MESYUARAT POASM
05.28.08 (10:36 am) [edit]
Mesyuarat POASM untuk membincangkan hal ehwal Orang Asli di negeri Selangor akan diadakan pada 1 Jun 2008 di Kg Tun Razak Kuala Kubu jam 10 pagi. Maka itu, diminta penduduk sekitar atau pada sesiapa yang berminat untuk hadir. Ia menjurus untuk membincangkan kes-kes tanah dan sebagainya. Untuk makluman, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim ingin berjumpa dengan para pemimpin OA di negeri Selangor. Kehadiran anda untuk memberikan pandangan dan idea-idea yang bernas untuk OA terutamanya di negeri Selangor ini amat dialu-alukan.
posted by: Suhaimi Said (reply)
post date: 06.03.08 (9:20 pm)
Pada 8hb Jun 2008 jam 3.00 petang, kami akan adakan satu Majlis Dialog untuk mengumpulkan masalah-masalah Orang Asli di kawasan DUN Jenderak Kuala Krau. Majlis diadakan dirumah Cham bin Bakar di Kg Pian, Kuala Krau.
Pihak tuan mempunyai pengalaman yang sangat luas didalam perjuangan untuk membela Orang Asli.
Sudikah jika kami panggil pihak tuan untuk hadir?
Kami juga ingin menjemput wakil dari COAC, kerana mereka juga terlibat dengan bersungguh didalam pembelaan itu. Mungkinkah boleh dipanjangkan jemputan ini?
posted by: senoi (reply)
post date: 08.02.08 (5:00 am)
helo bro...u jemput kita OA diorang manala tahu pasal POASM dlm iklan pun x ade ini kan dalam internet...website pun tak ade masakan komputer