UMNO HANYA MEMPERALATKAN ORANG ASLI
10.02.07 (7:47 am) [edit]
Orang-orang Asli sepatutnya mempunyai taraf yang sama dengan orang-orang Melayu dan kaum Bumiputra yang lain, hak dan keistimewaan mereka ditentukan didalam Perlembagaan Malaysia. Tetapi benarkah orang-orang Asli mempunyai hak dan keistimewaan seperti yang diperuntukkan didalam Perlembagaan?
Kebanyakan orang-orang Asli terlibat dengan pertanian dan tinggal dipinggir hutan. Lihatlah perkampongan mereka secara keseluruhannya. Disana kurang terdapat kemudahan-kemudahan asas, kehidupan mereka masih didalam bentuk yang asal kebanyakannya, dan kehidupan mereka seolah-olah tersisih dari arus pembangunan Negara.
Golongan terbesar mereka hidup didalam kedhaifan. Walaupun mereka dikatakan mempunyai hak keatas tanah-tanah rezab orang-orang Asli tetapi dari segi hakikatnya mereka tidak mempunyai geran tanah dan pada bila-bila masa mereka boleh diarah pindah dari perkampongan mereka. Dan apabila kena pindah, pampasan yang sewajibnya tidak diberi kepada mereka. Hak memilikki tanah dengan geran yang sah wajib menjadi tuntutan utama bagi orang-orang Asli. Sebagai masyarakat luar bandar pula, kenapa kawasan mereka tidak dibangunkan semacam pembangunan FELDA?
Kekadang kemiskinan orang-orang Asli sengaja dibiarkan oleh kerajaan untuk membolehkan orang-orang Asli bergantung berterusan dengan UMNO. Umpamanya, semasa pilehanraya diadakan, UMNO akan berkampong dikawasan perkampongan orang-orang Asli. Orang-orang UMNO menampakkan muka manis dengan mengadakan pelbagai pesta dan keraian di kampong-kampong orang-orang Asli, dengan mengadakan majlis-majlis siwang dan tari-menari dengan dibekalkan minuman keras dan rokok.
Masa itulah orang-orang Asli diberi wang ringgit dan makanan seperti beras dan kain, dan mereka ditakut-takutkan dengan diayah yang tidak benar. Dengan cara itu, orang-orang Asli dimanipulasi untuk menyokong UMNO/BN didalam pilehanraya, walhal, dari segi objektifnya UMNO tidak memperjuangkan hak dan kepentingan orang-orang Asli.
Saya harap orang-orang Asli yang sudah mendapat pendidikan tinggi tampil kedepan, memimpin masyarakat mereka dengan menanamkan semangat kesedaran agar kaum mereka tidak dipermainkan dengan cara yang tidak bermaruah oleh pimpinan UMNO.
Dan saya menyeru orang-orang Asli supaya tampil ke muka dan bersama masyarakat Malaysia memperjuangkan hak dan kepentingan mereka dan menuntut keadilan bersama-sama dengan masyarakat lain dan tidak membiarkan diri mereka diperkudakan untuk kepentingan UMNO.
Tuntutlah persamaan hak anda didalam masyarakat Malaysia melalui Parti Keadilan Rakyat.
by Suhaimi Said
http://lubokkawah.blogspot.com" title="http://lubokkawah.blogspot.com" target="_blank"http://lubokkawah.blogspot.co...
posted by:
Yan (
reply)
post date:
10.09.07 (5:43 pm)
Saudar sekelian, sudah sekian lama dan mungkin berabad-atau berkurun Orang Asli dipermainkan oleh bangsa lain, sebabnya 1. Orang Asli tiada yang cerdik pandai, 2. Orang Asli tidak mengejar kekayaan (hidup ala kadar je), 3. Kehidupan yang kuat dengan adat resam yang mengutamakan kekeluargaan, 4. Tidak suka mengambil hak orang yang bukan kepunyaan mereka, 5. Golongan Orang Asli yang cerdik pandai mudah hanyut dan lupa daratan dan ada yang tidak mengaku pula dia tu Orang Asli. Saya minta maaf kepada semua masyarakat Orang Asli sekiranya andaian saya ni tidak benar, tetapi sekira ada kebenaranya saya minta NGO atau apa badan sekalipun supaya mengajak Orang Asli supaya menyelsaikan masalah yang sentiasa membelengu Masyarakat Orang Asli selama ini. Kepada Kelab Siswazah Orang Asli, silalah tanpil membantu kaum anda semua.....
posted by:
rotanmanau (
reply)
post date:
11.30.07 (2:35 am)
Amat menarik artikel ini.
pun begitu apa yang membuat saya lebih ingin mengutarakan or komen adalah PENGGUNAAN ORANG-ORANG.
dalam artikel ini, penulis harus hanya menggunakan Orang Asli. Bagi saya, Orang Asli adalah manusia bukan orang-orang atau patung yang di letak ditengah sawah atau ladang.
kami Orang Asli ada nyawa.
Sudah tentu jika kami disamakan dengan yang saya sebutkan tadi, kami akan menjadi apa yang diceritakan oleh penulis artikel ini, dan itulah kenyataan, pindah bila disuruh pindah, etc.
Pun begitu kerana adanya segelintir insan prihatin dari bijak pandai NGO dan badan yang berkaitan. sedikit sebanyak membuka mata kami.membuka hati kami.Kita harus berterima kasih kepada mereka banyak membantu masyarakat kita.
posted by:
Tei Toi Bree (
reply)
post date:
07.29.08 (12:42 am)
Salam sejahtra sahabat2 saya ni baru je bergiat dalam blog ni saya memang bersetuju dengan pemdapat penulis blog dan komen saudara yan dan saudara rotan manau tu. tapi mengenai KOSWA yang saudara yan sebut tu ujud lagi ke sapa pengerusinya dan bagaimana ingin menghubungi mereka setahu saya saudari Jawiah selaku setiausaha,pengerusi saudara Yang kat melaka dan Timbalan saudara Amri. tapi mungkin saya ni ketingalan maklumat dam kurang maklumat kot. dan sekiranya ada keujudan KOSWA yang terkini tolong buat publisitila sikit sebab siswazah orang asli yang kat luar tu pada pandangan saya amat memerlukan bimbingan serta penyatuan (reunion) untuk mendapatkan kuasa baru idea. tapi idea jangan tinggal idea. kita mesti mau buat sedikit penyusulan serta bercambah dan boleh di guna pakai. sebab bagi saya yang serba kurang pandai ni selagi kita tak buat selagi tu ia akan tinggal idea sekian.
posted by:
faizal UMS (
reply)
post date:
09.05.08 (6:21 am)
Saya tertarik dengan laungan yang di bawa oleh en.Yan, walaupun saya tidak mengenali saudara tapi saya suka menyahut laungan tersebut sebagai salah seorang siswa yang cintakan bangsa saya sendiri iaitu Orang Asli(OA). Saya sememangnya sangat menyedarikan akan ketidak adilan yang telah di bawa oleh pihak kerajaan dalam membangunakan masyarakat OA umumnya. Terutamanya dari aspek taraf hidup dan pembangunan masyarakat saya yang terabai selama 51 tahun kemerdekaan ini. Walaupun ada yang telah menikmati pembangunan tersebut namum hanya segelintir yang menikmatinya jika dkaji dan di perhatikan betul-betul. Pembentangan Bajet 2009 yang di baca oleh PM pada 29.8.2008 di harapkan agar jumlah yang diperuntukkan iaitu sebanyak RM160 juta itu betul-betul untuk membangunkan masyarakat Orang Asli.
posted by:
amhasb22009 (
reply)
post date:
09.26.09 (7:35 pm)
saya tertarik dgn pandangan yang diutarakan oleh en.yan.saya juga pernah menjadi siswa suatu ketika dahulu....dorongan dan sokongan kuat dari institut keluarga itu amat penting bagi menjadi orang asli sejati termasuk adat resam tanpa dihanyut oleh budaya semasa.maksud di sini,kenyataan itu adalah TIDAK BENAR sama sekali kerana institusi keluarga merupakan akar tunjang kehidupan mana-mana setiap manusia yang mampu menyokong arah hidup yang baik malah yang TERBAIK.pangkal awal kehidupan adalah datang institusi keluarga yang kuat menghadapi dugaan dan halangan untuk menjadi orang asli sejati.AYUHLAH KITA MENJADI ORANG ASLI SEJATI TANPA DIPENGARUHI OLEH BUDAYA SEMASA!!!!!!
posted by:
mito ipoh (
reply)
post date:
10.05.09 (6:32 am)
orang asli merempat di bumi sendiri