KeADILan Kuala Krau Dapat Sokongan Orang Asli, Jana Kekuatan BA Pahang
Kuala Krau, 19 November - Suasana meriah dan gembira merwarnai Balai Raya Kg. Lubok Wong, Kuala Krau, Pahang kerana majlis yang luar biasa bila mana masyarakat orang Asli di sekitar Kg. Lubok Wong, Kuala Krau telah beramai-ramai menghadiri Majlis Ramah Mesra anjuran KeADILan Bahagian Kuala Krau pada 18hb November 2007 yang lalu.
Lebih dari 200 orang penduduk orang-orang Asli telah memenuhi Balai Raya Kg Lubok Wong tersebut dari jam 12.00 tengah hari lagi.
Majlis yang penuh dengan simbolik itu telah disambut dengan meriah oleh Ketua Orang Asli disitu, Sdr. Alias yang mengalu-alukan kedatangan rombongan daripada pimpinan KeADILan Bahagian Kuala Krau terdiri daripada Haji Suhaimi Said, selaku Ketua Bahagian, Sdr Razak Hussin, selaku Timbalan Ketua Bahagian, Sdr. Mahmud Hassan selaku Naib Ketua Bahagian, Sdr. Abd Aziz Ismail, selaku Ketua Penerangan Bahagian, Sdri Noraini Md Isa, selaku Ketua Wanita Bahagian, dan Sdri Hendon Jaafar selaku Setiausaha Wanita Bahagian, dan Sdr Suhaimi Abdullah selaku Ahli Jawatankuasa Bahagian.
Turut hadir didalam Majlis Ramah Mesra itu adalah Ustaz Naphiri M. Tozi, Ketua Dewan Ulama PAS Kawasan Kuala Krau dan Sdr. Mohd Nor, Ketua Parti Keadilan Rakyat Bahagian Jerantut.
Sdr Alias mengalu-alukan kehadiran rombongan dari KeADILan serta wartawan-wartawan dari Bernama dan Siasah, serta pemimpin PAS. Beliau menyatakan bahawa orang-orang Asli telah sekian lama menyokong UMNO, tetapi pihak UMNO tidak memperjuangkan nasib orang-orang Asli di 9 buah kampong di sekitar DUN Jenderak.
Beliau menyatakan bahawa lebih kurang 4000 orang-orang dewasa yang layak mengundi di sekitar 9 buah kamong itu, tetapi yang berdaftar sebagai pengundi hanyalah segelintir darinya kerana selama ini pihak UMNO tidak berusaha untuk mendaftarkan orang-orang Asli untuk menjadi pengundi.
Beliau berjanji akan berusaha untuk mendaftarkan pengundi-pengundi orang-orang Asli melalui kerjasama Parti Keadilan Rakyat dan sokongan yang diberikan nanti oleh orang-orang Asli kepada calon Parti Keadilan Rakyat boleh menggantikan wakil rakyat dari UMNO yang tidak ambil tahu tentang nasib orang-orang Asli disiu.
Sdr Alias menyataka rasa tidak puas hati masyarakt orang-orang Asli kerana Jabatan Hal Ehwal Orang-Orang Asli telah terhutang sebanyak RM60,000 dengan pihak sekolah di kampong tersebut, dan jika tidak dijelaskan segera maka sumbangan buku teks percuma, makanan percuma dan pengangkutan bas percuma kepada anak-anak orang-orang Asli akan terjejas, dan menjadi penyebab kepada anak-anak orang Asli tidak lagi bersekolah. Beliau meminta pihak JHEOA bertindak segera mengatasi
masalah itu.
Sdr Alias juga menyeru Jabatan Bekalan Air Temerloh supaya memberikan air bersih untuk penduduk kampong itu. Sudah lama, katanya, JBA menanam paip, tetapi tidak disambungkan kepada tangki air, dan sesetengah paip yang ditanam itu sudah tersumbat dan memerlukan rangkaian paip yang baru. Begitu juga katanya beliau mengharapkan Tenaga Nasional memberikan lampu jalan di kampong-kampong tersebut.
Yang paling mengecewakan penduduk orang-orang Asli disitu, kata Sdr Alias, ialah berhubung dengan Geran Tanah untuk tanah-tanah ladang mereka.
Sampai bila, katanya, geran-geran itu hendakak diproses dan diluluskan. Alasan bahawa jika geran-geran itu diluluskan maka tanah-tanah itu akan dijual adalah tidak munasabah.
“Inilah tempat kami dan kami tidak akan berpindah lagi dari sini. Kami bukan macam orang-orang Asli zaman dulu, kami bersekolah, anak-anak kami bersekolah, kami tahu yang baik dan yang buruk. Kenapa kaum-kaum lain dapat geran-geran tanah sedangkan bukan sedikit tanah yang mereka dapat itu telah dijualkan. Kenapa kesalahan kaum lain yang menjual tanah itu nak disalahkan kepada kami?” tanya Sdr Alias.
Ketua Bahagian KeADILan Kuala Krau, telah menerangkan dasar perjuangan parti untuk membela nasib rakyat tanpa mengira kaum. Beliau gembira kerana di kalangan orang-orang Asli telah ujud keinsafan dan kesedaran untuk perjuangan membela nasib kaum mereka bersama-sama dengan perjuangan yang lebih besar oleh semua kaum yang lain.
Haji Suhaimi menerangkan bahawa beliau telah pergi ke beberapa perkampongan orang-orang Asli di Kawasan Temerloh, Raub dan Bera. Nasib mereka adalah sama, iaitu mereka ketinggalan dari segi arus pembangunan, dan mereka tercicir dari semua bidang. UMNO tidak membela nasib orang-oang Asli, jelas Haji Suhaimi.
Di Lembah Klau, lebih kurang 1000 orang dari keturunan Temuan sedang menghadapi tempat tinggal mereka dirampas oleh Kerajaan kerana untuk dijadikan takungan air untuk bekalan air ke Selangor. Orang-orang Melayu di Felda Lembah Klau membuat tuntutan yang tinggi sebagai ganti rugi berjumlah hingga RM1 juta bagi setiap peneroka, tetapi bagi orang-orang Asli dikampong bersebelahan, rumah mereka tidak ada nilai, dan yang boleh dinilai hanyalah beberapa batang pokok buah-buahan, dan paling tinggi pampasan mereka hanyalah lebih kurang RMl,000; sedangkan ladang mereka tidak diberikan pampasan diatas alasan bahawa mereka berladang diatas tanah kerajaan.
Di sana juga terdapat kaum Cewong seramai 33 orang. Mereka itu tidak mempunyai rumah langsung, rimbunan daunan itulah rumah mereka; mereka tidak punyai kad pengenalan dan tidak punyai tanah. Apa akan jadi kepada mereka apabila hutan yang mereka huni itu akan menjadi takungan air? tanya Ketua KeADILan Bahagian Kuala Krau itu.
Haji Suhaimi mengajak semua pertubuhan-pertubuhan politik dan NGO di Negara ini memberi ruang kepada perjuangan hak asasi orang-orang Asli. Beliau mecadangkan satu Konvensyen Hak Asasi Orang-Orang Asli di adakan di Kg Lubok Wong dengan menjemput semua kaum oang-orang Asli dari seluruh Negara. Beliau akan berhubung dengan NGO COAC, Centre For Orang Asli untuk merealisasikan Konvensyen ini.
Diakhir pertemuan itu, KeADILan Kupala Krau berjaya menubuhkan 3 buah JDM (Cawangan) di kampong-kampong orang-orang Asli iaitu di Kg Lubok Wong, Kg Pasu dan Kg Pian. Ketua-ketua orang-orang Asli itu akan berusaha menubuhkan beberapa JDM lagi iaitu di Kg Penderas, Kg Seboi, Kg Paya Mendoi, Kg Teruboi dan Kg Paya Rekoh. Haji Suhaimi Said, Ketua KeADILan Bahagian Kuala Krau telah menerima hampir 200 borang ahli baru dari penduduk masyarakat orang-orang Asli yang hadir.
admin @ November 20, 2007
posted by: Katik a/k Karun (reply)
post date: 11.21.07 (4:34 pm)
Keadilan tetap berlaku tetapi bukan dibawa dan diterajui oleh UMNO.... sejak dari dahulu lagi UMNO tidak adil terhadap rakyat dan negara sendiri... contohnya apa akan jadi dengan kes Pulau batu putih.... Malaysia tiada fakta untuk menang dalam kes ni... bergantung kepada British, Belanda dan USA... "KERAJAAN UMNO SENTIASA MEMADAM DAN MEMUTARBELITKAN FAKTA" Yang akhirnya berlakulah sejarah lampau yang tidak utuh. Orang boleh pertikaikan tentang sejarah di Malaysia.
posted by: lompat katak (reply)
post date: 01.20.08 (10:23 pm)
harap - harap saudara suhaimi tu tak melompat - lompat lagi. ngapa di tak tubuh parti lompat katak je mesti ramai orang asli masuk..presiden ibrahim ali
posted by: (reply)
post date: 06.03.08 (9:38 pm)
Reply to:
TK atas teguran tu, ingatlah bahawa sejak dulu lagi saya tidak pernah berjuang untuk kepentingan diri saya sendiri walaupun pernah menjadi ahli bebeapa ahli parti politik. Bahkan firma guaman saya pun saya gunakan untuk perjuangan membela rakyat bawahan. Sila semak rekod saya, dan sebab itulah hingga hari ini saya adalah seorang peguam yang hidup lebih susah dari kerani-kerani pejabat tanah. Tapi, saya terus berjuang untuk rakyat bawahan. PKR adalah parti yang bena-benar sesuai untuk perjuangan rakyat. Ya, kamu yang tak pernah melompat itu, apakah contribution kamu terhadap perjuangan rakyat bawahan?
posted by: bah sian (reply)
post date: 08.28.08 (5:14 am)
Syabas Tuan Haji Suhaimi
anda telah cuba memperjuangkan sisa hidup anda kepada orang asli sehingga menghabiskan masa dan henget daripada orang asli sendiri menagih kekuasaan orang mcm fakir miskin tanpa berjuang melalui saluran politik dan tidak bertanding.
saudara Noria orang asli bukit iskandar pernah bertanding di dun jelai tidak diterima oleh oa dgn alasan noria oa dari iskandar
mereka undi umno bn
pastu adun yang mereka undi telah makan rasuah
mereka menyokong orang yang makan rasuah dan meletakkan mereka mcm binatang di rps
heheeeeee..............byk msalah di sana we
bahasa oa di sekolah betau tu pun diajar oleh guru besar melayu we
oa? kihkih bahasa anda diajar oleh melayu...........lawak la kome
saya pernah buat surat ke kementerian pendidikan nak jadi guru sukarela di sekolah berkenaan tapi sampai sekarang tidak ada jawapan
nak ikut jejak arwah ayah saya membuka sekolah di betau tanpa gaji
oa ader ker semayat cmtu?
jawaaaaaaaaaaab! mengajar tanpa gaji boleh? kat Kg Chang bidor Perak ader jugak wwe....
oa-oa lain cuba la usha
sdra rischaki tentu boleh
fardhu kifayah we.............beso paha la
posted by: bah sian (reply)
post date: 08.28.08 (5:18 am)
waktu di atas waktu negara orang asli............
heheheeee...................sama dgn united states
jam 5:14am sedangkan saya meniulis jam 8 malam
kihkih......