Hak Asasi Orang Asli Sudah Lama Tercemar
12.10.07 (9:54 am) [edit]
Syabas dan tahniah saya ucapkan kp rombongan dari Pahang dan Perak pada Pesta Hari Hak Asasi Sedunia. Anda berani dan penyokongn demokrasi dan keadilan yang tulen. Orang Asli juga turut serta bersama Melayu, Cina dan India membendung kerakusan UMNO yg menjadi2. Nampaknya OA semakin sedar dari didodoi dgn janji manis dan diperkotak-katik selama ini.
Saya merakamkan terima kasih kp Majlis Peguam kerana menjemput OA. Walaupun mereka ini bukan OA malah beberapa peguam telah ditangkap. Perjalanan yg aman menjadi kelam kabut dgn tindakan polis UMNO. pelik tapi inilah kenyataanya.
posted by: Kt Penang (reply)
post date: 12.11.07 (4:52 am)
Masa untuk 'open floor' terlalu singkat, xsempat nak tanya on behalf of OA mengenai perbincangan 'As I Believe'. Sume agama lain menyatakan 'Religion mets Law' camna ngan OA yang tidak beragama....
Syabas pada sume OA yang hadir dengan penuh semangat walaupun anda sume datang dari jauh. Keberanian anda sume amat dihargai, semoga kita jumpa lagi pada masa akan datang...
posted by: YokAre (reply)
post date: 12.11.07 (4:50 pm)
Sapa kata OA tak ada agama. Kepercayaan nenek moyang yang dipegang tetap mengajar segala tatasusila yang baik dan yang buruk. Ada ke dengar berita tentang OA yang merogol anak sendiri? Yang banyak saya dengar dari kaum yang beragama.
posted by: Kt Penang (reply)
post date: 12.11.07 (8:17 pm)
Maksud saya, rata2 OA kat M'sia mengamalkan Anamisme dan lebih kepada tradisi dan customary.Masalahnya pegangan dan amalan OA tidak di perakui olih mainstream religion, jadi adakah OA's religion mets law seperti agama lain? Article COAC 'Papers on Orang Asli subjects' yang bertajuk 'Indigenous Sprituality and Gorvernance' mengatakan 'Indigenous Spritualities are also not RECOGNIZED as TRUE religion on par with the other mainstream religions'. Jadi macammana saudara YokAre.....
Kat sini saya bukanlah nak cite pasal agama, kira dah terkluar tajuk dari article saudara Editor kita, cuma nak bagi penjelasan je...
Bukan hendak membuka pekung didada tetapi kes sumbang mahram sebenarnya ada berlaku di kalangan OA cuma bilangannya agak kecil dan tiada report polis, tu je. Pada saya bukan salah ugama, tetapi individu itu sendiri kerana setiap ugama mengajar kebaikan termasuk masyarakat OA sendiri mengajar anak cucunya yang terbaik, tetapi mengapa hari ini masih ada generasi OA yang tamak haloba dan pentingkan diri sendiri? Sedangkan pada suatu masa dahulu, nenek moyang kita mengajar supaya berkongsi apa saja hasil yg diperolihi dan bekerjasama satu kampung. Di mana salah dan silapnya.......
posted by: sengik (reply)
post date: 01.03.08 (7:24 pm)
tahniah sebab kepetahan saudara kita sorang ni berkata-kata.
Pastinya Kt Penang ni juga banyak memberikan sumbangan yang konkrit dan significant untuk komuniti OA, kan? bukan sekadar pemerhati yang pandai membaca, menilai dan petah memberikan komen semata-mata sebagai hobi di masa terluang.
the lawyers at least did something for/with the OA regardless of race/religion. what have we done? endless talking,zero action?
posted by: Kt Penang (reply)
post date: 01.04.08 (7:53 am)
Saudara Sengik,
Saya tidak perlukan pujian atau sanjungan juga nama, tidak pernah berjasa, semua activiti kemasyarakatan saya adalah bersendirian dan rahsia (tidak perlu dicanang) serta niat saya ikhlas. Sayang sekali saya bukan jutawan, hanya seorang penganggur yang mempunyai naluri kemanusiaan, itu saja. Bagi saya, keiklasan dan kejujuran itu amat penting dan perlu ada pada setiap individu. Adalah amat menyedihkan OA terpinggir di tanahair sendiri dan hak asasi OA seperti tanah yg mereka duduki tidak perakui. Memang saya akui apa yang saya katakan ini adalah NATO (talk only, no action)tetapi sebenarnya saya mahu masyarakat OA bersatupadu dan sama2 menungkah arus kemajuan serta memperjuangkan hak mereka juga tetap mengamalkan tradisi turun temurun. Apapun saya berterima kasih kepada semua, terutama Bar Council, saudara editor, saudari Mok serta yang lain2 walaupun tak kenal pada hari perhimpunan tersebut. Saya bersyukur segala2nya selamat walaupun saya mendapat tentangan hebat dari 2 orang ahli keluarga saya, seorang inspektor polis dan seorang kapten askar melayu diraja. Begitulah hakikat hidup saya sebagai pengamal demokrasi demi OA saya sanggup....
posted by: (reply)
post date: 08.03.08 (10:14 pm)
maaf saya cume ingin respon kpd tulisan kt penang dan yokAre. memang betul orang asli tidak ada beragama cume baru-baru nni sahaja mereka ada yang memeluk agama tetapi tanpa m,emahami sebenar apa itu agama. kalau ada pun hanye segelintir sahaja. ini dapat direnung kepada orang asli yang memeluk agama di negeri perak yang telah hilang haluan mereka dengan agaama anutan mereka. ataupun dengan perkataan yang mudah difaham adalah mereka tidak pandai nak beragama. untuk pengetahuan YokAre, agama itu bermaksud Ahli Kitab yang telah diperturunkan oleh Allah melalui rasul-rasulNya. mereka ini telah menerima wahyu dari malaikat. saya percaya kita pernah dengar malaikat jibaril, mikhail, isrofil dan ISRAIL manakala Orang Asli tidak tergolong dalam mukzizat yang telah diperturunkan. cuma yang ada anutan agama oa ni di sebut Agama Luj atau Aluj melalui Sdra Awis Pedik di Kelantan. Jika Saudara Awis ini diwahyukan oleh malaikat tadi maka barulah oa ada agama sebab dah ada kitab! seperti tulisan kt penang memang benar oa mengamalkan ajaran anamisme dan kerana itu oa masyok agama kristian dan islam untuk di perakui sebagai 'RECOGNIZED AS TRUE RELIGION ON PAR' sehingga meleyapkan identiti marga oa sendiri- mereka ini jenis oa yang tidak pandai.
meskipun begitu oa sewajarnya mempertahankan ajaran lama sebab mereka hidup melalui proses lama,nasib baik.......ada KUASA..... syaitan, jin, hantu, iblis menyelamatkan orang asli, kalau tidak dah lama pupus di bumi tanah melayu ini. juga diharapkan orang asli memperkuatkan identiti bangsa tanpa masuk jadi orang lain. allah sayang semua makhloknya termasuk oa dan yang menyelamatkan oa tadi. jgn bimbang. orang asli memang tidak ada agama----kekalkan.........
k jumpa lagi
posted by: bah sian (reply)
post date: 08.03.08 (10:36 pm)
saya menulis pada 4.08.2008 jam 1.00pm bukan pukul 14:10 08.03.08
posted by: pribumi (reply)
post date: 09.16.08 (7:26 pm)
mungkin tidak ramai tahu bahawa pemelukan islam oleh masyarakat Orang Asli sebenarnya dilakukan secara dipaksa dan dianiaya yang dikepalai oleh jakim dan jheoa.Di Johor misalnya,kebanyakan masyarakat Orang Asli bukannya seratus peratus mengamalkan kepercayaan anismima kerana mereka telah menganuti agama islam samaada dipaksa ataupun janji-janji manis yang diberikan oleh jakim.Sepatutnya jakim harus sedar mereka hendaklah menghormati adat resam dan kepercayaan agama sesuatu kaum bukannya berlagak kononnya merekalah paling berkuasa dalam segala hal.Sebagai contoh,ini terjadi di kampung orang asli tanjung tuan endau mersing dan kampung orang asli semanggar dalam kota tinggi dimana jakim membina surau dan menempatkan ustaz tanpa persetujuan daripada orang kampung dengan tujuan mengislamkan masyarakat orang asli terbabit.Mungkin perkara inijuga berlaku dikebanyakan kampung diseluruh johor dan secara amnya di malaysia.Wahai! bangsaku bangkitlah pertahankan adat resam dan jatidiri nenek moyang kita supaya tidak ditelan zaman.Marilah kita bersatu padu membina semangat perjuangan demi Orang Asli.Hidup Orang Asli!Hidup Orang Asli!Hidup Orang Asli!
posted by: (reply)
post date: 09.24.08 (1:03 am)
mereka ini lah yang betul-betul dikatakan orang asal. walaupun jauh di pedalaman namun kerana semangat dan cintakan bangsa, mereka sanggup datang untuk sama-sama berjuang demi mempertahankan hak asasi orang asal. walaupun kadang-kadang sesetengah pihak memperlekehkan usaha mereka dan tahap pendidikan mereka sering dipertikaikan. namun semangat mereka tidak harus dipandang ringan. cari lah di kalangan masyarakat kita orang asal yang sanggup berjuang seperti mereka. rasanya dalam 1000 hanya 1 yang boleh kita jumpa. tapi yang banyak kita jumpa ialah mereka yang suka memperlekehkan usaha orang lain.
Hidup JOAS!
Hidup Orang Asal!
kita teruskan perjuangan kita!