Cadangan Balas POASM berkenaan dengan CADANGAN JHEOA MENGENAI DASAR DAN KAEDAH PEMILIKAN TANAH ORANG ASLI
08.19.07 (10:57 am) [edit]
Disediakan oleh
Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM)
Disampaikan kepada JHEOA dalam satu majlis dialog pada 27 Julai 2006
di Ibu Pejabat JHEOA, Kuala Lumpur.
Pengenalan
• Mesyuarat Majlis Penasihat Kebangsaan Pembangunan Masyarakat Orang Asli (MPKPMOA)
bil. 1/2006 – 21 Mac 2006
– Cadangan Dasar dan Kaedah Pemilikan Tanah Orang Asli
• Majlis perbincangan cadangan JHEOA berkaitan dengan Dasar Dan Kaedah Pemilikan Tanah
Kepada Orang Asli di Universiti Malaya (UM) - 8 April 2006
• Mesyuarat batin-batin dan pemimpin masyarakat Orang Asli di peringkat Negeri Selangor – 25
Jun 2006
• Majlis perbincangan cadangan JHEOA berkaitan dengan dasar dan kaedah pemilikan tanah
kepada Orang Asli peringkat Negeri Johor di Kampung Kudong, Bekok – 15 julai 2006
Tujuan
• Mengemukakan dan merumuskan cadangan balas POASM kepada JHEOA berdasarkan
maklum balas di peringkat akar umbi.
CADANGAN JHEOA SARANAN ORANG ASLI
Cadangan 1
Pemberian hak milik tanah kepada Orang Asli
dilaksanakan melalui rancangan tanah kelompok
khas.
Setuju sekiranya:
Kawasan yang terlibat dalam rancangan tanah
kelompok khas hendaklah tanah atau kawasan
baru.
Semua peserta adalah Orang Asli.
Kawasan tradisi yang sedia ada dan kawasan
yang telah diusahakan adalah kekal menjadi hak
milik Orang Asli dan tidak terlibat dalam
rancangan tanah kelompok khas.
Cadangan 3
Keluasan tanah yang dicadangkan:
A) tanah untuk ladang/pertanian - 6 ekar
B) tanah untuk dusun - 1 ekar
C) tapak rumah – 1/4 ekar
Bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk
memberikan tanah tetapi hendaklah tanah baru
dengan kadar yang lebih luas, seperti yang
dinyatakan di slide yang berikutnya:
Tanah untuk ladang pertanian seluas 14 ekar
seperti rancangan tanah di Sabah. Keluasan ini
dijangka dapat menjana pendapatan melepasi
garis kemiskinan desa Semenanjung Malaysia
RM657.00 dan bandar RM663.00
Tanah dusun 3 ekar (teRMasuk kebun sayur,
tanaman kontan dan kandang haiwan ternakan).
Tapak rumah 1 ekar (reban ayam itik, setor
perkakas pertanian, pondok rehat).
Wilayah tradisi yang menjadi kawasan rayau
(roaming area) hendaklah dikekalkan.
Cadangan 4
Tertakluk kepada keluasan tanah yang ada di
sesuatu kawasan.
Perlu diadakan kawasan baru sekiranya tidak
mencukupi 18 ekar sekeluarga.
Cadangan (5)
Diberi berasaskan keluarga.
Bersetuju dengan cadangan di atas tetapi hak
tersebut juga diberikan kepada individu dewasa
yang belum berkeluarga.
Cadangan (6)
Pemberian hakmilik hanya sekali seumur hidup.
Tidak bersetuju kerana Orang Asli hendaklah
juga diberikan hak untuk memiliki tanah-tanah
lain mengikut prosedur biasa, selaras dengan
perlembagaan Malaysia.
Cadangan (7)
Orang Asli di galakan/diarah berpindah dari
kawasan yang tidak dapat diberi hak milik seperti:
a) hutan simpan kekal
b) kawasan tadahan hujan
c) rizab Melayu dll.
Tidak bersetuju dengan cadangan ini. Hak Orang
Asli ke atas rizab hutan, kawasan tadahan hujan,
rizab mergastua, rizab melayu dan rizab-rizab lain
hendaklah dikekalkan mengikut seksyen 6(1)(2)
akta 134-akta Orang Asli 1954 (disemak-1974).
Poasm dan Orang Asli menggesa rizab-rizab di
atas hendaklah dibatalkan sekiranya terdapat
kawasan Orang Asli di dalamnya.
Cadangan (8)
Tanah yang akan diberi hak milik dibangunkan
terlebih dahulu oleh kerajaan melalui agensi atau
syarikat yang dilantik.
Bersetuju dengan cadangan di atas tetapi
tertumpu kepada tanah baru dan tanah milik
Orang Asli yang belum diusahakan.
Tidak setuju dengan konsep perladangan seperti
yang diuruskan secara mini estate (RISDA, anak
syarikat RISDA (RSSB) & FELCRA).
Bersetuju dengan konsep pemilikan individu
tanpa memikul beban hutang serta karenah
birokrasi.
Cadangan (9)
Sekiranya keluasan tanah terhad untuk dibahagi
kepada keluarga mengikut keluasan yang
dicadangkan, pemberian hak milik akan dibuat
mengikut nisbah yang lebih kecil atau sebahagian
penduduk perlu berpindah ke kawasan lain.
Dalam situasi begini:
– Kekalkan kawasan tradisi.
– Berikan kawasan baru di bawah rancangan
tanah kelompok khas.
Cadangan (10)
Sekiranya keluasan tanah adalah lebih besar dari
jumlah keluarga, tanah lebihan akan dipulangkan
kepada kerajaan negeri atau dibangunkan untuk
keluarga lain yang berhampiran.
Tidak setuju samasekali.
Kawasan yang lebih itu perlu direzab sebagai
rezab Orang Asli kerana :
Untuk simpanan generasi baru.
Mengandungi nilai sejarah, jatidiri dan budaya
kepada penduduk tempatan (kawasan keramat,
moyang, kawasan buang halak atau bala, tapak
upacara keagamaan).
Cadangan (11)
Syarat-syarat hakmilik tanah.
Bayaran premium bagi kelulusan tanah
dicadangkan pada kadar nominal
a) RM10 - tapak rumah
b) RM30/hektar - dusun
c) RM10/hektar - tanah ladang.
Bayaran premium setuju – tapi dikenakan bayaran
nominal.
Bayaran cukai tahunan tidak melebihi RM5
sehektar.
Cadangan (12)
Hanya Orang Asli mengikut takrif seksyen 3 Akta
Orang Asli 1954 layak mendapat tanah hak milik.
Setuju.
Cadangan (13)
Tanah yang diberi milik adalah pajakan 99 tahun
selaras dengan Kanun Tanah Negara.
Tidak setuju. Hak milik yang diberi hendaklah
berbentuk pegangan selama-lamanya/pegangan
bebas.
Cadangan (14)
Tanah yang diberi milik tidak boleh digadai,
dipajak atau dipindah milik kecuali dengan
kebenaran pbn selepas berunding dengan
JHEOA.
Setuju dengan syarat sekiranya tanah berkenaan
dari segi keselamatan tidak terjamin.
Tetapi dalam keadaan tertentu yang boleh
membawa manafaat kepada pemilik syarat
berkenaan hendaklah dilonggarkan.
Implikasi ke atas cadangan balas
Keluasan yang diminta ekonomikal dan meningkatkan sumber ekonomi seterusnya
membebaskan Orang Asli dari kemiskinan.
• Mewujudkan sistem pemilikan tanah yang adil dan saksama.
• Orang Asli turut menyumbang ke atas ekonomi negara melalui pembayaran cukai.
• Mengwartakan tanah Orang Asli dengan segera oleh kerajaan negeri.
• Mengelak pengambilan tanah oleh pihak-pihak tertentu, yang pada ketika ini semakin serius.
• Hak tanah sebagai elemen sejarah, jati diri dan budaya terpelihara.
Kesan positif jangka panjang
• Membasmi kemiskinan tegar.
• Sumber ekonomi yang tetap.
• Mengurangkan jurang kemiskinan.
• Meningkatkan tahap pendidikan.
• Mengurangkan jenayah dan keruntuhan moral
• Mampu berdikari dan bersaing.
• Mengurangkan kos pentadbiran kerajaan dalam pembangunan Orang Asli.
• Melahirkan golongan cerdik pandai dan professional.
• Eksploitasi oleh pihak luar terhadap tanah, ekonomi dan politik Orang Asli dapat dibendung.
Cadangan komprehensif
Cadangan komprehensif telah dikemukakan melalui dokumen-dokumen berikut:
• memorandum mengenai cadangan:
– Meminda perkara 45(2), perkara 153, perkara 160(2), dan senarai bersama jadual 9,
perlembagaan malaysia
– Meminda akta Orang Asli (akta 134); dan
– Mengusul penggubalan akta perizaban Orang Asli.
• dikemukakan kepada YB Dato’ Seri Abdul Aziz bin Shamsuddin, Menteri Pembangunan Luar
Bandar dan Wilayah, 7 Ogos 2005.
• Laporan Suhakam Mengenai Hak Asasi Orang Asal, 2003.
• Memorandum penuh akan akan dikemukakan kepada kementerian mengikut keperluan
sekiranya maklumbalas ini tidak dapat dipenuhi.
posted by: Resnobecca (reply)
post date: 03.14.08 (9:58 pm)
Europe. A new set of exchanges, therefore, began to take place, shopkeeper, or from selling his own goods by retail. It meant, by
posted by: Helxfmen (reply)
post date: 03.14.08 (9:58 pm)
therefore, employed in the home trade, will sometimes make twelve stock reserved for immediate consumption as either clothes or household
posted by: Marnvjia (reply)
post date: 03.15.08 (3:22 pm)
comes to the same thing, the price of something else, to give in8qeBxD8p4EhYinhabitants. To send abroad any great quantity of it, therefore,
posted by: Marmaoia (reply)
post date: 03.15.08 (3:23 pm)
and when foreign goods liable to a duty were imported, in order8qeBxD8p4EhYunnecessary quantity of gold and silver, is as absurd as it would
posted by: da hanuman luicipeir (reply)
post date: 06.10.08 (9:46 pm)
pls don't dicuss others matters thst not related to this topics...
thanks for your concern.
the indigenous..
posted by: cok kodah (reply)
post date: 06.10.08 (9:50 pm)
saya bersetuju dengan usul-usul yang dibentangkan... utk setakat ini
sama-sama kita berdoa semiga usuk ini dapat diluluskan dan praktikan agar
melalui jalan ini kita dapat memperbaiki serta menaiktaraf kehidupan kita secara adil dan saksama..
mungkin banyak peluang-peluang baru akan diperlolehi melalui cara ini asalkan budaya dan adat resam tidak hapus di telan zaman.
posted by: rrjrjrrr (reply)
post date: 07.28.09 (5:04 pm)
ioijjrjkjo5njke22krnrjrffffjmnfjkfjfjhfffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffrurkiurrjrffnfnffrhnrhfrnrjufrurhjhhbfhrbfrhhfhrfhfrhfhfhffnfnbf