KEMPEN MENENTANG EMPANGAN KELAU
04.16.08 (11:07 am) [edit]
posted by: rotanmanau (reply)
post date: 05.01.08 (7:05 am)
Betul kata orang 'bila berlaku diskriminasi' apa sahaja keputusan yang kita buat...langsung tidak dihormati...
paling dasyat jika keputusan itu diputarbelit. dua ayat dalam VCD ini yang meghantui saya..."Ha batin...kau nak atau tak nak pindah..kau terpaksa jugak pindah.." cuba renungkan ayat ini...peranan kita sebagai orang asli...orang pertama menduduki negara ni.
ayat kedua "tak pernah ada pegawai joa datang ke sini' bayangkan jika tak pernah datang macam mana lah segala peruntukan untuk kaum che wong tu ye...
dan dengan bangga...pegawai joa yang berkhidmat telus ni...menterjemahkan ada datang berbincang...menerima persetujuan yang mejoriti...kepada orang luar yang tak pandai seoleh patah pun ayat malaysia...(nak tau siapa tengok la sampai habis VCD ni...)
posted by: rotanmanau (reply)
post date: 05.01.08 (7:07 am)
terima kasih kepada dr colin nicholas dan puah sze ning untuk projek mereka berdua.....kesian mereka tak tidur malam...untuk membongkar segala penyelewengan manusia yang mata bertukar $$$$.
dan siapa yang hidup tetap sama tak berubah sudah 50 tahun merdeka...kita lah...uang kitak jugak....!!!
posted by: To' Naning (reply)
post date: 05.20.08 (5:12 pm)
Damai sejahtera keatas kamu.
Bagus juga pembentangan DVD yang dihasilkan. Banyak isu-isu serta pemalsuan fakta berlaku namun orang asli tetap menjadi mangsa. Saya pernah melalui kg pertak di ulu selangor. Sekali pandang kelihatan sebuah perkampungan yg tersusun dan cantik, dalam hal ini saya amat bersetuju kerana rata-rata kebanyakan perumahan orang asli tidak tersusun dan kelihatan daif. Namun dari satu segi, wujud kepupusan budaya dimana ada pada suatu ketika dulu telah berubah malah mungkin boleh dikatakan tiada lagi. Malah saya bersetuju dengan agenda penghijrahan yg dikatakan untuk kebaikan orang asli. Renungkan sejarah.. Dataran Merdeka, Bukit Nenas, Bukit Lanjan, Busut - apa yg ada hari ini adalah bekas tinggalan perkampungan orang asli. Dahulu, sekarang sama saja - masih ada agenda tersembunyi kerana $$$ masyukkk!!!. Namun begitu, projek ini tetap akan dijalankan agaknya, kerana ketinggian Empangan telah direndahkan. Kesian sahabat-sahabat hutan yang diam disitu, pupuslah habitat mereka. sama mcm org asli (tiada pilihan) - Tapi kuatkan semangat! Kalu jadipun, jgnlah pindah kalu ternyata ianya tidak memberi ancaman keselamatan kpd org asli. Belajarlah dari kesilapan lalu... Special thanks to Dr Colin and team. Masih ada insan-insan yang berjalan dalam terang.
