MEMO KEPADA MB PERAK

MEMO KEPADA MB PERAK

PERHATIAN:

 

 

 

MENTERI BESAR PERAK
 

 

 

 

 

 

MEMORANDUM

 

 

MASALAH DAN TUNTUTAN MASYARAKAT ORANG ASLI PERAK
SETELAH 50 TAHUN MALAYSIA MENCAPAI KEMERDEKAAN

 

 

 

 

 

 

KEPADA:

 

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaludin
MENTERI BESAR, PERAK
 

 

 

Oleh

 

JARINGAN KAMPUNG ORANG ASLI
(JKOA)

 

NO.1 Kampung Chang Lama Sungai Gepai
35500 Bidor Perak
Tel/fax: 05-4348160
    & nbsp;   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p;     ;         & nbsp;   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p;     ;         & nbsp;   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p;     ;
2hb. June 2008

 

 

 

YAB MB

 

 

Memorandum mengenai masalah dan tuntutan masyarakat Orang Asli DI PERAK.

 

  1. Adapun tujuan kami mengemukakan memorandum ini adalah bagi menarik perhatian YAB MB kepada masalah-masalah semasa yang dihadapi oleh masyarakat Orang Asli di Perak dan langkah-langkah yang perlu diambil segera oleh YAB MB bagi menyelesaikan masalah-masalah tersebut.

 

  1. Sebagaimana yang YAB sedia maklum, semenjak Negara mencapai kemerdekaan lebih daripada 50 tahun dahulu, kami masyarakat Orang Asli (MOA) telah turut melibatkan diri untuk bersama-sama dengan masyarakat-masyarakat lain dalam proses pembinaan Negara Malaysia.

 

  1. Namun, disebalik penglibatan dan sokongan ini, kami berasa seperti tersisih daripada berasai nikmat  kemerdekaan sebenar serta kemajuan yang telah dicapai oleh Negara selama ini. Sebahagian besar daripada MOA masih jauh ketinggalan dalam banyak hal berbanding dengan kaum-kaum lain.

 

  1. Keadaan ini bukan hanya disebabkan oleh kelemahan atau kekurangan yang terdapat pada MOA sendiri sebagaimana yang sering digambarkan selama ini, tetapi selebihnya berpunca juga daripada tindakan dan strategi yang tidak telus dan ikhlas pelbagai pihak, termasuk mereka yang berwajib, dalam usaha membela dan membangunkan MOA.

 

  1. Di bawah ini diperturunkan perkara-perkara pokok yang perlu perhatian dan tindakan wajar dan segera pelbagai pihak terutamanya YAB MB, supaya kehidupan dan masa depan MOA dapat dipelihara, setaraf dengan masyarakat-masyarakat lain di Negara ini.

 

SUDAH 50 TAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA NAMUN;

 

1.     Tanah-Tanah Adat dan perkampungan kami masih tidak  diiktirafkan oleh kerajaan sebagai milik kami secara hitam putih. Malah sehingga saat ini sebahagian besar MOA tidak tahu apakah status tanah yang kami duduki serta usahakan (gazet/geran/rezab/kawasa n simpan ???.). Akibatnya;

 

1.1    & nbsp;   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p;     ;     Ketiadaan perlindungan ke atas tanah kami telah membawa banyak  kemudaratan kepada kami. Kami sering kehilangan tanah kepada pihak lain, termasuk yang berkepentingan peribadi tetapi mengunakan alasan ‘demi Negara’.

 

1.2    & nbsp;   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p;     ;     Apabila tanah kami diambil, kami bukan sahaja kehilangan tanah tetapi segala usaha yang telah kami jalankan ke atas tanah tersebut. Akibatnya, kami kehilangan punca saraan hidup, justeru memudaratkan kedudukan ekonomi kami yang rata-rata memangnya daif jika dibandingkan dengan masyarakat lain di Negara ini.

 

1.3    & nbsp;   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p;     ;     Ada juga perkampungan Orang Asli yang terpaksa ataupun dipaksa berpindah ke kawasan lain untuk memberi laluan kepada pembangunan yang dikatakan ‘demi Negara’ itu. kesannya;

 

1.3.1    & nbsp;   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p;   MOA yang terlibat hidup merempat dan kebanyakan daripada mereka cuma ada rumah tanpa Tanah Adat dan asas ekonomi yang tetap.

 

1.3.2    & nbsp;   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p;   Segala dasar teras kehidupan seperti sejarah, budaya, pengetahuan tradisi, legenda, perkuburan nenek moyang, tempat-tempat suci dan tanaman yang diwarisi dan diusahakan musnah sama sekali atau diambil oleh yang mengambil tanah-tanah tersebut untuk kepentingannya sendiri. Di tempat baru mereka terpaksa memulakan kehidupan sekali lagi. Contohnya kes-kes di bawah ini:

 

1.3.2.1    & nbsp;   &n bsp;   &nb sp; Kampung Sandin di Mukim Bidor Perak. Apabila tanah mereka diambil pada tahun 1990an oleh FELCRA. Semua usaha dan warisan yang lain milik penduduk kampung Sandin diimusnahkan oleh FELCRA kecuali pokok-pokok petai. Setiap kali tiba musim,  penduduk Kg. Sandin yang sedang ‘mengikat perut’ hanya mampu melihat dari jauh hasil pokok-pokok petai mereka, diambil oleh orang-orang FELCRA.

 

1.3.2.2    & nbsp;   &n bsp;   &nb sp; Kampung Ganggai Trolak Utara Sungkai Perak, penduduk OA ini terpaksa berpindah sebanyak 7 kali untuk memberi laluan kepada projek FELDA. Sebelum ini kampung-kampung mereka adalah di kawasan rendah dan selesa kerana tidak berbukit-bukit. Tetapi sekarang ini MOA Kg. Ganggai hidup dalam keadaan yang cukup daif. Lokasi tempat tinggal pula terletak di dinding bukit yang sangat curam, sempit dan berbahaya. Peneroka FELDA yang jaraknya cuma beberapa meter dari mereka, hidup kaya raya dan dilengkapi dengan segala kemudahan asas.
    & nbsp;   &n bsp;  
1.3.2.3    & nbsp;   &n bsp;   &nb sp; Kg.Chang Baru Bidor Perak: Kampung ini berasal dari Kg. Penantar Jalan Mengkuang Bt.6 MOA, dipaksa berpindah ke Kampung Chang Baru, Bidor. Meninggalkan segala kenangan, sejarah, legenda, kuburan nenek moyang, kebun-kebun getah dan sebagainya. Mereka berpindah dengan seribu kepedihan dan rasa cukup terhina. Semuanya terpaksa dan dipaksa kerana kerajaan telah menyerahkan kampung tersebut kepada syarikat permodalan melombong bijih timah. Penduduk tidak mendapat apa-apa keuntungan selain daripada:  duit sagu hati yang sedikit, yang diberikan hanya selepas beberapa tahun berada di Kg. Chang Baru. (itu pun tanpa mengetahui jumlah yang sebenarnya kerana duit diserahkan kepada JHEOA sebelum diserahkan kepada orang kampung).

 

1.4    & nbsp;   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p;     ;     Sekiranya tidak dipindahkan atau berpindah;

 

1.4.1    & nbsp;   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p;   Kawasan Orang Asli akan dikepong oleh pelbagai projek pembangunan, terutamanya projek-projek yang diusahakan oleh Badan Koperat dan Awam seperti FELCRA, FELDA, RISDA termasuk projek-projek pelancongan, rekreasi dan sebagainya, yang dijalankan bagi manfaat pihak lain.

 

1.4.2    & nbsp;   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p;   Dalam keadaan seperti ini, kawasan Orang Asli terlibat akan menjadi sempit dan tidak lagi sesuai dan mampu untuk menampung keperluan penduduknya secara keseluruhan. Cth antara kes: Kampung Jentong Trolak, Utara Sungkai, Perak. Bt. Berangkai, Kampar, Perak, Kg.Orang Asli Langkap, Perak.

 

1.4.3    & nbsp;   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p;   Keadaan ini juga telah mendedahkan Orang Asli kepada pelbagai ancaman yang tidak sihat dan berbahaya. Seperti contoh kes di bawah:

 

1.4.3.1    & nbsp;   &n bsp;   &nb sp; Kampung Sandin, Bidor, Perak; Pekerja asing (berbangsa Bangladesh) di ladang FELCRA berdekatan kampung tersebut, sering mengintip kaum perempuan mandi. Pada 20hb. April 2008, salah seorang gadis hampir menjadi mangsa rogol. Dia telah dikasari dengan teruk. Apabila Orang Asli melapor kejadian ini  pada polis laporan mereka dipertikaikan oleh polis: “betul ke awak tak tipu...? Kalau awak tak cinta takkan dia nak buat macam tu” kata seorang anggota polis wanita kepada budak perempuan yang hampir menjadi mangsa rogol berkenaan. Malah, salah seorang pegawai FELCRA dengan sinis mengatakan bahawa: “kalau setakat kena peluk, cium dan raba tidak mengapalah”.

 

1.4.3.2    & nbsp;   &n bsp;   &nb sp; Di kampung-kampung seperti Kg. Changkat Ramu, Kg. Twe Teras, Kg.Cawang, Kg. Buluh Ruas dan beberapa kampung lagi di daerah  SKC Slim River,  setiap hari Orang Asli di situ minum air perigi yang tercemar dengan racun dari ladang sawit yang mengepong mereka dan mandi air parit dalam ladang kelapa sawit yang berwarna perang dan dicemari racun dan juga baja.

 

1.4.3.3    & nbsp;   &n bsp;   &nb sp; Kampung OA Sg. Tesong Sungkai Perak: Penduduk menjadi semakin resah dan rimas kerana diperlakukan seperti binatang dalam zoo: Di mana sering kali para pengunjung dari taman-taman reakreasi berdekatan datang ke kampung mereka untuk melihat MOA di situ dan mengambil gambar-gambar penduduk kampung walau pun tanpa kebenaran penduduk kampung. Selain itu, para pengunjung ini juga telah menjadikan perkampungan MOA ini  sebagai tempat maksiat. (lokasi pilihan mereka termasuk di celah-celah batu, semak samun, pokok dan busut berdekatan dengan rumah atau di dalam kebun penduduk kampung).

 

1.5    & nbsp;   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p;     ;     Ketiadaan status tanah juga telah menyukarkan usaha untuk membangunkan tanah kami bagi tujuan mempertingkatkan kedudukan ekonomi kami. Kesukaran ini bukanlah terbatas dari segi mendapatkan peruntukan atau bantuan kerajaan, malah, kami dilarang sama sekali mengunakan tanah tersebut. (Jabatan Hutan mencacak papan tanda larangan menceroboh kawasan hutan simpan, siap dengan amaran hukuman dan denda kepada yang melanggarnya). Akibatnya, kami terus berdepan dengan masalah kemiskinan dan ada masanya kami terpaksa berbalah dengan pelbagai pihak demi mempertahankan hak kami.

 

1.5.1    & nbsp;   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p;   Kes penduduk kampung Sandin 2007: Usaha penduduk kampung membuka dan membersihkan tanah mereka untuk berladang padi dan juga menanam getah secara tradisi telah dihentikan oleh pihak Jabatan Tanah dan Galian Batang Padang/DO, yang menegaskan bahawa tanah-tanah tersebut milik PPPNP/Kerajaan Negeri Perak dan bukan milik Orang Asli.

 

1.5.2    & nbsp;   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p;   Perkampungan Pos Bersih, Ulu Slim, Slim River; Kes ini melibatkan program penyusunan semula kampung. Walaupun kemudahan-kemudahan seperti rumah, sekolah, eletrik dan jalan tar sekerat (jalan tar dari tangga tapi tak sampai ke jalan utama) dibekalkan, namun, tiada sebarang projek ekonomi dilaksanakan. Tanah Adat juga tidak diiktiraf. Apabila penduduk kampung mengambil inisiatif sendiri untuk memajukan tanah dengan tanaman komersial seperti getah dan kelapa sawit, pihak DO, Jabatan Hutan dan ASPEK (RISDA) pula menghalangmya. Sekarang ini penduduk resah dan rasa tertekan. Ini kerana pihak berkenaan sedang giat membuat persiapan untuk tujuan pembalakan di kawasan Tanah Adat tersebut. Penduduk telah membuat beberapa tindakan termasuk lah membuat laporan polis.

 

1.6    & nbsp;   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p;     ;     Tanah-tanah Adat dan perkampungan Orang Asli juga sering bertukar status, sama ada dipindah milik atau dijual oleh pelbagai pihak berkepentingan tanpa sebarang makluman, perbincangan atau perundingan dengan kami terlebih dahulu seperti yang terjadi dalam kes-kes berikut:

 

1.6.1    & nbsp;   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p;   Kes Tanah Adat Kampung Chang Lama Sungai Gepai, Bidor Perak: telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri kepada Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP).
 
1.6.2    & nbsp;   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p;   Kampung Gesau di Ulu Slim, Slim River: Tindakan Penghulu Geharai bersama penduduk kampungnya membuka sebahagian Tanah Adat mereka untuk menanam kelapa sawit dengan menggunakan modal RM40,000.00 (wang pencennya sebagai anggota tentera). Inisiatif beliau ini telah menyebabkan beliau dituduh menceroboh Tanah Anak Syarikat Pekebun Kecil (ASPEK). Pihak ASPEK telah membuat laporan polis terhadap penghulu Geharai berkenaan dengan perkara ini.
 
1.7    & nbsp;   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p;     ;     Kehilangan tanah juga menjejaskan adat resam serta budaya kami kerana aspek-aspek kehidupan kami amat berkait rapat dengan tanah dan ekologi persekitaran kami.
Keadaan yang dinyatakan di atas, menggambarkan bahawa selama 50 tahun ini, pihak-pihak berkenaan dan juga pihak-pihak yang dipertanggungjawab untuk memelihara dan melindungi kebajikan kami tidak pernah memikirkan atau prihatin terhadap keperluan dan kesusahan MOA secara ikhlas dan serius. Melainkan sekadar melepas batuk di tangga sahaja.     & nbsp;   &n bsp;   Seperti yang dinyatakan oleh hakim-hakim semasa Keputusan kes Sagong Tasi dalam Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan:  Masalah utama yang dihadapi oleh Orang Asli berkenaan dengan Tanah Adat mereka adalah satu, di mana pihak kerajaan telah gagal dalam kewajipannya untuk melindungi Tanah Orang Asli daripada pencerobohan, eksploitasi dan pengambilan oleh orang lain (termasuk pihak kerajaan sendiri). Hasil daripada kecuaian kerajaan negeri dan persekutuan dalam kedua-dua hal iaitu kurangnya penggazetan dan tiada penggazetan ke atas kawasan di mana memang diketahui mereka sebagai diduduki oleh Orang Asli, telah menyebabkan hak-hak Orang Asli ke atas tanah tersebut diletakkan dalam bahaya. (dari Kertas kerja  yang dibentangkan semasa Persidangan Undang-undang Malaysia ke-14,oleh Dr.Colin Nicholas dianjurkan oleh Majlis Peguam Malaysia, 29-31 Oktober 2007, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
1.8         & nbsp;   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p;     ;  Salah satu contoh, sila perhatikan jadual di bawah ini berkenaan dengan perubahan dan kedudukan status tanah MOA seluruh Semenanjung Malaysia:
Jadual 1
Status Tanah Orang, Asli 2003 (hektar)
Status Tanah
Sehingga pada
31.12.2003
Peratusan
Rizab Orang Asli yang digazetkan
19,222.15
15.1
Diluluskan untuk penggazetan, tetapi belum digazetkan lagi
28,760.86
22.5
Dimohon untuk penggazetan, tetapi belum diluluskan lagi
79,715.53
62.4
Jumlah tanah Orang Asli dengan beberapa bentuk pengiktirafan
127,698.54
100.00
Jadual 2
Tanah yang Diduduki Orang Asli, 2003 (hektar)
Status Tanah
Seperti pada
31.12.2003
Peratusan
Jumlah tanah Orang Asli dengan beberapa bentuk pengiktirafan
19,222.15
92.4
Tanah yang diduduki tanpa kebenaran
9,873.04
7.1
Tanah bergeran secara individu
644.17
0.5
Jumlah tanah yang diduduki Orang Asli yang telah direkod
138,215.75
100.00

Jadual 3
Perubahan ke atas Status Tanah Orang Asli
1999-2003 (hektar)
Status Tanah
1990
1999
2003
Perubahan/
Kehilangan
(1990-2003)
Rizab Orang Asli yang digazetkan
20,666.96
19,507.4
19,222.25
-1,444.81
Diluluskan untuk penggazetan, tetapi belum digazetkan lagi
36,076.33
28,932.2
28,760.86
-7,315.47
Dimohon untuk penggazetan, tetapi belum diluluskan lagi
67,019.46
78,975.0
78,715.53
12,696.07
Jumlah
123,762.75
127,414.6
127,698.54
3,935.79
Sumber: dari Kertas kerja  yang dibentangkan semasa Persidangan Undang-undang Malaysia ke-14,oleh Dr.Colin Nicholas dianjurkan oleh Majlis Peguam Malaysia, 29-31 Oktober 2007,  Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
2.     Masyarakat Orang Asli masih dicengkami oleh Akta 134 iaitu Akta Orang Asli (satu akta ketinggalan zaman yang banyak kelemahannya).

 

2.1.1    & nbsp;   Akta ini lebih bersifat mengongkong daripada memudahkan pembangunan serta pemeliharaan kebajikan Orang Asli.
 
2.1.2    & nbsp;   Akta ini tidak memberi perlindungan kepada tanah Orang Asli sepenuhnya, dan tidak memperuntukan bayaran pampasan yang adil sekiranya tanah Orang Asli diambil. Salah satu kes;

 

Untuk mendapatkan pampasan yang adil ke atas pencerobohan dan   pengambilan paksa Tanah Adat dan perkampungan mereka, penduduk  Orang Asli Bukit Tampoi terpaksa menggambil tindakan mahkamah. Sehingga saat ini, walaupun keputusan mahkamah memihak kepada OA, kerajaan masih tidak mahu menerimanya. Akibatnya, kes ini telah memakan masa yang panjang dan amat menyusahkan OA. (difahamkan  kes ini kini dalam proses penyelesaian dengan kerajaan Negeri Selangor yang baru).

 

2.1.3    & nbsp;   Disebabkan Akta 134 juga, MOA seolah-seolah disekat untuk membuat keputusan serta menentukan sendiri apa yang baik bagi kami. Ini adalah kerana Akta 134 meletak segala hak dan kuasa mutlak membuat keputusan berkaitan dengan kehidupan dan kewujudan masyarakat Orang Asli di Malaysia sepenuhnya pada JHEOA dan Menteri.

 

2.1.4    & nbsp;   MOA bukan sahaja tidak dibenarkan memiliki Tanah Adat sendiri malah tanah kami boleh dirampas dan digunapakai oleh mana-mana pihak dengan mudah pada bila-bila masa saja, tanpa sebarang pemberitahuan, perbincangan dan keuntungan kepada Orang Asli. Contoh kes:

 

 Kg. Tew Teras: Tanah Adat mereka  seluas 330 ekar  telah  digunapakai/ambil oleh  FELDA Besout tanpa rundingan dan penjelasan secara terperinci dengan penduduk kampung. Sekarang ini penduduk kampung terlibat bukan saja kehilangan Tanah  Adat tetapi mereka hidup melarat dengan kemiskinan.

 

2.1.5    & nbsp;   Akta ini juga memberi ruang untuk Orang Asli dieksploitasikan, walaupun dalam tujuannya dinyatakan penggubalan Akta tersebut adalah bertujuan untuk melindungi Orang Asli. Kelemahan ini jelas ditunjukkan dalam peruntukan mengenai pampasan, di mana tiada nilai diletak di atas tanah Orang Asli; yang layak dibayar hanyalah pokok tanaman sahaja, itu pun mengikut budi bicara Pesuruhjaya Orang Asli dan bukan perkiraan nilai pasaran semasa (selama 50 tahun ini, setiap kali berlaku pengambilan Tanah MOA, MOA sama ada tidak langsung mendapat apa-apa pampasan atau pampasan yang diberi cuma saguhati sahaja, itupun bukan terus kepada MOA sendiri tetapi  kepada pihak tertentu. Oleh hal yang demikian, MOA yang terlibat sering tidak tahu jumlah saguhati yang sebenar; contohnya kes  penduduk Kg. Penantar Bt.6, Perak tahun 1965 seperti di atas)

 

2.1.6    & nbsp;   Akta ini juga mempunyai kesan mengasingkan MOA daripada masyarakat bumiputra yang lain (Orang Melayu dan Orang Asal Sabah dan Sarawak) baik dari segi hak asasi sebagai pribumi/bumiputra ataupun pemilikan tanah, kemajuan dan peruntukan membangun Tanah Adat. Malahan Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia yang memberi pelbagai keistimewaan kepada masyarakat-masyarakat bumiputra tersebut tidak dilanjutkan kepada Orang Asli.

 

2.1.7    & nbsp;   Kesimpulannya, Akta ini telah menjadikan MOA seakan-akan pendatang tanpa izin di negara ini, terpinggir, teraniaya dan ketakutan memandangkan kami hanya berhak menduduki tetapi bukan memiliki tanah kami walaupun Orang Asli merupakan penduduk asal Semenanjung Malaysia.

 

2.1.8    & nbsp;   Orang Asli telah berulangkali membangkitkan hal ini kepada pihak yang berwajib dan juga menyarankan agar Akta tersebut dipinda, berasaskan tujuan untuk memelihara dan melindungi kepentingan Orang Asli. Malahan Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia [POASM] telah mengemukakan memo bertarikh 7 Ogos 2005 berkenaan perkara ini kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Namun, sehingga kini, kami belum lagi mendengar sebarang tindak balas maupun apa-apa perkembangan daripada Pihak Kerajaan. Akta 134 terus dirujuk sebagai undang-undang bersangkutan perihal melibatkan Orang Asli, termasuk hal-hal berkenaan tanah.

 

2.1.9    & nbsp;   Terdapat pihak-pihak tertentu yang menyatakan bahawa Akta 134 ini sungguh istemewa dan melindungi MOA. Sekiranya anggapan ini benar, mengapakah sehingga saat ini ;

 

2.1.9.1  MOA secara keseluruhannya tidak dihormati dan  kebanyakan kawasan Tanah Adat mereka dibalak, dirampas, dicerobohi dengan rakus oleh pelbagai pihak?;

 

2.1.9.2  MOA sering tidak meraih hasil ataupun keuntungan dari pembalakan, pencerobohan dan perampasan tersebut tetapi hanya memperolehi tanah runtuh dan banjir lumpur, kerosakan jalan yang teruk, debu dan kemusnahan segala tanaman mereka dan sumber semulajadi (seperti dialami di Pos Gedung, Bidor dalam tahun  1985 dan di Pos Dipang, Ulu Kampar, Gopeng Perak dalam tahun 1996).

 

3.     JHEOA adalah satu-satunya jabatan yang dipertanggungjawab melindungi dan memastikan pembangunan Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Namun, jika dilihat kepada hakikat bahawa hampir 80% daripada MOA masih lagi berada dalam golongan miskin tegar, nyata sekali tanggungjawab tersebut tidak terlaksana. Terdapat beberapa fakta mengapa keadaan ini terjadi, namun, bagi kami, penyebab utamanya berkait rapat dengan kepincangan dalam perancangan, pengurusan, keikhlasan  dan pelancaran tanggungjawab tersebut seperti diterangkan di bawah ini:- 
3.1    & nbsp;   &n bsp;   &nb sp; Masyarakat lain tidak akan memahami sepenuhnya apa yang baik dan sesuai untuk MOA.
3.2    & nbsp;   &n bsp;   &nb sp; Tidak semua rancangan JHEOA membawa kebaikan kepada MOA. Contohnya:
3.2.1    & nbsp;   Projek Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) dan juga penswastaan tanah.  Kononnya program atau projek ini  bertujuan membangunkan dan membebaskan MOA dari belenggu kemiskinan, tetapi hakikatnya keadaan sebaliknya yang berlaku;  Orang Asli dieksploitasi dengan teruk seperti:
Ø    & nbsp; Dibayar gaji yang lebih rendah jika dibandingkan dengan pendatang tanpa izin.
Ø    & nbsp; Pembahagian dividen yang sangat sedikit dan tidak seimbang.
Ø    & nbsp; Urusan untung, rugi dan hasil (dari projek seperti kelapa sawit atau getah) tidak pernah diberitahu kepada peserta/MOA terlibat.
Ø    & nbsp; Sebelum projek bermula, pelbagai janji dibuat. Tetapi setelah projek berjalan, janji cuma tinggal janji.

 

(Antara contoh-contoh kes dari beberapa negeri diseluruh Semenanjung Malaysia, berkenaan perkara di atas adalah seperti berikut):

 

3.2.2    & nbsp;   Kes projek kelapa sawit  dan Getah (1 blok  getah dan 3 blok kelapa sawit) RPS Legap, Lasah, Sungai Siput, Perak:   Penduduk terlibat hanya mendapat dividen sebanyak RM400.00 setahun bagi setiap peserta. Mereka hanya mula mendapat dividen  setiap bulan sebanyak RM190.00 pada tahun 2007. Untuk  getah, peserta yang menjadi penoreh hanya diberikan 40sen sekilo walaupun harga pasaran komoditi ini berlipat kali ganda tingginya daripada kadar tersebut. Disebabkan penindasan ini, penduduk mula tidak berpuashati dan telah cuba mendapat  penjelasan dari pihak JHEOA. Malangnya, pihak JHEOA mengatakan bahawa dividen dan pendapatan yang sedikit daripada kedua-dua hasil projek tersebut adalah disebabkan oleh Orang Asli sendiri; mereka dituduh mencuri hasil dan menjualnya di tempat lain.

 

3.2.3    & nbsp;   RPS Jernang melibatkan 5 buah kampung Orang Asli Suku Semai di Sungkai, Perak; Tanah seluas 646 hektar dibangunkan dengan Tanam Semula Komersial Sawit (TSK) oleh Kerajaan melalui JHEOA. Jumlah penduduk dari 5 kampung itu yang terlibat sebagai peserta ialah 222 orang. Banyak perkara berkaitan dengan projek ini tidak berapa difahami oleh Orang Asli terlibat dan antaranya ialah:

 

Ø    & nbsp;  walaupun keluasan tanah cukup luas (kira-kira 6 ekar setiap peserta) namun dividen yang diperoleh cuma RM300.00 setiap 6 bulan atau 10 bulan sekali (pada tahun 2007 dividen mula dibayar 4 kali setahun.  Itupun setelah para peserta banyak kali mempersoalkan dan membangkitkan perkara tersebut kepada JHEOA dan juga kepada pihak SUHAKAM)

 

Ø    & nbsp; Bagi peserta yang telah meninggal dunia devidennya telah dihentikan (tidak diberi kepada balu-balu mereka untuk beberapa tahun). Hanya mula di beri dividen lagi pada 2008.

 

Ø    & nbsp;  Orang Asli/peserta tidak pernah diberitahu (sama ada secara mulut atau hitam putih) tentang bagaimana mekanisme untung rugi dan hasil atau keuntungan diuruskan dan diagihkan.

 

Ø    & nbsp; Setiap kali peserta mempersoalkam perkara-perkara berkaitan, pihak JHEOA menjawab secara lisan dan bersahaja bahawa, dividen sedikit kerana peserta masih berhutang dan peserta malas dan tidak bekerja dengan betul. Menurut JHEOA, kelapa sawit ini juga bukan milik peserta (Orang Asli) sahaja tetapi dimiliki bersama dengan badan-badan yang melaksana dan mengurus projek tersebut.

 

Ø    & nbsp; Ada kalangan peserta TSK ini bukan penduduk tempatan tetapi Orang Asli dari kampung lain yang merupakan kaki tangan kerajaan. Pengambilan mereka sebagai peserta TSK oleh JHEOA adalah tanpa rundingan dengan penduduk kampung RPS Jernang.  

 

(Baru-baru ini JHEOA telah mengakui secara lisan bahawa MOA RPS Jernang tidak ada hutang. Walaubagaimana pun, tuntutan supaya tanah dan projek diserahkan kepada MOA oleh MOA RPS Jernang tidak mendapat apa-apa reaksi dan jawapan daripada JHEOA)

 

3.2.4    & nbsp;   Kes Di RPS Betau, Pahang: Peserta-peserta Orang Asli hanya dibayar 40 sen untuk sekilo getah walaupun harga pasaran sudah melambung tinggi. Kerana sudah penat tertipu, penduduk tidak puas hati dan akhirnya terpaksa bertindak untuk menjual getah mereka di tempat lain.

 

3.2.5    & nbsp;   Kes kampung Pos Tenau, Ulu Slim, Slim River; Kes ini berkenaan dengan projek penanaman getah yang melibatkan tanah seluas 150 hektar yang merupakan atas Tanah Adat penduduk kampung. Tujuan projek ini, sepertimana dinyatakan oleh pihak Kerajaan, adalah untuk menyediakan sumber ekonomi yang lebih terjamin dan menguntungkan MOA terlibat. Namun, hakikatnya bukan ini yang terjadi;

 

Ø    & nbsp; Ladang padi, ubi, buah-buahan dan kebun-kebun getah penduduk kampung serta sumber semulajadi yang lain dimusnahkan bagi memberi laluan kepada projek tersebut. Penduduk kampung juga dipaksa menjual segala ternakan kambing mereka tanpa meninggalkan seekor pun. Mereka diugut, jika ternakan memakan pokok getah, penduduk akan didenda 50 ringgit untuk setiap sepokok getah.

 

Ø    & nbsp; Penduduk ditipu dan diekspoitasikan dalam hal pembayaran upah. Setiap kali semasa upah mahu dibayar, pihak berkenaan marah-marah dan mengatakan penduduk tidak buat kerja dengan betul. Oleh sebab seorang sahaja yang melakukan kesilapan, upah semua orang dipotong. Sebelum kerja, janji untuk pembayarannya lain, sesudah siap kerja, lain pula yang diberitahu.

 

Ø    & nbsp; Contohnya; Dapat tanam 1000 pokok tapi yang dibayar cuma bagi 500 pokok, selebihnya dipotong. Lepas dibayar upah, penduduk kampung tidak dibenarkan beli barang keperluan di luar (di pekan) tetapi hanya dari kedai runcit yang dimiliki penyelia projek tersebut, di mana harga-harga barangan adalah sangat mahal.

 

Ø    & nbsp; MOA di sana sepatutnya merupakan ‘Tuan’ kepada projek tersebut tetapi sebaliknya yang berlaku.  Mereka ketakutan dan terpaksa menurut sahaja walaupun tidak puas hati dan rasa sangat tertekan - Sepatutnya JHEOA sebagai badan pelindung dan yang bertanggungjawab menjaga Orang Asli mengambil tahu apa yang sedang berlaku di sana tetapi Jabatan ini bersikap sebaliknya.
 
3.3    & nbsp;   &n bsp;   &nb sp; Tindakan JHEOA tidak memihak kepada masyarakat Orang Asli. Contoh-contoh kes adalah seperti di bawah;

 

3.3.1    & nbsp;   Kampung Gesau di Ulu Slim, Slim River: Setelah satu laporan polis dibuat oleh pihak ASPEK terhadap Penghulu Geharai atas tuduhan menceroboh Tanah ASPEK, satu mesyuarat telah di buat oleh pihak ASPEK di dewan penghulu Slim River. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh Pegawai Daerah Slim River, Penghulu Mukim, pegawai RISDA, Pegawai JHEOA Tapah, pihak PTG, pengurus ASPEK dan 2 inspektor polis Slim River.  Dalam kes ini, JHEOA telah  menjelaskan bahawa Tanah Adat MOA tidak diiktiraf oleh kerajaan kerana MOA mengamalkan cara hidup berpindah randah.

 

3.3.2    & nbsp;   Kes Kampung Chang Baru, Bidor: Dalam tahun 1960an, penduduk kampung terpaksa melepaskan Tanah Adat dan perkampungan mereka seluas 450 ekar kepada syarikat perlombongan setelah dipujuk dan diyakinkan oleh JHEOA. JHEOA memberi jaminan bahawa kawasan perkuburan, legenda dan kawasan suci tidak akan dimusnahkan. Tanah Adat itu juga akan dikembali kepada mereka setelah operasi perlombongan selesai. Namun sehingga sekarang, walaupun operasi perlombongan sudah lama berhenti, Tanah Adat dan perkampungan mereka tidak dikembalikan. Mereka masih menetap di Kampung Chang Baru yang keluasan tanahnya cuma 80ekar. Sudah berkali-kali mereka menghantar surat tuntutan janji kepada pihak JHEOA, namun tiada apa-apa jawapan yang diterima.

 

3.3.3    & nbsp;   Kes Kampung Chang Lama Sungai Gepai, Bidor (2004): MOA di situ telah membuat satu bantahan keatas satu projek  pertanian kelapa pandan, yang melibatkan kawasan tadahan air penduduk kampung. Projek berkenaan akan mencemar  dan membahayakan sumber air akibat penggunaan racun dan baja. Pihak JHEOA bagaimanapun tidak mengendahkan bantahan tersebut, sebaliknya  meminta orang kampung mengira pokok tanaman sahaja untuk tujuan bayaran pampasan. Penduduk kampung juga dipesongkan untuk mengiyakan jaminan pihak PPPNP bahawa racun dan baja yang akan digunakan tidak membawa apa-apa kesan buruk kepada manusia. Mereka diberitahu bahawa jaminan itu diberi oleh Kerajaan Malaysia sendiri - bagaimanapun projek ini sudah berhenti/ tidak jadi diteruskan oleh sebab bantahan kuat daripada penduduk kampung)

 

3.3.4    & nbsp;   Kes kampung Orang Asli Bukit Terang Kampar; Tanpa pengetahuan dan penerangan yang jelas kepada penduduk kampung berkenaan, Tanah Adat mereka yang mereka telah diami semenjak berkurun telah diberi kepada Majlis Agama Islam Perak (MAIP). Menurut beberapa orang penduduk, pihak JHEOA, Pegawai Daerah dan MAIP hanya mendapatkan tandatangan dan persetujuan penghulu tanpa sebarang rundingan dan perbincangan dengan seluruh penduduk kampung. Penduduk kampung amat  sedih  di atas kehilangan Tanah Adat tersebut kerana, di samping  menyempitkan lagi kawasan perkampungan mereka yang sekarang ini pun memang sudah sesak terkepung dengan pembangunan dan perkampungan orang-orang Melayu, mereka akan kehilangan segala tanaman di Tanah Adat itu - Berkali-kali penduduk cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak yang bertanggungjawab seperti Pejabat Daerah dan JHEOA berkaitan perkara ini, tetapi usaha mereka seolah-olah mencurah air di daun keladi sahaja.

 

3.3.5    & nbsp;   Kes Empangan Kelau, Pahang: Pihak JHEOA dalam satu mesyuarat telah menegaskan bahawa suku kaum Che Wong yang terlibat dalam kawasan projek empangan tersebut bersetuju dan tidak sabar untuk berpindah ke kawasan baru bagi memberi laluan kepada projek Empangan Kelau. Hakikatnya, JHEOA tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan atau perjumpaan dengan MOA tersebut berkenaan perkara itu. (Colin Nicholas)

 

3.3.6    & nbsp;   Kes Kampung Tesong, Sungkai: Kes ini berkaitan dengan usaha kaji gali ground water oleh Kerajaan BN Negeri Perak. Pada 12hb.Mach 2008, pegawai dari JHEOA Tapah telah membawa masuk beberapa orang pekerja dari Water Supplier Company ke Kg. Tesong untuk memulakan kerja-kerja kaji gali. Seramai 23 orang penduduk kampung tidak membenarkan kerja-kerja kaji gali itu dijalankan memandangkan Tok Batin mereka tidak ada bersama ketika itu. Pegawai JHEOA tersebut telah marah-marah  dan telah mengeluarkan kata-kata kesat kepada penduduk kampung,  antaranya:
    & nbsp;   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p;     ;         & nbsp;   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p;     ;         & nbsp;   &n bsp;    i.    & nbsp; “Jangan dengar apa kata orang kampung, teruskan kerja awak, di sini saya yang berkuasa, bukan mereka sebab saya orang JHEOA”.
    & nbsp;   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p;     ;         & nbsp;   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p;     ;         & nbsp;   &n bsp;  ii.    & nbsp; “Kalau saya nak, saya tampar mereka, dulu mereka fitnah kata saya makan rasuah”.
    & nbsp;   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p;     ;         & nbsp;   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p;     ;         & nbsp;   &n bsp; iii.    & nbsp; “Saya dari JHEOA, boleh pecat Tok Batin dan buang dia ke  daerah lain”.
    & nbsp;   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p;     ;         & nbsp;   &n bsp;   &nb sp;   &nbs p;     ;         & nbsp;    iv.    & nbsp; “Apa-apa hal selesaikan secara mulut, tidak perlu tulis dan hantar surat kemana-mana pihak. Ini memalukan JHEOA sahaja.”

 

3.3.7    & nbsp;   Kes Kampung Sandin, Bidor; Sekitar tahun 1990an, seluruh kawasan perkampungan dan Tanah Adat Kampung Sandin yang dipenuhi dengan pelbagai sumber sama ada tanaman warisan, harta pusaka nenek moyang, tanaman baru penduduk, sumber semulajadi, kuburan dan rumah-rumah telah musnah akibat pembukaan projek ladang getah yang dilaksanakan oleh pihak FELDA - akibat projek tersebut, penduduk Kampung Sandin kelaparan dan hilang arah untuk beberapa tahun kerana segala-galanya sudah musnah dan mereka perlu memulakan hidup baru. Berkali-kali ketua kampung bersama para penduduk merayu kepada pihak JHEOA untuk membantu menyelesai masalah ini tetapi, JHEOA tidak membuat apa-apa usaha untuk  melindungi atau mempertahankan hak penduduk Kg Sandin. Malah menurut penduduk, JHEOA bersikap tidak peduli  dan  memudahkan proses penggambilan Tanah Adat tersebut oleh pihak luar.

 

3.1    & nbsp;   &n bsp;   &nb sp; JHEOA sepatutnya berperanan untuk: Melindungi,  Membangun, Memajukan, Mendidik dan Menyedarkan Orang Asli mengenai perkara-perkara yang perlu diketahui oleh mana-mana masyarakat yang berwibawa, seperti;
Ø    & nbsp; Pentingnya perpaduan dan kerjasama kalangan MOA dan antara kaum-kaum Orang Asli khususnya dan Masyarakat Malaysia umum amnya:
Ø    & nbsp; Pentingnya Orang Asli mengetahui HAK ASASI kami sebagai Pribumi/ Orang Asal di Malaysia.
Ø    & nbsp; Pentingnya untuk Orang Asli mendapatkan dan melindungi Hak Tanah yang Kekal dan Diiktiraf.

 

Malangnya JHEOA lebih terjurus kepada tindakan-tindakan untuk MENGONTROL, MENGGERTAK, MENAKUT-NAKUTKAN, MEMPERMUDAHKAN PENINDASAN ORANG ASLI SERTA PERAMPASAN TANAH ADAT KAMI. 

 

  1. Peruntukan untuk Orang Asli dalam setiap Rancangan Malaysia yang bernilai  beratus-ratus juta ringgit, contohnya RM361.8 juta untuk Rancangan Malaysia ke-9 (Utusan Malaysia; special coverage, teras ke-3, bab 16: bertajuk; Mencapai Pertumbuhan dengan Pengagihan. Dari sumber; utusan.com.my) dan peruntukan khusus untuk tahun 2008 sebanyak RM170 juta (Ucapan Bajet Tahun 2008 oleh YAB Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia; Meningkatkan Taraf Hidup Masyarakat Orang Asli).

 

4.1    & nbsp;   &n bsp;   &nb sp; Masyarakat Orang Asli tidak pernah mengetahui atau diberitahu berapa jumlah sebenar yang diperuntukkan untuk kebajikan kami dan bagaimana peruntukan itu digunakan. Apa yang sering kami dengar ialah peruntukan itu telah habis dibelanjakan.

 

4.2    & nbsp;   &n bsp;   &nb sp; Kami berasa pelik kerana sekiranya peruntukan yang begitu besar habis digunakan pastinya taraf kesejahteraan Orang Asli telah dapat dipertingkatkan. Malangnya, ini bukanlah hakikatnya. Kami masih merupakan golongan “termiskin” di Negara ini. Kebanyakan kampung Orang Asli hanya mempunyai jalan-jalan balak yang berlopak-lopak, berpaya dan berbahaya, waktu malam pula bercahayakan pelita, minum air perigi tercemar dan menderita pelbagai kesusahan lagi.

 

4.3    & nbsp;   &n bsp;   &nb sp; Kami berpendapat keadaan ini terjadi bukanlah kerana jarak penempatan kami, tetapi ianya berpunca daripada satu tindakan pilih kasih yang tidak adil dan ketidakseriusan pihak-pihak yang berwajib dalam menjalankan tanggungjawab mereka terhadap Orang Asli.

 

4.4    & nbsp;   &n bsp;   &nb sp; Walaupun ini adalah kenyataan, tidak ada satu pun badan kerajaan yang mempersoalkan dengan serius badan terlibat iaitu JHEOA dalam hal bagaimana pihak JHEOA menggunakan peruntukan tersebut.

 

4.5    & nbsp;   &n bsp;   &nb sp; Ini adalah kerana jumlah penduduk Orang Asli cuma kira-kira 150,000 orang dan mungkin dianggap tidak begitu besar untuk melahirkan impak penting dalam percaturan politik di Negara.

 

4.6    & nbsp;   &n bsp;   &nb sp; Bayangkan sekiranya peruntukan itu diagihkan kepada setiap Orang Asli. Pastinya semua Orang Asli sudah lama menjadi jutawan.

 

5.     Taraf prasarana di banyak perkampungan Orang Asli masih lagi tidak memuaskan. Malahan di setengah perkampungan, kemudahan seperti bekalan eletrik, air bersih dan  jalan, langsung tidak diadakan. Biasanya pembekalan kemudahan-kemudahan seperti ini terhenti sebelum sampai ke perkampungan Orang Asli. Sedangkan kekurangan kemudahan prasarana juga merupakan salah satu faktor membantutkan pembangunan Orang Asli.

 

6.     OA sering tidak dilibatkan dalam perundingan dan perancangan mengenai hal-hal yang hendak dilaksanakan untuk OA. Pendapat OA seolah-olah tidak berguna walaupun perkara yang bersangkutan itu melibatkan atau akan memberi kesan kepada kepentingan masa depan OA. Akibatnya, usaha yang dijalankan itu sering tidak menepati citarasa dan kemampuan OA, lantaran membawa kepada kegagalan, dan apabila ini terjadi, Orang Asli sering dipersalahkan sebagai punca kegagalan tersebut.

 

  1. Adanya peruntukan untuk pelajar miskin juga tidak pernah dijelaskan atau diberitahu kepada OA secara terperinci atau secara hitam putih. Akibatnya peruntukan yang diterima oleh seseorang murid Orang Asli adalah berbeza antara kampung ke kampung. Cthnya; Kanak-kanak/pelajar Orang Asli Ulu geroh, Gopeng, Perak RM450.00 manakala kanak-kanak/pelajar Kampung Tew, Teras, Tesong dan Gesau di Sungkai dan Slim River adalah RM200.00. Tetapi daripada jumlah ini, yang diperolehi secara tunai oleh setiap kanak-kanak  juga berbeza iaitu ada yang  RM150.00, RM100.00 dan RM50.00. sahaja. 

 

Kesimpulanya: Sudah 50 tahun Malaysia mencapai Kemerdekaan, OA cuma “melukut di tepi gantang dan sudah jatuh ditimpa tangga”. Kerana;

 

Bebas dari keganasan komunis tetapi terpaksa menerima dan menghadapi bentuk penindasan yang baru dan daripada miskin dijadikan lebih miskin. Tanah-tanah Adat dirampas, sumber ekonomi dimusnahkan dan ditenggelamkan. Hak untuk bersuara telah dilenyapkan. Orang Asli dijadikan kuli di tanah sendiri dan hidup tanpa keyakinan diri.

 

Sebahagian besar realiti hidup MOA tidak sampai kepada pengetahuan umum. Ini adalah sebab pihak yang bertanggungjawab hanya mempamerkan cerita yang indah-indah daripada realiti sebenar melalui  media massa kerajaan.

 

Kami Jaringan Kampung-kampung Orang Asli Negeri Perak khususnya dan MOA amnya ingin menegaskan bahawa kami sudah berasa sangat jemu dan penat dengan semua keadaan yang menimpa kami dan sandiwara yang dimainkan pelbagai pihak sebagaimana yang antaranya telah kami ceritakan di dalam memorandum ini. Maka, oleh hal yang demikian, kami ;

 

MASYARAKAT ORANG ASLI MENUNTUT:

 

Yang Amat Berhormat MB,

 

a.    & nbsp; Iktirafkan Tanah Adat Orang Asli yang sudah dikenalpasti oleh Orang Asli semenjak berkurun sebagaimana yang dikehendaki oleh kumpulan Orang Asli di sesuatu tempat supaya ianya selamat, kekal dan boleh dimajukan oleh OA.

 

b.     Iktirafkan sejarah dan budaya masyarakat Orang Asli supaya sejajar dengan sejarah dan budaya masyarakat yang lain.

 

c.     Usaha membangunkan Orang Asli hendaklah dipertingkatkan. Projek-projek pembangunan hendaklah disalurkan ke seluruh pelusuk kawasan Orang Asli. Projek-projek tersebut hendaklah sesuatu yang benar-benar boleh menguntungkan Orang Asli. Dalam hal ini, projek-projek penswastaan tanah Orang Asli seperti yang dijalankan hari ini hendaklah dihentikan.

 

d.     Sebarang projek yang dibuat untuk Orang Asli tetapi dipegang oleh pihak lain hendaklah dihentikan dan dikembalikan kepada Orang Asli sendiri kerana keuntungan sepatutnya/harus dinikmati oleh Orang Asli.

 

e.    & nbsp; Peranan dan tanggungjawab JHEOA serta pendekatan pembangunannya harus dikaji semula dan dijurus kepada objektif membangunkan Orang Asli secara menyeluruh, berkesan dan ikhlas memihak kepada OA.

 

f.    & nbsp;  Permudahkan syarat untuk Orang Asli mendapatkan peruntukan untuk membangunkan Tanah Adat kami dengan tanaman atau sebarang projek yang dirasa



posted by: senoi praq (reply)
post date: 06.11.08 (7:53 pm)

setuju.. inilah masanya untuk membangunkan nasib orang kita yang selama ini teraniaya.. beri kami peluang untuk membuktikan kami mampu mengubahnya.




posted by: Sumpik (reply)
post date: 06.22.08 (12:59 am)

Sya merasak amat banggak kepada OA Perak yg telah bagik memo kepd MB Perak, teruskan usaha anda dan tingkatkan jaringan anda atau bergabung dgn POASM



posted by: shahdatul_akma@yahoo.com (reply)
post date: 06.23.08 (7:43 pm)

saya sedang mencari maklumat masyarakat org asli pos tenau. mcm mn saya nak dapat bahan mengenai masyarakat ini?




posted by: shahdatul_akma@yahoo.com (reply)
post date: 06.23.08 (7:45 pm)

maklumat masyarakat ini diperlukan bg membolehkan hebahan maklumattntang guaman diberikan.kalau tuan/puan mempunyai maklumat tntang masyarakat kaum org asli pos tenau ini sila emailkan kepada saya .tq



posted by: Kt Penang (reply)
post date: 07.02.08 (9:33 pm)

Syabas JKOA! Sekian lama MOA menanti hak milik tanah mereka dikembalikan diharap kerajaan baru Perak akan mengambil tindakan segera terhadap masalah yg dihadapi MOA. Kita juga tidak pasti mengapa tiada keseragaman bantuan kewangan pelajar di setiap kampung, juga diharap para pegawai JHEOA "tidak salah guna kuasa" terhadap MOA.....kepada semua MOA, perjuangan harus diteruskan demi hak bangsa dan masa depan MOA....
Terima kasih JKOA di atas usaha anda semua....



posted by: 18warriors (reply)
post date: 07.20.08 (9:29 pm)

Syabas MOA Perak!, Teruskan perjuangan! Sebenarnya banyak lagi perkara yang berkaitan kemajuan OA telah dimanipulasikan oleh kerajaan (bg saya mereka ni bkn kerajaan, tp mereka menggunakan nama kerajaan untuk kepentingan individu dan aorganisasi yang diwakili, kalau kerajaan harus membantu MOA untuk sama maju dengan masyarakat lain tanpa sikap pilih kasih di bumi Malaysia ni). Teruskan perjuangan dan berganding bahu semua 18 suku kaum OA.



posted by: Tei Toi Bree (reply)
post date: 07.29.08 (3:40 am)

Tahniah kerajaan negeri perak, kerana menjalankan tanggung jawab dan manifesto yang dibuat sebelum memerintah, ini baru gentelman. tapi bagi tanah kat orang asli macam Eropah bagi kemerdekaan kat Malaya kelakar sikit la..... tapi ok.



posted by: bah sian (reply)
post date: 08.26.08 (7:29 am)

shahdatul akma
macam nama gf aku dulu jer
takper
boleh hubungi pos bersih di slim village
tanya balai polis slim village
jauh we
kalau jalan kaki satu hari sampai tp kalau moto jalan balak sekarang mgkin 1 jam jer
tenau tempat yang cantik dan sejuk saya pernah sampai pda 1975

cikgu ibas di pos bersih
yok terbang boleh percaya utk bantuan bahan tulisan




posted by: bah gantex (reply)
post date: 08.29.08 (10:48 pm)

Tipu...tak de pun kerajan negeri perak nk bg tanah kt OA Perak.OA masih duduk kt hutan simpanan kekal ada la..saja keluar kenyataan untuk memperbodohkan OA Perak.



posted by: mel (reply)
post date: 09.02.08 (12:31 am)

aku harap kerajaan baru dpt membawa sedikit perubahan kepda MOA ..jgn hnya di naik taraf di p'kmpungan yg berhampiran jln raya/bndar/pekan (sng di masuki) ttp p'kampungan yg jauh di pedalam tdk di pedulikan...




posted by: aku jahut.. (reply)
post date: 09.07.08 (12:12 am)

saya pun tahu kebanaran dan asas nya..takut manipulasi media untuk mempengaruh oa..senang saja kalau betul kerajaan nk bagi tanah...tunjuk bukti atau geran.. jgan bermain api hahahaha



posted by: Kt Penang (reply)
post date: 09.07.08 (2:05 am)

Mana bolih bagi gitu-gitu jer kalau oa xapply....mestilah kene apply dulu ...



posted by: senoi2 (reply)
post date: 09.12.08 (7:58 pm)

hak tanah ni....pennyelesaiannya kena beli borang dan mohon bkn main redah je.betul kata kt penang tu...mana bleh main memorendam dan berarak,itu tunjuk perasaan nama nya.satu lagi oa da silap mintak dgn jheoa buat pe,dia mana ada tanah yg ada tanah kerajan negeri bkn kerajan persekutuan.memorendem tu bkn brg permohonan.utk pengetahuan moa persetujuan atau kelulusan hak memiliki tanah diluluskan oleh kabinat negeri.pemimpin oa tk ikut jln hwy tp ikut jln semak berduri mana nk sampai cpt.kpd han tijah jgn marah yyee.usaha ada berguna gak tp kita berarak utk keputuasn terakhir...sekali pun dgn nyawa.cara awk bagus pd dasarnya,tp kurengggggg krna tk ikut peraturan undang2.mcm mana bangsa lain buat.oa kena ingat oa dh kalah dlm menuntut negara ini.jadi ikut jela peraturan yg yg di buat.sebenarnya pengistiharan kemerdekaan merupakan hak oa sdh tiada,launagan sebayak tiga kali itu sebenarnya sumpahanan laknat kpd oa.tp oa harus akur dgn kelemah yg ada pda masa itu,sekurang2 ikut lah peraturan utk mohon tanah...tu .perlembagan persekutuan menyatan sangat jelas.



posted by: senoi2 (reply)
post date: 09.12.08 (8:02 pm)

sya bkn oa tauuuu.sabah mali .....



posted by: dali ukam (reply)
post date: 09.12.08 (8:18 pm)

saya sokong anda...senoi2.pemimpin2 oa dh byk sesat sekg ni..bkn itu je.moa skg ni dah byk lupa diri,jati diri tk de.tk mengaku oa pun ada,tkt bangsa oa makan babi...kehhhhhhhkehhh lawk la oa ni.yg paling sya setuju oa kena ikut peraturan,bkn berarak,berseminar sana sini tanpa arah.sya bkn sabah mali... tp perak maliiiii.



posted by: ape-ape jer... (reply)
post date: 09.15.08 (2:16 am)

klu nk kata dlm blog mmg boleh la...
mcm mana oa nk tau cara mohon klu xtunjuk cara mohon...
klu bleh bg wakil tiap kg,...ajar cara apply,isi borang...ye la orng kita ni kebanyakan buta huruf,..da tidak tau aper undang2...proses apply....klu bleh tolong la bantu....
kita salahkn org ni,org e2....tp kiter xpikir pun keadaan kita skg mcm mana...
masih mcm dulu jugak....
sy xmali mana2.... : )



posted by: dali ukam (reply)
post date: 09.15.08 (1:55 pm)

kepada saudari/Saudara pe-ape jer,jgn la..marah,mula2 abg ajr awk dulu,bgi no hp.kta berkenalan pas tu,,,manalah tahu kita berkenan,,,...heee heegurau jee



posted by: dali ukam (reply)
post date: 09.15.08 (2:01 pm)

awk x mali mana2?...planet mana tu...sya perak mali....ooooooooanak jati perak yg tk ada hak dlm negeri perak.....waaaaaawaaaaawaaa nangis...sedisssssh



posted by: Kt Penang (reply)
post date: 09.16.08 (8:43 am)

Reply to : Ape-ape ajer

Saya kan dah banyak kali bagi cadangan nak buat perjumpaan semua bloggers, abis xde respon, camana tu? Kalau bleh kita bincang dan kenal pasti apa yang perlu dibuat, bukannya terus isi borang gitu-gitu weh....perbincangan dan rundingan mesti ada, mesti mengikut prosedur......buta huruf tu xjadi soal, yang menjadi masalah ni yang celik huruf....sebabnya banyak soal....



posted by: cikgu tenau (reply)
post date: 09.20.08 (7:26 pm)

Reply to:
tel saya 0125834482
































posted by: cikgu tenau (reply)
post date: 09.20.08 (7:30 pm)

Reply to:
tel no:0125834482.
berkhidmat dr 2007 sehingga sekarang 2008.tahun 2013 baru habis kontrak.apa nak buat nasib badan.he2..tp tenau ok wat.en bi hok tenau..abot..



posted by: dali ukam (reply)
post date: 09.22.08 (11:43 am)

kt penang....apa khabar......sya skong anda,dia org ni degil la,,,tarik telinga kanggg.tk fhm la...sya cik ape ape jee awk ni...dah byk kali org ckp...tehhh kehhhh kehhh.cikgu tenau ni best..siap bgi no tel.



posted by: Kt Penang (reply)
post date: 10.03.08 (6:24 pm)

Reply to: Dali Ukam

Saya xbrape bagus, tangan kiri saya cedera, accident 3 minggu lepas....malas la nak komen psl diorg ni....dah give up....biar la dia org...saya dah naik muak ngn sikap dia orang ni....dah berlambak-lambak air liur saya tempias bercakap, jangan pajak tanah kat cina,melayu. usaha sendiri, tapi masih gak nak bagi....biarlah cina kaya, kita tuan punya tanah miskin.... dahla tanah hanya sekangkang kera,tuan punya tanah tinggal tapak umah jer! buatlah ape jer dia org suka...



posted by: rischaki (reply)
post date: 10.05.08 (10:33 am)

pada semua yang dah jual tanah mereka tu, apa lagi yang kita mampu lakukan..kalau mereka tidak mahu mendengar nasihat orang lain apalah yang hendak kita katakan..

tetapi bagi saya MOA yang sedang berniat nak berbuat demikian, perlu dihamparkan kepada mereka contoh-contoh negatif yang telah diterima orang-orang tersebut kerana bertindak tanpa berfikir semasak-masaknya.

kita kena pantau tanah-tanah yang kononnya telah dirizab atau digazetkan kepada MOA..cuma apa yang ada dalam benak pemikiran saya..wujudke atau benarke perkara perkhabaran tu?

untuk membuka mata mereka, mesti adakan beberapa contoh yang terbaik oleh MOA yang telah dan sedang berusaha mengaut keuntungan hasil dari usaha keringat mereka sendiri..

apa yang saya dengar, pendapatan hasil sawit yang diperolehi oleh penduduk kampung orang asli sekitar kawasan air kuning contohnya kampung kelubi lebih baik iaitu rm2000.00 ke atas walaupun keluasannya kecil berbanding dengan kampung tangkai cermin yang memperoleh pendapatan atau dividen rm400.00 hasil dari keuntungan pendapatan ladang sawit 220ha yang diusahakan RSP..

pun begitu penubuhan jawatan kuasa peserta yang membabitkan diri saya sendiri dan koperasi penduduk tangkai cermin sedang berusaha gigih untuk meraih kepercayaan dari jheoa untuk menyerahkan sepenuhnya kerja penyelenggaraan ladang kepada penduduk kampung..

walaupun baru berusaha setahun jagung yang lepas tetapi memang ada perubahan yang positif atas daya usaha yang kami lakukan..nasihat saya pada kampung-kampung yang terlibat dengan projek TSK dengan jheoa dengan risda atau felcra..mereka wajib tubuhkan JKP tadi yang berperanan dan berhak meminta penjelasan tentang:-

1. perkembangan semasa pengurusan ladang yang diusahakan mereka

2. mengetahui jumlah tan sawit bagi setiap bulan dari kontraktor atau rsp - penjelasan faktor semasa yang mempengaruhi kekerapan pembayaran dan penerimaan dividen yang kadangkala tidak konsisten oleh rsp; dsb

3. berapa jumlah pendapatan terkumpul dalam akaun ladang yang dipegang oleh rsp

4. berhak mengadakan mesyuarat tertentu sekiranya didapati ada perkara-perkara yang memusykilkan seperti memberi usul atau membuat teguran atau aduan beserta bukti bergambar atau laporan bertulis beserta tarikh dan masa tertentu bagi sesuatu kejadian contohnya lori tak datang angkut buah; dsb,

semua perkara yang saya sebutkan di atas sedang kami lakukan..untuk pengetahuan, asalnya saya telah melantik diri sendiri sebagai setiausaha JKP tu kerana ingin memesrakan diri saya dengan penduduk kampung disammping ingin tahu lebih lanjut dan mengalami keadaan sebenar berurusan dengan wakil jhoea dan rspsb tetapi akhirnya saya terpaksa jadi pengerusi kerana pengerusi yang telah dilantik secara bersepakat sebelum tu dah letak jawatan..

terus terang saya katakan, saya tidak pernah mempengerusikan mesyuarat dan pada 25hb oktober ni masuk kali kedua saya kendalikan..banyak perkara mendokumentasikan perjalanan usaha ni, ambil gambar, buat laporan, buat surat jemputan mesyuarat even peta pun saya sendiri terpaksa melakukannya sendirian di rumah..tapi tak mengapa, saya sedia lakukannya demi mereka sehingga perkara ini selesai dan harap-harap mereka dapat cari candidate dari kalangan penduduk kampung untuk teruskannya suatu hari nanti kerana saya tidak menetap di situ sepenuh masa sepanjang hayat..saya tinggal di tempat lain.

saya tak berapa pasti nama sebenar kampung-kampung berkenaan sebab nama-nama rasmi dalam peta dengan nama-nama yang disebut penduduk tempatan tak sama..dan begitu juga dengan status tanah di kampung mereka..itu saja untuk kali ni..take care!



posted by: Kt Penang (reply)
post date: 10.07.08 (6:45 pm)

Reply to : Saudara Rischaki

Tahniah di atas usaha murni saudara, saya bangga saudara sanggup berkorban masa dan tenaga demi MOA walaupun saudara tidak tinggal di kawasan itu, dan apa yang saudara dengar mengenai hasil pendapatan kelapa sawit yang diperolehi oleh penduduk kampung orang asli sekitar kawasan air kuning iaitu kampung kelubi adalah benar, kerana saya sendiri telah membuat tinjuan ke kampung tersebut. Segala usaha penduduk kampung ini membuahkan hasil yang lumayan walaupun tidak mendapat bantuan dari mana-mana pihak, hanya berpandukan khidmat nasihat dari Jabatan Pertanian Perak mengenai cara penjagaan tanaman mereka dengan betul.

Saya ingin menjawab soalan saudara ( kita kena pantau tanah-tanah yang kononnya telah dirizab atau digazetkan kepada MOA..cuma apa yang ada dalam benak pemikiran saya..wujudke atau benarke perkara perkhabaran tu) yang sebenanya memang wujud tanah yang telah diwartakan bagi perkampungan AO tetapi saya tidak pasti daerah mana, dan saya akan cuba cari info mengenainya .
Saya telah menghantar email kepada saudara tetapi tidak mendapat balasan kerana saya ingin berkongsi maklumat penting dengan saudara yang tak dapat saya paparkan di sini.



posted by: (reply)
post date: 10.12.08 (12:40 pm)

tanggal 31hb oktober ni, genaplah setahun persidangan Undang-undang Malaysia ke 14 oleh Dr Colin Nicholas yang telah dianjurkan oleh Majlis Peguam Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur..

apa perkembangan terkini mengenai isu in ye..sekadar ingin tahu saja..tq!



posted by: rischaki (reply)
post date: 10.21.08 (11:14 pm)

nampak gayanya perjuangan jaringan kampung orang asli perak membuahkan hasil kan! tahniah JKOAP atas keazaman anda dalam mempertahankan hak milik tanah adat anda semua..

semoga ada lebih banyak lagi berita-berita gembira yang dapat kita semua kongsi bersama nanti..take care!

Your Name:


Your Comment: