Surat Dari EDITOR untuk Arsian Napitoepoeloe
09.25.07 (7:59 am) [edit]
Saya telah dapat artikel saudara Arsian Napitoepoeloe dari Suara Keadilan online berkenaan beliau telah menyertai Parti Keadilan Rakyat. Saya minta penjelasan dari saudara sekiranya saudara pernah masuk ke blog ini .Minta saudara huraikan lebih lanjut beberapa persoalan seperti berikut:
1. Kenapa sdr memilih PKR?
2. Apa matlamat sdr? Jangka pendek dan panjang?
3. Adakah paksaan dari sesiapa?
4. Kenapa sdr tidak menyetai UMNO yang sinonim dengan masyarakat Orang Asli?
5. Siapa yang menjemput sdr?
6. Adakah sdr kecewa maka menyertai PKR?
7. Apakah yang sdr dapat menyertai PKR?
8 DLL
Segala komen anda amat berharga bagi kami.
Sekian
EDITOR
posted by: Kt Penang (reply)
post date: 10.03.07 (10:03 pm)
Untuk YB,
klau bleh memang saya teringin sangatlah nak tengok YB jadi Wakil OA di Parlimen nanti.....at least ade la suara lantang OA kat Parlimen nanti walaupun anda bkn OA tapi bleh berbahasa OA....saya ni supporter dari jauh jer, pe bleh buat ...(busy sgt ke jadi Wakil Rakyat tu?....)
Regards,
Kt Penang
posted by: arsian napitoepoeloe (reply)
post date: 10.11.07 (4:03 am)
saudara editor
terima kasih kerana telah me3ngutarakan beberaapa persoalan di atas
terima kasih sekali lagi
dan saya cuba rungkaikan beberapa perkara asas sahaja biar pun beberapa perkara saya rahsiakan buat ketika ini
1. Saya memilih PKR ini kerana saya suka kepada kelainan citerasa kepolitikan di malaysia
saya suka kepada sabuah parti siasah yang tertindas dlm beberapa aspek kehidupan. ini didorong seperti wacana dan wahana politik orang cine di malaysia
atas kearifan politik orang cine saya menyertai Parti Keadilan Rakyat
mereka memilih parti DAP untuk mengimbangi kekuasaan barisan nasional di parlimen
orang cine berjaya menstabilkan politik negara dan meperseimbangkan kerakusan serta ketamakan kerajaan barisan nasional yang dipimpin oleh orang melayu umno
tanpa orang cine membahagikan kuasa politik negara di malaysia ini akan menjadi orang miskin menderita
lebeh-lebeh lagi orang asal yang tidak punya apa-apa
dan juga parti keadilan rakyat ini terbuka kepada semua bangsa di malaysia tanpa mengira kaum dan agama
pada saya parti keadilan rakyat ini memang sesuai kepada semua orang asli menyertainya
Parti Keadilan Rakyat ini bukan parti PERKAUMAN seperti UMNO, MCA dan MIC
2. Matalamat saya menyertai pkr ini sudah tentu jauh disudut hati saya ingin membela masyarakat orang asli yang sangat jauh tertinggal dan tertanggal dalam arus perdana
seperkara lagi orang asli jgn hanya bergantung kepada satu sumber politik sahaja
orang asli mestilah mencuba meneroka semua bidang termasuk dlm parti politik
tetapi yang bagusnye biarlah keseimbangan orang asli menyertai politik macam orang cine di malaysia
orang cine nampak mcm bertelagah dlm politik tetapi pada realitinye mereka bersatu
begitulah saya mahu menerapkan nilai politik berwarna kepada masyraakat orang asli supaya ada dlm pembangkang dan kerajaan
untuk jangka panjang saya tidak dapat jawab sekarang begitu juga untuk program jangka pendik
cume sama-sama kita lihat
3. ada juga sesetengah pihak mengatakan saya terpaksa kerana saya penyokong kuat sdra anuwar ibrahim maka saya menyertai pkr ini
tidak
saya menyertainya kerana wadah pkr ini seirama dengan jiwa saya iaitu ingin melihat rakyat biasa juga mempunyai hak penentuan masa depan negara yang bukan berpusat pada orang umno sahaja
sebab negara ini hak rakyat bukan hak umno
meskipun begitu, saya seirama dengan aliran sdra anwar berfikir
contohnye
sdr anwar ibrahim telah menyedekahkan asb kepada semua orang asli yang layak seluruh malaysia
sehingga sekarang setiap tahun apabila pembayaran dividen orang asli berlonggok di bank-bank mcm orang hendak menerima gaji
ketika itu kasih saya anak pada mak dan ayah terserlah, anak-anak memapah emak dan ayah mereka ke bank yang mana mereka tidak pernah lakukan sebelumnyer
ini membuat saya masih ingat sdr anwar ibrahim biarpn dia tidak langsung memberi saya asb rm5000 bahkan langsung beliau tiodak melayani saya ketika itu
4. Saya tidak menyertai umno kerana terbayang dlm kepala saya bahawa parti umno lah yang telah mengambil negara orang asli
orang umno langsung tidak menghormati orang asli
umno memproses kekuasaan sesuka hati tanpa membela orang asli
orang asli sehingga sekarang menjadi insan kerdil dlm negara ini
kekayaan negara semua dibolot oleh umno, mca dan mic tanpa bersedekah kpd orang asli, mungkin kerana itu sdr anwar ibrahim tersedak semasa beliau dlm umno
orang asli mnyertai umno bukan kerana sinonim dgn mereka
setahu saya orang asli menyertai umno di pengaruhi oleh
i. rasa terjamin menyertai umno tatkala dlm masyarakat orang asli tidak ada pentadbiran dan organisasi di peringkat kampung; orang asli s
ii.
maaf adae hal sikit-akan sambung bila ada masa k maaf
bye.
posted by: arsian napitoepoeloe (reply)
post date: 08.03.08 (12:15 am)
maaf saya telah ketiadaan ruang akibat beberapa peristiwa menimpa saya. salah satunyer SAKIT. baru sekarang saya merasa sihat sedikit maka ingin menjawab persoalan editor blog ini.
soalan 4: saya tidak dipaksa oleh mana-mana pihak sebab darui dahulu lagi 1970an saya telah bergiat dengan perti pembangkan dap di perak dan pahang. satu ketika saya telah dicadangkan oleh dap pahang untuk bertanding di parlimen cameron highland dan saya juga telah ditawarkan untuk bertanding atas tiket Parti Keadilan di Muadzam atau Kemayan. saya tidak mengejar untuk menjadi wakil rakyat buat ketika ini, cume mungkin selepas 2008.
soalan 5: saya telah jemput menyertai keadilan oleh perjuangan parti itu sendiri yang banyak persamaan dgn wadah kehendak orang asli khususnya di perak. saya menyertai keadilah di ipoh semenjak tertubuh lagi.
Solan 5: mememang saya kecewa. saya memang orang yang paling kecewa dalam hidup ini. lebih-lebih bercampur dengan orang asli. kerana kekecewaan ini lah saya join Keadilan untuk membuat sesuatu kepada Orang Asli yang menolah KEADILAN DALAM HIDUP SERTA MENOLAK saya. tetapi stiap kekecewaan itu saya bentukkannya secara positif dan kritis, tidak macam orang asli terus masuk umno................
soalan 6: tidak ada ape yang saya dapat menyertai Keadilan. semasa pilihanraya bulan mac 2008 saya telah dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya Parlimen Bentong menentang calon bn datuk leow menteri kesihatan sekarang tanpa SATU SEN pun duit parti keadilan. yang saya dapat sekembali dari berkempen saya telah jatuh sakit teruk sampailah sekarang. Tidak ada bantuan yang saya minta dri parti keadilan sedangkan saya telah sdijemput untuk membantu calon bn datuk ong ka chuan di parlimen tg malim saya tolak. saya tahu saya tolak tuah. pada satu ketika rm 250/= datuk ong ka chuan telah memasukkan dalam poket saya sebab beliau adalah adun chenderiang. saya kenal dia dan dia kenal saya juga. perjuangan dalam parti atau ssiasah bukan saya mencari untuk mendapat sesuatu untuk diri sendiri tetapi mencari sesuatu untuk memberi pada orang. itu pendirian saya dan falsafah saya.
tetapi, nah sekarang di perak bn dah tumbang. itu sebenar yang saya mahu DAPAT. Pilihanraya akan datang bn akan kite mau tumbangkan terus dari bumi negera yang tercinta ini. memang dulu difikkirkan saya ini mengarut dan melalut tapi realitinya sama sama kita lihat-----MAKKAL SAKHTI!!!!!!!!!!!!!!!!!!
BUKAN WANG ATAU HARTA YANG SAYA MAU DAPAT tetapi HAK dan MARUAH rakyat hendak dikembalikan. Orang Asli mesti menyertainya jika kita telah merasakan HAK DAN MARUAH kite telah lama tergadai.
sekian dulu, nak tengok web lain pulak yang lebih menarik serta membugarkan
k jumpa lagi
posted by: arsian (reply)
post date: 08.03.08 (12:18 am)
tulisan saya di atas bertarikh 3 ogos 2008 3.00pm bukan 8-3-2008
tuan editor tolong tengok kenapa tarikh tu berbeza
posted by: arsian (reply)
post date: 08.03.08 (12:19 am)
tulisan saya di atas bertarikh 3 ogos 2008 3.00pm bukan 8-3-2008
tuan editor tolong tengok kenapa tarikh tu berbeza
posted by: editor (reply)
post date: 08.03.08 (8:34 am)
Kepada Sdr Arsia:
Bulan, hari, tahun
posted by: arsian (reply)
post date: 08.03.08 (9:45 pm)
tolong jangan terbalikkan kelaziman bacaan tarikh di malaysia selain drp umno. walaupun zaman komputer tetapi cuba diselaraskan kpd hari, bulan dan tahun sebab daripada hari maka jadi bulan.
jika tidak dapat kite perbetulkan seperti merobah umno maka kite terima sajae lah spt nombor kad pengenalan dah memang terbalik macam jugak nilai mata wang malaysia terbali drp rm50 menjadi rm05 saje sekarang. Makkal Sakhti..........
posted by: KARIPAP (reply)
post date: 08.26.08 (4:19 am)
Dear sir,
saya respect cara pemikiran tuan. Pada pandangan saya, sistem politik kita perlu ada satu persaingan yang sihat bagi membolehkan sistem pengurusan dan pentadbiran yang lebih cekap dan efektif. Tidak mengira parti mana yang menang, kita rakyat malaysia perlu berfikiran lebih terbuka bagi membolehkn sistem "CHECK & BALANCE' ini sentiasa diamalkan. Dengan adanya ini baru lah pengurusan dan pentadbiran kerajaan sentiasa diperhebatkan dan diperbaiki keseluruhannya. Ia juga perlu bagi membasmi sebarang salahlaku dan penyalahgunaan kuasa atau sebarang unsur penipuan. Untuk maju, kita perlu berani berubah dan mencuba sesuatu kelainan sebagai contoh kalau kita pakai kereta proton dari saga, ke wira then ke perdana .... kita tidak akan tahu bagaimna rasanya kereta Honda, Toyota, Mercedes, BMW dsb. We need some changes in order to evaluate others. Belum cuba belu tahu. Begitu juga dengan halnya dengan kehidupan kita..... kalau ingin maju dan berjaya ,, kita mestilah berani mencuba. Kalau nak buat bisnes pun kena mencuba,,,, kalau tak berani... biar duduk kat rumah tido lagi baik adanye. Masyarakat OA amnya mestilah menyahut cabaran dan berani mencuba.
posted by: arsian napitoepoeloe (reply)
post date: 08.26.08 (6:57 am)
heheeee tmksh currypuff.
i m not bergelaran sir yet mcm sir elton john
meskipun begitu saya terimapendapat karipap bahawa orang asli mesti berpolitik kerana kehidupan kita di malaysia ini semua politik
bayangkan dalam badan sukan juga banyak berpolitik
saluran pendidikan telah oa cuba
saluran berniaga juga oa cuba bahkan di perak ada yang sekarang ini telah menjadi jutawan
dalam sukan oa pernah cuba
seni musik pun ada gak
berpolitik memang sudah ada tetapi tidak terserlah kerana oa masuk umno dan masuk melayu
namun tidak kesampaian dan kecapaian
jadi oamesti masuk parti pembangkang
sebab pembangkang juga dibenarkan oleh kerajaan
memang benar check n balance perlu
momentum to and fro serta anti dan pro sentiasa berlegar dalam dunia politik
baru ada kemajuan
tetapi dalam masyarakat oa tidak ada momentum ini
jadi oa mesti berani mengkritik dan dikritik
baru ada check n balance dalamkelompok itu sendiiri
cume satu hal oa sekarang sebagai kaum minoriti
maka mereka tidak ada nilai dalam evaluation of political will
dari kacamata orang kera jaan
ini mesti diperbetulkan seperti saudara anwar ibrahim sanggup masuk penjara
keluar penjara pun masih memperjuangkannya sehingga berjaya harga minyak diturunkan
macam juga lim guan eng- seorang banduan telah menjadi ketua menteri
semasa saya tulis ini sdra anwar ibrahim masih dikira jumlah undi di permatang pauh
saya yakin dia menang
sebab...............
makkal sakhti.......
posted by: rischaki (reply)
post date: 08.28.08 (2:58 pm)
keadaan sekarang adalah hasil dari keputusan pilihanraya yang telah dipilih oleh rakyat malaysia..samada moa menyokong kerajaan atau pembangkang..belum tentu ada kepastian atau jaminan nyata dan benar yang akan membayangkan bahawa kedudukan ekonomi, sosial dan pendidikan moa itu akan menjadi lebih baik..
saya melihat begini..masyarakat orang asli belum capai tahap menyertai politik tetapi apa yang mesti dilakukan oleh moa sekarang adalah memantau kecenderungan sesebuah parti politik itu dari pelbagai sudut terutamanya aspek hak dan kepentingan yang ditagih oleh moa..
terutamanya melalui publication..mesti ada satu badan samada persatuan atau gabungan yang sedia ada atau yang bakal ditubuhkan yang berprinsip 'observe and keep track, evaluate the pros and cons dan check and balance' tu tadi..
saya setuju, memang benar ada moa yang telah berjaya dalam perniagaan dan menjadi jutawan..dan satu lagi bidang yang mesti diterokai oleh golongan atau bakal ahli perniagaan dikalangan moa ialah bidang kewartawanan, penerbitan, publication atau yang berkaitan bidang penyiaran..
dan meraih pendapatan melalui semua terbitan berbentuk rencana isu-isu semasa berkaitan moa yang telah disalurkan melalui majalah atau akhbar tempatan manakala terbitan berbentuk dokumentari oleh disalurkan ke stesen tv samada swasta dan kerajaan..
seperti yang telah dibuat oleh rakan serumah saya semasa dia berkerja di sebuah syarikat penerbitan iaitu 59 Production di SS19 subang jaya..mereka menerbitkan rancangan Wawasan 2020 untuk RTM pada 2005 kalau tak silap saya dan salah program yang diterbitkannya ialah berkaitan JHEOA dan pelajar-pelajar orang asli yang berjaya dihoskan oleh encik Suhaimi Sulaiman dan sebelum dia dihoskan oleh seorang artis wanita iaitu Sarimah..
saya melihat usaha menghebahkan info mengenai moa sangat terhad seperti apa yang terdapat di dalam artikel utusan malaysia 27/8/08 yang lampirkan dalam blog ni oleh saudara senoi..
usaha ini tidak sesuai di lakukan oleh persatuan kerana aspek penglibatan ahlinya berprinsipkan sukarela atau daya usaha sendiri - itu adalah kelemahan nyata yang telah dikenalpasti..
melalui syarikat atau perniagaan berdaftar saja usaha ini dapat dicapai kerana ada peruntukan kewangan melalui bank yang boleh dipohon contohnya dari bank pembangunan manusia dan lain-lain yang akan sentiasa memantau progress syarikat dan memberi khidmat nasihat dari segi pemasaran dan pasaran perniagaan yang dijalankan.
modal insan moa sangat ramai..peratus guna tenaga dan idea dari belia dan golongan bijak pandai di peringkat menengah dan institusi pengajian tinggi belum digunapakai sepenuhnya atau belum disalurkan ke saluran yang betul..
kerajaan memang ada menyediakan peluang pendidikan kepada moa melalui JHEOA..tetapi kurang meneliti atau memberi perhatian tentang keperluan menyerap semula golongan yang berjaya ini supaya terlibat dalam bahagian penyelidikan pembangunan dan pendidikan dalam jabatan sejak mula dulu..
dulu saya dapat belajar di itm shah alam melalui jabatan kalau tidak saya tidak berpeluang kerana kredit dalam bahasa inggeris tetapi hanya lulus dalam bahasa malaysia..maka automatically saya tidak layak..but i got through survived
manakala yang benar-benar layak pulak ada yang tidak dapat memanfaatkan peluang yang diberi itu sebaik-baiknya..mungkin berkaitrapat dengan faktor kewangan tetapi saya juga sebenarnya dibelenggu perkara yang sama kerana adik beradik saya yang lain juga menuntut ilmu di itm melaka, itm perlis manakala adik saya di upm serdang dan itm johor serentak..
jadi, gaji ayah kecil tetapi dia dapat agih-agihkan duit poket kami secara samarata iaitu sebanyak RM70.00 sebulan dan ada kalanya dia tak dapat nak bagi duit poket..rasanya kalau takde asrama dan dewan makan makan masa tu..mungkin saya tak dapat nak teruskan pengajian..
saya tidak memohon pinjaman sebagaimana yang lain kerana prestasi akademik saya kira ok je dan saya hanya menerima sumbangan dermasiswa dari jheoa sebanyak RM125.00/sepenggal..sedikit tetapi saya tetap bersyukur dan menghargainya sampai sekarang..
ada rakan melayu saya yang memohon biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke China dan Jepun pada masa tu..yang sorang tu tidak disyaratkan untuk bekerja di syarikat yang memberi tajaan manakala yang seorang lagi terikat dengan kontrak untuk berkhidmat dengan syarikat yang menaja selama 5 tahun untuk dia curahkan pengalaman dan ilmunya dalam syarikat berkenaan..selepas 5 tahun dia ada pilihan untuk terus berkhidmat atau tamatkan kontrak dan sekarang dia berada di Surabaya Indonesia..
pihak jabatan tidak atau belum ada dasar tersebut..sepatutnya ada..sebab jabatan berurusan dengan moa dan siswa dan siswazah oa ini sebenarnya boleh berbakti kepada moa walaupun seketika terutamanya dari segi khidmat kaunseling berkaitan pendidikan serta motivasi dan berkongsi pengalaman mereka khususnya dalam pemilihan kursus bagi pelajar oa yang memohon atau ingin melanjutkan pelajaran..
merangkumi pelbagai bidang yang perlu ada dalam struktur am pembangunan sesebuah masyarakat seperti bidang pengurusan dan pentadbiran awan, guru dan peguam dan lain-lain bagi membolehkan sasaran program pembangunan sosial dan ekonomi moa itu dapat dicapai secara menyeluruh dan bersepadu..
secara rasionalnya dalam konteks zaman sekarang ni saudara Bah Sian mana ada orang yang bekerja secara percuma..tetapi cikgu mengajar secara percuma yang saudara katakan tu memang sangat mulia hatinya kerana dia sanggup berkorban demi kemajuan orang lain..sesungguhnya dia berada dekat disisi Tuhan
apa yang saya cuba nak bayangkan, nak cerita dan nak kongsi pengalaman saya dalam ruangan ni adalah percuma..terpulang pada penilaian anda SEMUA dan kalau sudi atau teruja nak beri feedback/condemns..silakan saya terima dan bersedia perbaiki kelemahan cara berfikir, tuturkata dan pendirian saya..i'll treasure it all..
one thing for sure is that all the things that have been said in here, have accidently left a scar on my forehead with these words "keturunan hamba abdi, kuno dan sebagainya" and i have never realised it before because it is written backwords..but now i can see it so clearly in the mirror and it stays there forever as a reminder..
saya akan riwayatkan kepada semua generasi moa yang akan datang that these are all the good and the bad words of opinions that i have gain freely from the others in my time..take look at and read it, evaluate them in your heart carefully then make your choices..for it will lead you to a glorier future..however the scars shall stay where it is regardless whether you fail or you succeed..
tetapi kerana nak berkongsi pengalaman dan bekerjasama ke arah kemajuan moa pulak saya korbankan RM104.00 sebulan untuk capai tujuan tu dan buat kerja-kerja lain of course..
saudara bah sian pula keluar belanja RM2.00 sejam setiap kali buat kerja mengata dan mengutuk pemimpin-pemimpin oa ni kan..kerja yang saudara buat ni menyeronokkan dan mana boleh ambik masa sejam kalau dapat belasah 24jam 7 hari seminggu dan 365 hari setahun lagi bagus sebabnya saudara memang berjaya meninggalkan kesan 'makan dalam' bagi saya la, perasaan orang lain saya tak tau..
syor saya pada saudara - cuba la bagitau kat tauke cyber cafe tu yang saudara nak belasah pemimpin-pemimpin orang asli ni supaya sedar yang diorang tu dah sesat..ketinggalan zaman..haprak dan sebagainya..kot-kot dia faham usaha murni saudara tu dan bagi saudara melayari blog ni dan dapat bonus melayari web orang telanjang secara percuma..
dan macam yang saya katakan awal-awal tadi..dalam konteks zaman sekarang ni dah tak ada lagi dah benda yang percuma..saya baca sikit tentang bab-bab fardhu ni..kalau saya seorang islam saya akan pilih untuk dahulukan yang fardhu 'ain sebab itu yang lebih afdal daripada fardhu kifayah dan saya akan lakukannya dengan niat yang ikhlas seperti yang dituntut oleh yang Maha Esa bukan kerana saiz pahalanya walaupun semua hambaNya telah diberitahu tentang saiz-saiz yang ada..sebesar zarah pun pahala juga tetapi yang tentukan saiz apay yang dapat Dia yang tentukan itu pun kalau Dia nak bagi..
minta maaf kalau tersinggung, ada masa saya sambung ye! take care
posted by: Kt Penang (reply)
post date: 08.28.08 (11:42 pm)
Saudara Rischaki, saya hargai pandangan saudara, di sini saya ingin berkongsi sedikit info mengenai MOA dengan politik. Saya memang tidak arif tentang politik dan kurang berminat pasal politik kerana pada pandangan saya orang2 yang berpolitik ni sangat licik. Seperti kata saudara, "samada moa menyokong kerajaan atau pembangkang..belum tentu ada kepastian atau jaminan nyata dan benar yang akan membayangkan bahawa kedudukan ekonomi, sosial dan pendidikan moa itu akan menjadi lebih baik" saya akur dengan pendapat saudara, tetapi tiada salahnya jika kita mencuba ya...
Anda amat bertuah kerana dilahirkan dikalangan generasi baru, dibesarkan di bandar serta berpendidikan tinggi, sementara saya dilahirkan dan di besarkan dikalangan masyarakat kampung dipendalaman juga tiada pendidikan formal, memang jurang perbezaan antara kita amat ketara.
Apa yang ingin saya sampaikan disini adalah kenyataan yang benar2 berlaku yang pernah saya alami bukan "hear-say" bahawa moa telah lama menyertai politik sejak sekitar tahun 1970an lagi kalau xsalah saya. Untuk pengetahuan saudara, saya pernah tinggal bersama dengan 3 suku kaum moa iaitu suku kaum temiar, semai dan juga temuan sehingga saya fasih berbahasa 3 kaum ini (kalau dalam Akta 134 kira oalah tu....betul tak?) Setiap kali pilihanraya, orang2 UMNO akan datang ke kampung dipendalaman ini dengan membawa tembakau, kopi, teh dan gula juga mengadakan sewang supaya semua orang kampung yang berdekatan juga turut berkumpul (hanya sewang sebagai hiburan bagi moa kerana waktu itu tiada tv) juga pengangkutan percuma. Dan pada keesokan hari membuang undi, orang kampung akan diajar dari cara memegang pen hinggalah kecara memangkah kertas undi. Bagi masyarakat semai akan diadakan joget dan temuan pula gogo. Saya masih ingat lagi dikalangan orang2 tua masyarakat semai pada waktu itu selalu menyebut "undi cap kapal layar", saya tak pasti parti apa kerana saya buta huruf. Begitu juga dengan masyarakat temuan, mereka tidak terlepas dari mengundi Umno, Kalau bab janji jangan cakap, tak terkira banyaknya....kalau nak ikutkan dah beribu-ribu dalam ramai2 AO tu pula ada juga sorang dua yang pandai gunakan kesempatan, kalau tiada "ganjaran" maka tiada undi pilihanraya akan datang dan "ganjaran" yang diterima tu untuk dirinya sendiri, orang kampung dia camna? Main pangkah jer tak tau, hujung pangkal.....tulisan saya ni bukan menghina mana pihak, tetapi itulah kenyataan dan pengalaman hidup yang saya lalui bersama moa pada suatu masa dulu.
Tetapi hari ini, saya dapati ramai anak2 moa yang terpelajar seperti anda punya idea2 yang bernas yang boleh digunapakai dan dipraktikkan untuk memajukan moa khususnya yang dipendalaman. Mengenai siswazah yang sebut tu, ramai yang bekerja di sektor kerajaan swasta diseluruh M'sia, juga yang masih menuntut di institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara. Begitu juga dengan status mereka, adakah mereka ini "pure" oa atau keturunan asing seperti Bah Sian, kerana kalau kita lihat dari raut wajah mereka, saya yakin mereka ini bukan "pure" oa, yang berwajah seperti melayu, cina, india, inggeris, anak indon dan bangladesh pun ada....jadi mana ada semangat kebangsaan lagi... Rasa saya, anda pun mungkin bukan "pure" oa, tapi xmengapalah sebab anda masih punya jatidiri dan semangat untuk memajukan oa...saya respect tu...
Bab perhambaan itu memang pernah terjadi dikalangan moa pada satu masa dulu, walaupun tiada didalam sejarah melayu (bukanlah saya hendak menyokong saudara Bah Sian) kerana saya sendiri pernah bertanya dengan beberapa orang tua suku kaum semai pada sekitar tahun 1970an di daerah Batang Padang dan menurut mereka kawasan seperti Kampung Timah dan Changkat Tin (saya pasti anda tahu kawasan ini) adalah perkampungan oa pada asalnya, juga ada bukti seperti tanaman pokok durian pada waktu itu. Kenapa oa meninggalkan penempatan tersebut, kerana mereka telah diburu olih 'Sangkil"untuk dijadikan hamba untuk mengerjakan sawah atau dijual kepada pembesar2 Melayu. Biasanya, orang muda (belia) dan wanita muda yang ditangkap (tangan diikat dgn rotan, sementara telinga dicucuk dgn rotan supaya bolih ditarik seperti lembu), golongan tua dan kanak2pula direjam dengan lembing. Saya percaya fakta2 ini benar berlaku kerana moa dikawasan inipada masa dulu mengajar anak cucu mereka supaya takut pada orang luar xkira apa bangsa. Pada sekitar 1940an mereka ini berpindah-randah kedalam hutan kerana ancaman jepun dan komunis di mana beberapa orang penduduk telah ditangkap dan seksa olih jepun, dan serangan hendap komunis hampir membunuh semua penduduk kampung sehinggalah tahun 1960an mereka mula menetap dan tidak berpindah-randah lagi.
k lah masa pun xmengizinkan... saya salah dan silap saya harap maafkan, Saya akui orang seperti saya yang xberpelajaran ini kadang2 xfaham apa yang dtulis dan dibaca (maklumlah xsekolah) saya sekadar respon mengenai tulisan saudara walaupun xsemua ya, saya juga berharap akan lebih ramai lagi bloggers yang bersemangat seperti anda memberi pendapat dan cadangan mengenai isu2 moa supaya apa yang kita cita2kan akan tercapai ...
posted by: rischaki (reply)
post date: 08.31.08 (5:13 am)
saudara kt penang adalah orang yang suka merendah diri..saya kagum dengan pendirian anda..pepatah kata - ular menyusur akar, tak akan hilang bisanya tetapi apabila saya baca tulisan saudara yang mengakui tidak berpelajaran tu agak berat untuk saya terima..
saya bukan orangnya yang sangat-sangat terpelajar cuma saya rasa gembira kerana apa yang terbuku dalam isihati saya berkenaan kemelut moa ini dapat saya luahkan dan saya dapati ruangan yang disediakan ini memenuhi kehendak tersebut..
kalau disimpan saja dalam minda saya seorang tentunya ia tidak akan berupaya berkembang dan mungkin ada diantara apa yang saya katakan kena secara kebetulan atau salah dari segi penilaian fakta, mudah-mudahan ianya dapat mencuit minda moa lain yang akan mencetuskan kepekaan terhadap usaha murni menuju kearah kebenaran yang akan memajukan bangsa moa sendiri..
perkenaan perkara perhambaan untuk mengerjakan atau dijual kepada pembesar2 Melayu di Kg timah dan Cangkat Tin tu pun saya setuju..cumanya usaha kearah mengkaji apa yang telah berlaku itu perlu dibuat..bukan untuk menegakkan benang yang basah tetapi untuk memperkayakan perkembangan evolusi sejarah hidup moa.
saya ada melayari blog bumi bebas dan terjumpa satu article tentang masyarakat Mandailing atau batak berdasarkan kepada apa yang saudara tulis berkenaan 3 orang guru berketurunan batak (Mandailing) membuka sekolah di sekitar Jalan Pahang, Tapah..
blog ni di kelolakan oleh Abdur Razzaq Lubis seorang penulis, environmentalist dan socila activist dan merupakan keturunan ke 6 Malaysian Mandailing.
dalam raungan ni ada satu article bertajuk The Mandailings in Kinta bermula dari tahun 1861 - 1875 yang saya dapati sangat bertepatan dengan masa berlakunya peristiwa Pasir Salak..
dan kawasan-kawasan penenempatan mereka berkisar di sekitar kawasan berikut- 1861 Kulop Riau pelopor lombong bijih di kawasan Jelentoh, Gopeng dan dia telah berjaya bekerja sama dengan orang cina untuk membuka semula kawasan lombong didaerah Gopeng Hilir
1875- ada menyebut mengenai dua orang Mandailing iaitu Raja Asal dan Raja Uteh bersama British membuka kawasan perlombongan baru di Gopeng, Papan dan Tanjong Tualang - tempat saya sekeluarga menetap secara tetap dari tahun 1997 sehingga sekarang..
melalui usaha itu tadi, Raja Asal yang mempunyai ramai pengikut terdiri dari bangsa Angkola, Rawa, Talu dan Kah Yin Chew Hakka telah di anugerahkan kawasan lombong Papan yang asalnya dimiliki oleh Sultan Ismail
manakala anak saudaranya Raja Bilah pula telah dilantik menjadi Penghulu Daerah Papan.. daerah ini telah menjadi angat maju dalam penjajahan pertanian iaitu penanaman padi seperti apa yang saudara katakan..
bangsa Mandailing ini telah banyak mempelopori banyak tempat antaranya Kampar oleh Imam Prang Jabarumun dan Tok Setia Raja - Batu Gajah..tetapi kawasan berkaitan Pasir Salak tidak pula disebut tetapi saya rasa ianya saling kait-mengait dengan bangsa Mandailing, penjajah, orang Melayu dan Orang Asli.
ada juga disebut tentang 'Penghulu Paper' dokumen milik Raja Asal, Raja Bilah dan Raja Yaakob dan ianya disimpan di Rumah Besar di Papan Perak yang sekarang ni dikenali sebagai National Archives Of Malaysia, Cawangan Perak dan Colonial Record office files on Microfilm di Kuala Lumpur..
sekarang baru saya faham kenapa generasi moa terutamanya Semai yang lahir selepas tahun 1960an
mengambil inisiatif sebagai pelopor dalam memulakan perjuangan mewakili seluruh moa di negara ini..dan saya akan turut serta menyokong segala usaha murni mereka selagi saya mampu dan berkesempatan untuk berbuat demikian..
umur saya telah mencecah 40 tahun mac lalu..pada saya golongan yang dikategorikan generasi baru dan muda tu lahir bermula dari sejak Tun Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri dulu..
dan kalau dilihat dari fakta sejarah.. The Mandailings in Kinta tadi maka terbuktilah kelebihan dan kebenaran segala-gala kata-kata, buah fikiran saudara Bah Sian..baru saya faham apa yang dia selalu maksudkan dengan yang tersurat dan yang tersirat tu..
kepada moa yang lain saya syorkan anda semua melayari blog bumibebas-june 2007..segalanya berkaiatn dengan saudara bah sian..terima kasih KT Penang dan Bah Sian kerana membangkitkan keterjuaan saya untuk mengenali budaya pemikiran di luar skop pemikiran saya dan moa yang lain di negara ini..
that's all for now, take care
posted by: bah sian (reply)
post date: 09.01.08 (1:17 am)
rischaki
insan yang kamil biasanya bersikap macam anda
ada banyak lagi yang tersembunyi dalam tulisan saya
gunakan fitrah dan fikrah anugerah allah pada diri anda
gunakan renungan makrifat, kudhrat dan iradat supaya yang gelap akan terang
yang benderang akan cemerlang
yang cemerlang akan terbilang
yang meradang jangan pulak temberang
sdra rischaki
ramai orang asli yang marah-marah trhadap saya
saya tidak berkecil hati sebab oa ni memang dah tidak ada panduan dlm hidup, maka itu saya tidak khuatir dan gusar
mereka sedang sakit kepala, kena sebijik ngan penadol sehat lah mereka
saya turun dalam gelanggang ada membawa penadol.
trmkash sdra rischaki
jgn bimbang kalau berjumpa saya,saya sentimental orangnya, berbudi bahasa dan handsome jugak orangnya. Kira handsom orang tua 60 tahun la, perut saya buncit, rambut gugur di depan kira sesuai jugaklah untuk mak janda-mak janda oa, berpendirian sederhana tapi BINGKAS bila kebenaran menyisih bangsa Orang Asli walaupun Orang Asli itu sendiri. Maka itu saya tempelak semua pemimpin oa yang tidak mengikut peraturan sehingga menyesatkan keseluruhan orang asli khususnya di negeri perak itu sendiri. Sebagai berdarah perwarisan sonak malela (search dalam yahoo 'Marga & Cabang kalau nak tahu sedikit perihal saya) saya tidak ada kemarahan kepada sesiapa menamakan bangsa Orang Asli bahkan saya sanggup bayar harga perjuangan saya dengan TUMPAHAN DARAH serta NYAWA saya. Ada banyak lagi bukti yang belum saya rungkaikan kpd oa - lainlah kalau tarzan malaysia muncul baru dia tahu bona pasogit saya, ape ni? heheeeee
k riscahaki selamat melayari bahtera kebenaran melalui tulisan tersurat dan tersurat saya kerana satu kerugian kepada yang menggunakan kemarahan terhadap saya. mereka ini bukan fikiran menguasai perasaan tetapi perasaan menguasai fikiran. Adalah sesuatu yang amat menggembirakan saya jika ada oa yang beroleh Fikiran menguasai Perasaan seperti Rischaki-anda telah berjaya meletakkan ilmu pengethuan di atas jemala
kihkihkih.........
posted by: bah sian (reply)
post date: 09.01.08 (1:20 am)
Oa OA sekelian....,jom berbuka............buka minda la...........oooi asli.......
posted by: bah sian (reply)
post date: 09.01.08 (1:25 am)
waktu di Negara Orang Asli sekarang menunjukkan pukul 1.20 pagi manakala waktu malaysia barat menunjukkan pukul 4.20 petang sama dengan bacaan jam Asyik fm, orang asli jugak! Mereka bangga kerana membuangkan semua dj-dj baru....pastu sambut Merdeka pada 32 hb Ogos bejoget sampai pagi kerana negara mereka diambil orang mcm lagu sweet charity jangan tunggu lama-lama.....tolong sambung lirik ini, heheheeeee.........nak tengok web lucah lagi bagus gambar orang telanjang....
posted by: rischaki (reply)
post date: 09.01.08 (1:17 pm)
untuk renungan bersama..
I.
S I S A D A R O H A
S I S A D A L U L U A N A K
S I S A D A L U L U B O R U
S I S A D A L U L U T A N O
S I S A D A P A N G K I L A L A A N
II.
A N A K N A S O J A D I M A S I B O L A –
B O L A A N
B O R U N A S O J A D I M A S I T I N D I A N
I N G K O N S A D A
S O N G O N D A I O N A E K
N D A N G M A R D U A
S O N G O N D A I O N T U A K
Artinya:
“ Bersatulah anak-anak Lelakimu
Bersatulah anak-anak Perempuanmu
Bersatulah mewarisi Tanah Leluhurmu
Bersatulah dalam Tekad dan Cita-citamu
Anak-anak lelakimu tidak bolah saling Mendengki
Anak-anak Perempuanmu tidak bolah saling Memadu
Harus bersatu
Seperti Rasanya Kesejukan Air Minum
Tidak Mendua
Seperti Rasanya Air Nira.
Ungkapan Raja Sonak Malela ini yang dipesankannya sekira 500 tahun silam kepada keturunannya secara nilai berada di puncak bagi masyarakat yang peka dengan perpecahan atau bagi bangsa yang pluralistic seperti Indonesia.
Dikaji secara mendalam arti “Sisada Lulu” adalah persatuan dan kesatuan dan tidak hanya terbatas pada anak-anak Raja Sonak Malela tetapi juga mengandung nilai dalam lingkup yang luas, orang Batak seluruhnya bahkan bangsa Indonesia.
ini adalah salah satu prinsip hidup yang sangat padu..wajarkah dijadikan pedoman untuk kita semua wahai moa sekelian..
posted by: atz (reply)
post date: 09.03.08 (9:53 am)
Begitu juga dengan status mereka, adakah mereka ini "pure" oa atau keturunan asing seperti Bah Sian, kerana kalau kita lihat dari raut wajah mereka, saya yakin mereka ini bukan "pure" oa, yang berwajah seperti melayu, cina, india, inggeris, anak indon dan bangladesh pun ada....jadi mana ada semangat kebangsaan lagi
Saya berapa setuju dgn ini. Melayu, cina india.iban, kadazan dimalysia ini ramai yg terkacuk. mamak lagi kuat memperjuangkan melayu dan UMNO.
Yang penting mereka MOA.
posted by: atz (reply)
post date: 09.03.08 (9:54 am)
Saya tak berapa setuju dgn ini. Melayu, cina india.iban, kadazan dimalysia ini ramai yg terkacuk. mamak lagi kuat memperjuangkan melayu dan UMNO.
Yang penting mereka MOA.
posted by: Kt Penang (reply)
post date: 09.04.08 (6:42 am)
Reply to: Atz
Memang tidak dinafikan kebanyakan moa sekarang ramai kacukan iaitu hasil dari perkahwinan campur bukanlah menjadi isu besar atau kesalahan di sini, tetapi macam mana dengan semangat "kebangsaan" yang saya maksudkan ialah cinta atau sayangkan moa (masihkah mengamalkan tradisi oa ? Sekiranya ya, maka mereka sanggup berkorban untuk moa, jika mereka menganggap diri mereka bukan lagi oa juga tidak mengamalkan tradisi oa maka mreka anggap perkara ini tidak penting lagi....contohnya saya sendiri, keturunan saya berasal dari Wilayah Shantung China, dan didalam ahli keluarga saya, hanya saya sorang yang concerned dengan moa sementara yang lain bukannya menggalakkan, malah melarang saya dari bercampur dengan moa, kononnya "jangan cari masalah"...Di Penang ni saya mempunyai ramai kawan yang berketurunan mamak (India Muslim), dan pernahkah anda bertanya mengapa mereka kuat memperjuangkan melayu dan UMNO? Jawapannya mudah, supaya mereka mendapat kepentingan dalam perniagaan, bank loan dan taraf kerakyatan dan menjadi kaya raya. Kat sini dia orang control satu kawasan dipanggil 'Little India" malah bolih dikatakan kebanyakan mereka datang dari India dah mendapat IC biru lagi.... kalah moa, sedangkan moa hidup susah di negara sendiri.......lagipun mereka ni united.
posted by: bah sian (reply)
post date: 09.20.08 (11:42 pm)
aiiikkk?????
maner oaoa ni
dah merajuk ker
takkan ler dengan tulisan sendagaruan pun dah bercawat plak?
heheheeee....
asliasli..
bra ni la sikit
oghang penang mana?
aku yang kuar masuk hospital pun tak penah rasa takut
takkan ler oaoa dlm negara sendiri
syik nak bersendiri jer
takkan ler kome biokan ketua kome oa yang bawa perjuangan ke jalan yang salah pun tak sdo-sdo
dah byk kali we ketua kome masuk gaung
dengan pejuangan kome
abih cmner nak maju we
aku pulak yang kena serapah
lagi pun dah jenuh tulis di sini
bila lagi nak bertindak
berani tulis takkan takut nak bertindak
kalau tanya bah sian senang jer
jawapannyer
BILA?
k lah 2hengget sejam we
tengok gambar jepun telanjang lagi baik
dah jenuh tengok oaoaoa ni..
posted by: anak asli tapah (reply)
post date: 11.02.09 (9:22 pm)
ape ler kome ni gdoh2..buang mse jer..
bek kome lyan facebook..lg chill, kt sne pn rmai oa..
toksah gdoh2.. xkmne nyer..xde spe yg bce komen2 korg kt cnie, buang mse..
korg beperang ddlm circle korg jer..
rischaki, ko ade facebook x? bg aku nk tgk mke ko 2...
posted by: anak asli tapah (reply)
post date: 11.02.09 (9:27 pm)
politic`s suck!