50 tahun Malaysia Merdeka bersama Orang Asli

50 tahun Malaysia Merdeka bersama Orang Asli

Malaysia sebuah negara majmuk. pelbagai kaum seperti Melayu,Cina dan India (yg orang umno selalu sebut). Kalau setakat 3 kaum saya rasa belum mencapai majmuk yang sebenar. Atau mungkin mereka ini majoriti dalam kepala yang mengundi? Sebab pemimpin yang macam ini, yang diterajui oleh UMNO, apa pun politik.

Menyambut kemerdekaan pada tahun ini amat meriah. Almaklumlah ulang tahun yang ke 50 tahun. Orang Asli paling meriah mereka raikan. Saya sempat pergi ke beberapa buah kampung di Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Hampir setiap rumah pacak bendera Malaysia. Pondok benderanya lagi besar. Ada juga kg yang mengadakan joget lambak tahun 50an. Saya amat bangga dengan cara mereka tunjukan cintakan negara. Mereka bukan dapat percuma seperti poster dacing dekat mengundi. Tapi mereka beli dari pasar2 malam dan kedai berdekatan. Saya harap pihak kerajaan jangan menghampakan cinta dan sokongan mereka kepada kamu setiap lima tahun. 

Disini saya senaraikan beberapa kejayaan kerajaan terhadap Orang Asli:

Sebelum 31 August 1957

1) Akta Orang Asli 134

 2) Hospital Orang Asli Gombak

 3) Klinik di perkampungan Orang Asli

 4) sekolah Orang Asli

 5) Siaran Radio Orang Asli

6) Sakai Rezab

 7) Sekolah Dewasa

8) Jabatan Orang Asli

 9) 80% Orang Asli Bekerja di JOA

10) 80 % Orang Asli bekerja di hospital OA Gombak

11) wakil OA didalam sesuatu perlantikan di istana negeri

12) keciciran dalam pendidikan 50%

Selepas 31 August 2007:

1) Tanah OA yang telah diwarta telah berkurangan kepada 76% dari 5302 (tahun 1990)kepada 1263 hektar (tahun 1999)

2) Sekolah Orang Asli (saya pun tak tahu hilang ke mana)

 3) Sekolah dewasa - bilik gerakan undi

 4) 10 % OA dalam JHEOA

 5) 10% OA dalam hospital Batu 12

 6) Radio Asyik

7) Kawasan OA telah dibangunkan menjadi lapangan terbang, padang golf, jalanraya, empangan, kondo mewah, kawasan perumahan, industri, projek perladangan dan yang sealiran dengannya.

8) 90% Orang Asli telah masuk UMNO

 9) 40% Orang Asli telah masuk sekolah

 10) Orang Asli tiba2 tinggal didalam rezab melayu, hutan dan tanah kerajaan. Walaupun mereka tidak pernah berpindah dan tinggal beratus tahun.

11) sudah pandai tampal poster dacing

 12) OA yang berpelajaran boleh baca Berita Harian, Utusan Malaysia dan Sinar Harian.

13) Kepada yang ada TV boleh tonton TV1, TV2 dan TV3. tanpa apa2 bayaran 14) Boleh jumpa wakil rakyat UMNO. Pembesar suara dan microfon.

15) Mendapat tempat memancing dengan mudah di empangan yang berdekatan. 16) Boleh melihat Airbus terbang atas bumbung rumah.

17) anak2 OA boleh melihat lori dan buldozer lalu depan rumah.

 Ini adalah serba sedikit kupasan KEJAYAAN ORANG ASLI SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA 50 TAHUN. Maka itu saya rasa salah dan bodohnya kita kalau kita tidak terus menyokong kerajaan yang memerintah



posted by: bah sian (reply)
post date: 09.09.07 (4:37 am)

izinkan saya kupas sedikit tentang menyokong kerajaan
orang asli memang dr dulu lagi menyokong kerajaan
cuma orang asli tidak faham lakonan pemimpin umno yang ingin kekayaan negarta ini dibolot oleh mereka dan berkuasa
di malaysia ada LIMA KERAJAAN

1. Kerajaan Malaysia
2. Kerajaan Pusat
3. Kerajaan Negeri
4. Kerajaan Tempatan dan
Kelima. Kera jaan BARISAN NASIONAL
Dalam kerajaan malaysia mengandung Kerajaan 1,2 dan 3 Dalam kerajaan Barisan Nasional pulak ada banyak kerajaan. Yang kenyang gendut KERAJAAN MELAYU UMNO, KERAJAAN CINA MCA dan KERAJAAN INDIA MIC.

JADI orang asli menyokong kerajaan ini yang tidak membela mereka. mereka ingat mcm zaman british yang memerintah kerjaan 1,2 dan 3 shj

dalam pentadbiran kerajaan barisan nasional tidak memberi apa-apa makna kepada orang asli
perkara 1 hingga 11 merupakan kejayaan pentadbiran kerajaan BRITISH bukan kerjaan melayu umno bahkan perjuangan kemerdekaan juga tidak dipelopori oleh umno.
ahli umno tidak seorang pun (setahu saya) yang ditangkap oleh kerajaan british ketika itu.
jadi di situ lah kemelut sokongan orang asli tersasul sedikit
pada yang fhm akan hal ini tidak akan menyopkong kerajaan barisan nasional cuma mengingati 31 ogos tu memang wajib sebab itu hari kebesaran kebebasan malaya tika itu
malaysia tertubuh pada 16 september dan 1963 dan sepatutnye kita sekali lagi berjoget sampai pagi minggu depan
hak dan maruah orang asli yang byk tersisih dilakukan oleh kerajaan barisan nasional
memperalatkan kerajaan malaysia untuk mengutip kekayaan negara sehingga mereka mencantas lidah lidah demokrasi rakyat
sehingga orang asli tidak menjadi warganegara yang diwakili dlm negara mereka sndiri
alangkah malunye pentadbiran bkerajaan barisan nasional kepada undi-undi oa
di indonesia sebuah negara yang dipandang 'hina' disekitar sini pun ada dilantik wakil rakyat minoriti di MPR
maka itu saya rasa salah dan bodohnya anda sebagai orang asli kalau terus menyokong kerajaan yang memerintah
biarpun saya sebagai melukut di tepi gantang
saya mempunyai beberapa pendekatan untuk oa mendapatkan kuasa untuk mewakili bangsa anda
saya snggup bekerjasama umtuk melestarikan perjuangan ini
jika sekadar melihat kesalahan kerajaan tanpa melihat tiga jari yang menunjuk kelemahan oa sendiri
maka sampai itik berbulu ayam pun oa tetap di takuk lama
bahkan sekarang melalui pengamatan saya telah tidak ada apa yang mau dituntut lagi
dah hancai.....!!!
kalau anda rajin berjalan
sila berkunjung ke kg oa chongkak ulu langat selangor--- sedih ooooo
sekian untuk kali ini



posted by: mok (reply)
post date: 12.03.07 (7:17 pm)

hi,nak khabarkan pada rakan-rakan semua: semalam sekitar jam 10.30malam, salah seorang pegawai jheoa tapah telah diutuskan untuk menemui salah seorang penduduk kampung chang sungai gepai supaya hadir kepejabat daerah esok 5hb.dec.2007.

yang lucunya:tiap kali ada jemputan untuk kami mesti khabarnya hanya akan disampaikan tengah malam dan saat-saat akhir, maksudnya sehari sebelum atau 1 setengahari sebelum.

sudah la tidak pernah bersurat jemputan hitam putih jauh sekali maklumat tentang tujuan kami di panggil.

kami sudah penat dengan keadaan ini jadi tampa pikir panjang kami ambil keputusan tidak akan datang esok.bermeetinglah mereka sendiri!!!...

negara demokrasi konon!! demokrasi kepala hotak mereka...!!

sori a bit emosi la...



posted by: Kt Penang (reply)
post date: 12.12.07 (5:56 pm)

Ini menunjukkan rasa tidak hormat mereka terhadap OA, apa salahnya buat surat jemputan bukannya susah sangat nak tulis. Orang2 yang macam ni kita kena boikot je, abis cite. Kalau ada apa2 masalah dikemudian hari, bagi tau mereka, tiada jemputan secara bertulis atau tiada bukti yg anda sume dijemput. Bila buat kerja tak bersungguh2, bila kita komen tau pulak nak marah....



posted by: (reply)
post date: 04.08.09 (12:28 am)

BUKAN SETAKAT XBERSUNGGUH2 MALAH MMG XIKHLAS DALAM JLANKAN TUGAS,BKN MAI GOB JERK,MAI HEKEK SENDIRI PUN MONG JUGAK...APA MAU JADI???





posted by: seiklas hati (reply)
post date: 09.24.09 (9:51 pm)

taniah kerajaan malaysia

Your Name:


Your Comment: