06 am)
Ini disebabkan kerana tidak ada wakil poasm di bahagian tersebut yang aktif atau ambil tahu pasal poasm.
sekarang ini dengan adanya website poasm, pada masa depan ahli boleh membuat permohonan secara online atau dengan muat turun borang dari laman web poasm dan hantar melalui pos.
Harap maklum.
poasm member
posted by: senoi (reply)
post date: 11.16.08 (5:59 pm)
haa dlm pengurusan poasm nnt harap2 tiada seseorg ahli yg hendak berpolitik mengikut rentak n kepala UMNO,klu adenye org2 begini maka 'majulah'kaum OA...
posted by: orgasli (reply)
post date: 04.07.09 (11:39 pm)
pelik tetiba bila terbaca hal poasm yang dah lama tenggelam tetiba wujud!!bayangkan berapa byk masalah yang ditimbulkan oleh bangsa lain,namun sikit pun persatuan yang kononnya dan matlamat asalnya membantu Orang Asli,tapi xgerak apa!!yang sedih xbersuara langsung!!inikah yang dikatakan tiang untuk Orang asli??bisu xbersuara..seperti mengangguk bersetuju dgn setiap tindakan bangsa lain..Bangunlah..apa guna ada persatuan tapi sekadar nama!!
posted by: orgasli (reply)
post date: 04.07.09 (11:46 pm)
kemanakah agaknya semangat poasm??teringat sewaktu kecil2 dulu,betapa bangganya sya mempunyai sebuah persatuan yang bersemangat dan yakin dalam menegakkan keadilan..pantang di cuit dan berani berhujah untuk anak bangsa..tapi kini..poasm seakan berkubur,terkubur dan hilang entah kemana...harap dapatlah ahli2nya yang dulu bersuara seperti zaman2 BahTony,Juli Edo dan beberapa lagi pegawai yang kini sudah pun pencen dari kerajaan..bersatulah kembali untuk membantu generasi yang baru..seperti kami..harap sangat POASM kembali menyinga!!!