Lawatan Ke Kg Bukit Rok

Lawatan Ke Kg Bukit Rok

Pada 20 Okt 2007 saya bersama dr colin, dr frank, ms gen dan beberapa rakan lain telah melawat kg bukit rok dan ibam. kami telah disambut oleh batin kg bukit rok dan beberapa pemimpin semelai disana. saya dan penduduk kg telah membawa mereka melawat kawasan yang menjadi pertikaian sehingga kes mahkamah. kami menaiki bot penduduk kg untuk menyeberangi Sg Bera. Tujuan mereka datang untuk mengetahui dgn lebih  mendalam mengenai myskt orang asli semelai. sesuatu yang menarik dr frank adalah jumlah batin semelai sehigga sekarang seramai 18 orang. ini menunjukan mysky Semelai telah menetap disitu beratus tahun. adalah baik OA menyimpan sejarah dan membuat sejarah dr sekarang untuk anak cucu dan cicit. supaya mereka tidak menyalahkan kita dikemudian hari nanti.

 

 

 kami bertolak ke kl jam 7pm dan sampai di KL jam 12pm. amat penat tetapi amat menyeronokan.



posted by: yati (reply)
post date: 10.23.07 (1:05 pm)

what mean of this : adalah baik OA menyimpan sejarah dan membuat sejarah dr sekarang untuk anak cucu dan cicit. supaya mereka tidak menyalahkan kita dikemudian hari nanti.



posted by: editor (reply)
post date: 10.24.07 (1:30 am)

kejayaan dan perubahan sesuatu bangsa bermula dari dulu hingga sekarang. melakar sejarah yg boleh dikenang sampai bila2.



posted by: Batin Sekerap (reply)
post date: 10.24.07 (11:09 pm)

Saya setuju dengan tuan editor. Sekarang ni rasanya kita kena bukukan atau rekod sejarah kampung kita, baik sejarah asal usul, pelan tanah, pertalian saudara mara dsb. Nak bagi tau kekadang sedara mare kita ramai sangat sampai dah tak kenal. Itu tak termasuk anak-anak buah yang dah beranak pinak dan berhijrah ke kampung lain atau negari lain. Saya rasa setiap kampung kena ada carta nenek moyang kaum kerabat sehinggalah ke cucu cicit. Ini termasuklah juga merekod kan segala adat istiadat berkaitan OA di tempat kita..... biasanya kerje Lembaga Adat(semua dalam kepala). OA-Oa sekalian boleh lah kita start buat kat kampung-kampung kita. Sekian Terima kasih.


Batin Sekerap

Tima kasih pada tuan editor yang arif lagi bijaksana. Kalau ada kampung-kampung punya aktiviti lain, boleh share cerita dalam blog ini.



posted by: Kt Penang (reply)
post date: 11.24.07 (4:07 pm)

Tuan Editor,

anda telah membuat lawatan yang sangat berfaedah kerana inilah bahan bukti yang paling penting bagi perbicaraan di mahkamah nanti. Di samping itu juga, sejarah usul asal adalah perlu bagi generasi OA akan datang kerana masyakat OA sekarang ramai yang berhijrah ke bandar dan mengamalkan perkahwinan campur dengan bangsa asing misalnya. Harap2 masih ramai lagi yang mengaku OA dan memperjuangkan nasib OA dimasa akan datang....




posted by: chenwy (reply)
post date: 02.27.08 (8:20 am)

orang asli makin maju,masuk u pun ada,jadi pengurus syarikat gergasi pun ada..wacha..oa



posted by: chenwy (reply)
post date: 02.27.08 (8:23 am)

orang asli makin maju,masuk u pun ada,jadi pengurus syarikat gergasi pun ada..wacha..oa



posted by: senoi (reply)
post date: 03.03.08 (10:36 pm)

Reply to:
gua nk tau contohnye sape jadi pengurus tuu haaa..



posted by: atz (reply)
post date: 03.05.08 (7:57 pm)

batin sekerap.



posted by: bah sian (reply)
post date: 08.28.08 (5:30 am)

batin Sekerap....bagus nama tu
mengingatkan saya iaitu profesion saya menoreh dan kutip sekerap
saya sayang kerja saya
mengembalikan bnyak kngan peribadi saya



posted by: ngah li (reply)
post date: 09.04.08 (10:47 am)

,meh ramai2 kita jumpa kat gerai mamak sambil minum teh tarik,sambil makan roti berintikan isu oa...........heeeee heeee ckp kat blog tk guna....kenaln kan best
bkn ramai sgt pun....apa hala tuju kita.



posted by: Kt Penang (reply)
post date: 09.07.08 (1:54 am)

Saya no problemo, any time, any place, cakap jer kat ner, bukannya nak gaduhkan?......



posted by: chenwy (reply)
post date: 02.24.09 (2:02 am)

saya org bukit ibam,tinggal di kuantan,mana peginya..batin sekerap,ngah ali,yati,senoi dan yg lain tu..!kita sembang lah,kat sini,kenape menyepi..

Your Name:


Your Comment: