Bengkel Sebelum Sambutan Hari Orang Asal Sedunia

Bengkel Sebelum Sambutan Hari Orang Asal Sedunia

Aturcara Tentatif untuk Bengkel Deraf Posisi (Pendirian) Orang Asli Malaysia

Tarikh: 7 – 8 Ogos 2008

Tempat: Pusat Latihan SPNS, Kampung Chang Sungai Gepai, Bidor, Perak, Malaysia

Penyelaras: Jerald Joseph (Pusat KOMAS), Colin Nicholas (COAC), SPNS

Tarikh/Masa

Perkara

 

7/8/08

3ptg

Pendaftaran

4ptg

Minum petang

4.30ptg

Pengenalan peserta, taklimat bengkel

5.00ptg – 6.30ptg

·    & nbsp;   Tujuan bengkel

·    & nbsp;   Harapan peserta

·    & nbsp;   Pengenalan badan penganjur

6.30ptg – 7.30mlm

Rehat/mandi

7.30mlm – 8.30mlm

Makan malam

8.30mlm – 10mlm

Bengkel bahagian 1:

·    & nbsp;   Deklarasi Hak Asasi Orang Asal Sedunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDRIP) dan perbandingannya dengan Undang-undang Malaysia yang sedia ada berkenaan dengan Tanah, Adat dan Alam Sekitar)

8/8/08

8.00pg – 9.00pg

Sarapan

9.00pg – 10.00pg

Bengkel bahagian 2:

·    & nbsp;   Implikasi (kesan) UNDRIP kepada Orang Asli

10.00pg – 10.30pg

Rehat

10.30pg – 12.00tgh

Bengkel Bahagian 2:

·    & nbsp;   Perbincangan untuk bahan Memorandum berkenaan dengan UNDRIP

12.00tgh – 2.00ptg

Makan tengahari / rehat

2.00ptg --

Persediaan Sambutan Hari Orang Asal

 

Kalau mahu berbakti setahun sekali untuk Orang Asli cuba luangkan masa anda untuk turut serta didalam program tersebut. TERUTAMANYA kepada golongan cerdik pandai yang telah tamat dari universiti dan telah bekerja sendiri ataupun makan gaji. Janganlah lupa bangsa kita sendiri. Sapa lagi nak bantu? harapkan bangsa lain? mereka pun ada kaum mereka sendiri yang perlukan pembelaan. 



posted by: Yok Are (reply)
post date: 07.29.08 (3:03 am)

Macam mana nak join program ni ye?



posted by: (reply)
post date: 07.30.08 (12:05 am)

Pendaftaran pada 7 ogos. Sila datang



posted by: senoi (reply)
post date: 08.02.08 (4:29 am)

mmg la bagus anjuran sebegini tp sayangnya perkara berkenaan dgn ssuatu program melibatkan khas hari org asal,POasm,YOAP dan lain2 tdk mempunyai sumber2 tertentu utk di sebarkan berita hanya org2 tertentu sj yg tahu.kalau ini blog khas utk OA harap tuan sendiri cipta satu blog khas utk org kite.
POASM,YOAP dan lain2 pertubuhan OA tidak mmpyai website sendiri sedihnye saya sendiri berbangsa OA tidak tahu perjuangan yg di lakukan oleh POASM,YOAP,SPNS apakah misi,visi,objektifnya dan apakah tindakkan dan perjuangan terhadap hak2 OA..



posted by: bah sian (reply)
post date: 08.03.08 (12:50 am)

........saya sokong dan kalau tidak ada aral melintang pukang saya akan datang walaupun saya masih uzur. Nak jumpa heroin han tijah! Nak jumpa tun teja dah xde. saya tetap menyokong hari anda, dan nak jumpa otai-otai sezaman saya masih aktif dan datang tak? Untuk han tijah, jangan sorok teh kat dapur tu
k kite jumpa sana.



posted by: bah sian (reply)
post date: 08.03.08 (12:52 am)

.apara tarikh tak betul, takkn skrg 8 mac pulak? 3 ogos la



posted by: senoi (reply)
post date: 08.03.08 (7:27 pm)

saudara bah sian,nama yg ku kenali ape kabar n ape cerite org kg lanar.byk sy selongkar kisah sedara dlm blog ini,sedara ni mmg berjuang utk bangsa OA ke klu gitu baguslah dan sy sokong sedara dr belakang.sy nak tahu sedara ni join parti mane haa?



posted by: bah sian (reply)
post date: 08.14.08 (6:34 am)

saya tidak join mane-mane kumpulan sebab kebolehan tidak sampai lagi.kg lanar kg dulu sekarang dah dibuang kampung macam buang daerah la. saya sokong untuk memperjuangkan hak orang asli tetapi sampai sekarang ini saya tidak nampak orang asli berjalan di atas kebenaran- kira perjuangan mereka merapu la. jika perjuangan mereka tepat dan betul, insyasyaitan saya JOIN. dulu saya join POASM, tetapi tahu-tahu la oa mana boleh berjalan dalam keadaan betul. jadi saya kuar la babai la poasm ku sayang anda sudah sesat sekarang. kira mereka ini syok sendiri saje. tapi oa ni mane boleh tegur sikit cepat merajuk. jadi saya main sokong la oa-oa kepala bebudak lagi. tetapi disebabkkan saya pernah kmenumpang dalam negara mereka maka taat setia kepada bangsa ni tetap utuh dan kental tetapi nak join pemmimpin oa sesat ni agak sori la. dulu ader gak saya ajak bedebat kalau nak tahu oa ini hebat tak, tapi berdebat pada kepala otak oa mereka sangka nak begaduh, kolot betul la oa ni. pada saya bedebat tu nak cari kebenaran.

kg lanar tu dah menolak saya pergi jauh-jauh, durian yang saya tanam habis mereka ambil- sapa kata oa berbudi bahasa? jahat juga ooooo, tapi dalam hutan je la, kuar bandar jadi mangsa tipu la. epf, socso overtim akta pekerjaan dan hak sebagai pekerja mana oa tahu. pernah juga saya cuba perjuangkan tetapi kita pula kena makan balik, oa mane reti nak berterima kasih
haaa pada bulan jun lepas sebanyak 16 orang dj-dj oa di asyik fm kena buang kerja, senyap terus.........heheeee kira padan juga muka oa yang mereka rasa telah menjadi pemimpin
tapi kalau sedara tnya saya, sebagai orang bukan oa takkn nak sama ngn oa. tanya la menteri sabery cheek tu apa yang telah kita buat
k lah sedara saya ucapkan terima kasih kerana mengenali saya
saya sentimental orang nya tapi bab kebenaran tu agak berbahang sikit maka itu saya sekarang ini sedang mencari pemimpin oa yang benar-benar berjiwa pemimpin, kira-kira ada karisma la sikit bkn mcm yang ada sekarang sesat we.......tak caya? kalau bangsa anda ada pemimpin takkn ler nasib oa macam sampah masyarakat jer fdlm negara sendiri, kat gombak masih duduk tanah haram lagi we......pendatang indon yang haram pun dah duduk tanah halal kihkih oa oa. berasal dari belukar sikap pun macam enau dalam belukar itu sendiri, melepas pucuk masing. mcm tu ke nak jadi pejuang, duit persatuan licin kena balun heheeeee...tu yang disebut pemimpin taik kucing, elaun 1200 entah kemana, bejoget sampai pagi kerana meraikan negara oa diambil cine melayu dan india, undi jgn cakap la berduyun-duyun heheheee mcm la bapak mereka pergi bertanding. tu belum masuk yang masuk umno lagi, sedangkan parti umno tu lah yang amik negara dia sehingga jheoa abis dikebas melayu
heheeeee.........pemimpin oa mabuk kepayang jer la nampaknyer
k lah mr senoi, jgn terasa tulisan saya ini menghina tetapi itulah realiti oa,m kalau nak marah pun takper gak, saya tetap bertanggungjawab dan ada bukti we bukan saja ckp
tp yang paling bagus, ubah la sikap tu kalau nak jadi pemimpin bangsa sendiri

pas ni mesti oa-oa respon terhadap tulisan saya \ silakan
sebab nak tahu hujah kolot mereka heheeeee syok juga oa menulis dengan hujah dengkel n dangkal dan kdg2 emosional
heheeee..........persatuan anda dah hilang pedoman we, kira-kira macam DIKTATOR la, tu yang mau diperbetulkan sebenarnya
bukan saya...............
k jumpa lagi bila saya ada wit, 2 henget sejam we, mane mmpu dah ler saya uzur sangat ni tp semangat kuat juga nak tengok blogg ni



posted by: bah sian (reply)
post date: 08.14.08 (6:39 am)

aku menulis ni jam 9 pm we bukan 6.34 am



posted by: senoi (reply)
post date: 08.14.08 (7:19 am)

tima asih atas komen2 sedara bah sian yg hangit2,panas2 n berjela2 panjangnye.luahan sedare ni mencerminkan ketidakpuasan hati sedare terhadap isu2 berbangkit terhadap masalah masyarat kite OA,bg sy utk pengetahuan sedare sy masih sygkan bangsa OA w/pun kolotnye fikiran OA ditenggelami oleh arus kemodenan dan di pijak kepala kite dan dipengaruhi oleh ideologi asing terutama sekali bangsa melayu.sy tdk puas hati dlm apa jua bidang ketidakadilan belaku termasuklah pekerjaan n sosialekonomi jauh sekali la.sebenarnye pemimpin OA yg betul nk pimpin sy sendiri pn x tahu poasm,yoap,SPNS atau lain2 pertubuhan OA haram..apekah kerja diorang ni..sedare bah sian dulu sedare pn dj kan jd di sini sy nk tya apakah peranan radio org asli yg kini di tukar nama ASYIK fm,apakah peranan yg dimainkan radio tersebut bersifat keorg aslian ada tak sedara perasan atau sedar pengaruh asing dlm radio tersebut..sy komen ia x mencerminkan keorang aslian dlm progrm2 itu..sile komen sedare bah sian...



posted by: Kt Penang (reply)
post date: 08.17.08 (8:47 pm)

Kita dah baca tulisan saudara Bah Sian yg panas lagi panjang berjela ni....saya nak komen sikit bab persatuan ni. Saya rasa semua persatuan OA yg ada sekarang ni mempunyai tujuan yg sama iaitu memperjuangkan hak juga kepentingan masyarakat OA tetapi dgn cara yg agak berbeza. OA hari ini sebenarnya tidak kolot, kerana rata2 ramai yg berpendidikan tinggi...
Tetapi dlm persatuan, adakah para pemimpin OA mengikuti landasan yg betul, inilah persoalan yg harus kita fikirkan....sedangkan di M'sia kita mengamalkan sistem perundangan, adakah OA mengikuti prosedur yg betul dlm perjuangan dan tuntutan mereka, jika tidak nasib OA akan berterusan begini selamanya....bab pemimpin "corupt' jgn cakap la, dah lama berlaku...kalau pemimpin OA xcorupt xkan jadi kes" kehilangan perkampungan OA Bkt Lanjan, Selangor" yg kini hanya tinggal kenangan ( sila rujuk tulisan saudara Yan yg bertarikh 5/9/2007 di bawah article Semelai take Gorvernment to court) Hingga ke ari ni, saya masih rasa terkilan dan sedih ngan kes ni walaupun bukan kampung saya.....sedih kerana OA sanggup kehilangan kampung tanpa memikirkan generasi akan datang....kepada yg terlibat memang kaya-raya, hidup mewah, dpt banglow, rumah teres dan flat, bagi yg berpendapatan rendah, pakcik2 dan makcik2 yg bergantung kpd hasil hutan, mampukah menyara yearly assessment bunglow? Kita tanya diri kita sendiri setakat mana kemampuan kita dlm kehidupan seharian dan berfikir secara waras...untuk ape kita ade banglow dan surau yg cantik sedangkan tiada lagi tanah dan hutan rayau yg luas bagi generasi yg akan datang...kenapa tiada pembelaan sedangkan waktu itu POASM dah pun wujud, kerana beberapa org pemimpin waktu itu terlibat sama.... kenapa semua ini terjadi, kerana minda yg corupt dan tiada keikhlasan dlm perjuangan....apapun komen saya di atas, saya mohon maaf sekiranya terkasar bahasa serta salah dan silap saya, bukan saya menuduh membuta tuli tetapi inilah kenyataan, juga kepada yg masih hidup atau pun telah mati. Harapan saya kepada yg benar2 mahu menjadi pemimpin masyarakat, biarlah ada sikap "open minded", keikhlasan dihati, pengorbanan, sayangkan bangsa serta paling penting mengikut prosedur yg betul. Juga kepada yg dipimpin, berilah sokongan padu serta active dalam persatuan anda, k. Perbincangan adalah penting untuk menyelesaikan masalah.





posted by: bah sian (reply)
post date: 08.18.08 (8:55 am)

trmkash utk saudara senoi
saya bukan dj seperti yang disangkakan
namun begitu siaran orang asli telah ditukar kepada asyik fm untuk menolak elemen keaslian itu sendiri oleh zaman pemerintahan sdr achom luji
untuk pengetahuan fengkas, setiap ketua oa dlm radio semuanya membawa mala petaka kpd bangsa awak sendiri
itu yang mmbuat saya berfikir kewnapa kalau namakan bangsa oa ni lebih cenderung kepada perbuatan salah? saya belum melihat oa ni memimpin berdasarkan seperti tulisan saudara kt peneng tu iaitu ikut hukum
kenapa oa lebih cenderung mngikut hukum oa sendiri sedangkan anda masih menumpang dalam negara in
menjawab sedikit pertanyaan sadr senoi ' siaran orang asli telah sasau sedikit mcm ketuanya sendiri macam pendengarnya juga langsung tidak mahu mmperbetulkan ketua asyik fm yang telah disesatkan oleh pengetahuan yang tidak ada dalam profesionalisme penyiaran, mereka asyik bergaduh bila bermesyuarat
oa bergaduh dalam mesyuarat....heheheeeee....mcm beruk atas pokok heheeee.........
xcaya? tanya mereka dj-dj tu dan pastu bagi tau saya bah sian yang bagi tau, tak mungkin mereka berani menafikannya di hadapan saya
juga..., mereka selalu buka blog ini
ada drp mereka suara yang tidak microphonic tp berlagak sombong kalau dikira bakat saya tidak fikir saya tidak boleh menandingi mereka
kalau ada orang kata 'try la' saya akan jawab bila?
heheeee.....saya bukan celupar, biadap atau apa saja cemuhan yang dilemparkan oleh oa yang penting saya bercakap benar maka bra ni kerana benar
maaf, duit tak cukup nak sambung tulis lebih baik tengok web lucah lagi bagus dri layang oa-oa ni
heheeeeee
opocot ada yang tnye saya ni kaum maner
saya bukan kaum anda laaaaa.........saya pendatang maka itu saya dapat lihat joran sejengkal pemimpin oa nak duga lautan
untuk oa oa baliklah perjuangan anda atas landasan yang benar jangan sasau mcm oa-oa kat asyik fm tu
syok sendiri dan 16 dj mereka amik 1 jun 2008 mereka buang 30 jun 2008 jgk
dah sasau kan............ape yang mereka buat? buat dek jer......
heheeeeee..........oa-oa patut la dipandang kolot kalau berpangkat besar pun tindakan macam zaman jahiliah
k jumpa lagi tp mau ingat saya bukan kolot seperti yang disangkakan
sdra senoi trm kasih anda masih ingt saya....
mamak, teha tarik satu cawannnnn






posted by: 18warriors (reply)
post date: 08.19.08 (12:48 am)

Heheee... saya sebenarnya syok baca tulisan sdr Bah Sian ni... saya langsung tk marah atau terasa sbg "OA" atau pn spt bah sian ckp sbg pendatang, mmg betul pn status oa skg sama macam pendatang. saya kenal dia tp dia tk akan kenal saya. Yer ler pernah jd dj lah katakan.. heeheee... Saya setuju dgn pendapat sdr bah sian. Pemimpin POASM skg ni duduk dalam j/kuasa tu cuma utk dptkn nama shj, tp berjuan bkn atas kepentingan oa tp brjuang utk periuk nasi sndri... mane nak ingat ttg masy. oa ni... mmg betul lh kebanyakkn oa ni "pandai, sombong, bodoh". tp bkn semua oa mcm tu ada jga yg berkerja keras ke arah membetulkan hala tuju ao. Tp yg berkerja utk mmbetulkan oa ni yg selalu disisihkan. kesian.....wawawa..... Ada bbrapa org yg mengaku pemimpin oa, dan dgn bangga mengatakan dia yg bersungguh2 memperjuangkan nasib oa, tp ramai oa yg tidak sedar sikap pemimpin tersebut yg sebenarnya hanya utk mendptkn sokongan supaya kekal dlm tampok kuasa yg sdg dia miliki. Dgn status nama dan kuasa (betul ke berkuasa? pi... ler mabuk) akan digunakan utk tujuan, kepentingan dan faedah peribadi... siape org tu ... haaaa Nabil cakap, "lu pikir lah sendiri....." he...he...he...



posted by: Yan (reply)
post date: 08.21.08 (1:45 am)

Kalaulah OA ni pandai berpolitik....nah nilah masanya untuk mereka menyuarakan natijah kehidupan bangsa OA yang tersepit dan sakit dek arus pembangunan dan kemodenan.... takkala UMNO, DAP, PAS, PKR, MCA, MIC dan pelbagai parti politik bercatur untuk merebut kuasa....OA ambillah kesempatan ni untuk menunjukkan kewujudan anda semua di negara anda sendiri. wahai POASM bilakah nak buat mesyuarat untuk membincangkan hala tuju masyarakat orang asli....janganlah POASM juga ada budaya lepas tangan terhadap bangsa anda sendiri... marilah kita sama-sama memangil orang di serata ceruk,belukar, ceruk hutan dan lurah2 untuk keluar memperkasakan bangsa kita ORANG ASLI....



posted by: bah sian (reply)
post date: 08.22.08 (3:30 am)

trmkash 18warriours yang mengenali saya dan maaf saya tidak mengenali saudara
ttpi mungkin salah orang yang anda kenali sebab saya bukan dj atau degil dan jahil di asyik fm tu
saya tidak mewakili mane-mane pergerakan oa oa yang sesat dari hakikat.
dan sememangnye saya tidak mahu dikenali mcm barisan pemimpin oa yang sesat dan telah membawa bangsanya sesat juga
dalam kajian rengkas saya ramai oa-oa kagum dan kagit serta gembira bila pemimpin anda bersuara di pentas sesat
saya tidak hairan para pemimpin anda yang sesat sebab mereka ada tujuan dan goal yang mahu dicapai tetapi anda semua yang menyokong pergerakan sesat
sewbab itu dr tahun 70an lagi pergerakan untuk memartabatkan moa sampai sekarang masih di takuk yang lama jugak, why?????
sebab yang memimpin sesat dan yang ikut pun sesat sama
anda telah disesatkan oleh emosi dan pemimpin yang mengeksloit emosi tadi
bak kata orang anda mengikut satu jari telunjuk menuju ke depan tetapi lupa ada 3 jari menuding ke diri sendiri
yang tiga jari tu oa belum pernah sentuh lagi
mcm takut atau menutup kelemahan diri

saya belum pernah dgr cine, melayu dan india menangis perihal tanah
naper oa?
cuba luang masa melihat, muhasabah, mukabalah, musyawarah pasal kelemahan oa sendiri
jgn sehingga lupa mengaku kelemahan diri
dan sehingga saya dedahkan di sini secara terperinci

heheeee.....tmksh 18warriors
kalau ada sumur di ladang boleh saya mnumpg mndi
klu ada umur ku pjg boleh saya bedal lagi
nak buka web orang telanjang jap
recharge battry we
orang lama, saya tahu hidup di dunia tidaklah lama,
tetapi kalau dapat
lama................



posted by: senoi (reply)
post date: 08.27.08 (2:53 am)

Utusan Malaysia 27 Ogos 2008

Cabaran pembangunan Orang Asli

Oleh w. rahimah draman

MEMPERKATAKAN status dan hak bumiputera, umum lebih tertumpu kepada hak dan kedudukan orang Melayu serta sukuan etnik di Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun, hak dan kedudukan Orang Asli jarang mendapat tempat dalam kebanyakan perbincangan dan pembelaan hak di semua peringkat.

Apa lagi untuk mendapat ruang dalam liputan media arus perdana. Satu-satunya medium maklumat ‘konvensional’ mengenai Orang Asli negara ini ialah saluran khas siaran Radio Orang Asli oleh Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) melalui saluran Asyik FM.

Lazimnya pula, isu-isu mengenai masyarakat Orang Asli hanya mendapat tempat di kalangan pemimpin dan media apabila menjelang pilihan raya.

Jadi tidak hairanlah sambutan Hari Orang Asli Sedunia pada setiap 9 Ogos jarang malah tidak pernah diraikan secara meriah dan menyeluruh sama ada di peringkat kebangsaan, negeri, daerah apa lagi di perkampungan.

Malah mungkin tidak pernah terdengar sambutan dan perayaan khas bagi masyarakat Orang Asli negara ini sebagaimana sambutan Hari Gawai untuk peribumi di Sarawak dan Hari Kaamatan bagi bumiputera di Sabah.

Untuk masyarakat bumiputera Melayu, sudah termaklum dengan Hari Raya Puasa dan Hari Raya Korban – dua perayaan tetap dalam kalendar Islam yang disambut penuh meriah sama di peringkat individu, keluarga, kampung, daerah, negeri mahupun negara.

Sedangkan kewujudan peribumi Orang Asli di bawah Akta 134: Akta Orang Asli 1954 sudah termaktub dalam perlembagaan sejak sekian lama.

“Hak dan status kewarganegaraan Orang Asli di negara ini tidak boleh siapa pun mempertikaikan,” kata Fello Pusat Pengajian Pribumi Malaysia (PPPM) Universiti Malaya (UM), Yahya Awang.

Begitu pun kata mantan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) itu, status kedudukan bumiputera bagi Orang Asli di negara ini tidak begitu jelas.

Paling bermasalah apabila hak milik tanah yang menjadi warisan Orang Asli dalam peruntukan di bawah kerajaan negeri-negeri, perlu dirujuk kepada Kerajaan Pusat untuk status, pengiktirafan dan kelulusan, jelasnya.

Yahya berkata demikian dalam sesi panel perbincangan mengenai ‘Sejarah Perkembangan JHEOA’ pada Seminar Pembangunan Orang Asli: Cabaran dan Kejayaan di UM pada 19 Ogos lalu.

Seminar sehari itu adalah antara usaha institusi pengajian tinggi awam berkenaan untuk meraikan sambutan Hari Orang Asli Sedunia di samping membela, mengiktiraf dan mengetengahkan peranan golongan minoriti bumiputera dalam negara ini kepada umum.

Program kelolaan PPPM UM yang berlangsung di dewan kuliah A Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM itu diadakan sempena Sambutan Hari Orang Asli Sedunia 2008.

Seramai lapan ahli panel terdiri daripada ahli akademik, pentadbir dan penggiat masyarakat dari kalangan komuniti Orang Asli terlibat dalam perbincangan dan pembentangan yang berlangsung dalam dua sesi itu.

Walaupun ia bukanlah bersifat pesta perayaan, tetapi seminar yang dikendalikan oleh PPPM UM itu merupakan usaha jangka panjang bagi memartabatkan peranan Orang Asli dalam kemerdekaan dan pembangunan negara.

Namun dengan bilangan penduduk Orang Asli negara ini yang hanya berjumlah sekitar 141,000 orang, menjadikan mereka peribumi minoriti yang terus terpinggir dan dipinggirkan.

Sumbangan masyarakat Orang Asli bagaimanapun kata Prof. Dr. Wan Zawawi Ibrahim selaku moderator pada sesi perbincangan pertama seminar tersebut, adalah ‘jasa yang belum terbalas’ oleh negara dan rakyat Malaysia.

Ini kerana tegas beliau, perjuangan dan pengorbanan rakyat peribumi Orang Asli terhadap kemerdekaan dan pembangunan negara bukan sedikit.

“Oleh itu agenda pembangunan negara perlu diusahakan pasca–Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi menumpukan kepada pribumi minoriti, Orang Asli terutamanya,” tegasnya.

Dalam hubungan ini kata Wan Zawawi, membangun dan membela hak serta kepentingan Orang Asli bukan hanya tanggungjawab JHEOA, tetapi melibatkan semua agensi pembangunan negara dan rakyat.

Masyarakat minoriti Orang Asli menurut beliau, bukan hanya perlu pembelaan dan diberi hak pada memilik tanah warisan tetapi lebih penting lagi adalah pendidikan.

“Hak pemilikan tanah warisan tidak boleh diketepikan tetapi pendidikan adalah ruang mobilisasi terpenting bagi jaminan masa depan kehidupan Orang Asli,” tegasnya.

Sementara itu, Naib Canselor UM, Datuk Rafiah Salim berkata, peranan dan sumbangan Orang Asli paling besar terutama dalam menjayakan kemerdekaan negara.

“Pasukan Senoi Praaq memainkan peranan penting dalam mempermudahkan kejayaan negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957,” katanya.

Teks ucapannya dibaca oleh Timbalan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Prof. Mohd. Siden Ishak. UM kata Rafiah, komited mengenai nasib, perjuangan dan hak Orang Asli negara apabila menjadi satu-satunya universiti yang mewujudkan Pusat Penyelidikan Pribumi Malaysia dengan Orang Asli sebagai fokus.

Tradisi penyelidikan ke atas masyarakat minoriti Orang Asli dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan ini akan turus dipertingkatkan oleh UM melalui PPPM, jelasnya.

“Usaha ini penting bagi melihat, mengenali, memahami, membongkar dan seterusnya mendedahkan kepada umum mengenai nilai serta masalah mereka kepada umum secara menyeluruh,” kata Rafiah.

Usaha berterusan itu tegas beliau, penting supaya seluruh rakyat faham dan kenal Orang Asli sebagai peribumi Malaysia secara lebih dekat.

Rakyat dan kerajaan katanya, perlu melihat dan menilai dengan adil mengenai perjuangan, cabaran dan masalah yang telah, sedang dan akan dilalui oleh Orang Asli agar mereka mendapat hak pembelaan serta tempat.
Sila ulasan kepada sesiapa yg merasakan diri mereka tu OA harapan saya diberi komen2 yg panas2 agar kite panaskan blog ini....sekian terima kasih



posted by: rischaki (reply)
post date: 08.27.08 (1:02 pm)

bagaimana individu anak-anak orang asli bekas anggota senoi praaq yang berminat seperti saya dapat atau boleh menyertai usaha yang sangat menarik ni?



posted by: bah gantex (reply)
post date: 08.29.08 (8:38 pm)

Thank uncle sian atas komen2 anda kt suku OA yg dungu terutama kt DJ dan radio asyik yg asyik menyestkan OA. Lu ... orang tau dulu radio OA ditubuhkan olh british utk propaganda di zaman komunis. Sekarang apa dh jadi... propaganda untuk mengislaminasi oA yg dungu2
Sebab apa saya kata begitu..
1. kenapa ada rancangan sinar islam padahal OA majoriti bkn Islam.
2. kenapa nk buat laluan azan semasa rancangan sdng dijalankan padahal rancangan
radio cine ke india dia orng tk stop utk laluan azan.
- time uncle dulu jadi DJ diapun tk stop sebab dia tau ada diskriminasi.
3. Tolong buang ustad2 dlm rancangan sinar islan tu menyampah saya dengar.
- ingat melalui sinar islam kau orng tu blh memajukan OA ke.
- sedar la sikit tk perjuangan OA Islam dlm masyarakat kita,nampak orng OA
tulin yg memperjuangkan hak OA.
Bye.....jumpa lg



posted by: senoi (reply)
post date: 08.30.08 (8:55 am)

sy x pernah dgr ayik fm tiada ciri2 ke orang aslian lgsung.. semenjak sy dgr program dlmnye x masuk akal bagus komen sedara bah gantex itu la kelemahan OA radio sendiri pun di jadikan unsur ke islaman kepala otak diorang....mcm kite dilahirkan dr nneknmoyang islam bodohhhh....klu x makn babi hutan,lotong2 n mcm lg jgn kata OA itulah keperat pyu pegawai2 OA dlm radio tu VERY SUCK!!!!



posted by: 18warriors (reply)
post date: 08.30.08 (1:20 pm)

u all tau tak dulu radio siaran oa ni pada asalnya propaganda kerajaan untuk melawan komunis dengan tujuan asalnya supaya masyarakat oa tidak menolong komunis. Sekarang radio oa juga adalah propaganda kerajaan untuk mengislamisasikan masyarakat oa supaya hilang jati dirinya.. Haaa... kena faham tu. Jadi hati..hati..



posted by: rotanmanau (reply)
post date: 09.04.08 (11:23 am)

Bagus sekali tulisan anda semua....
banyak mengajar dari mahu diajar...
banyak menunjuk dari mahu ditunjuk..
banyak menyalahkan dari mahu disalahkan.
Banyk menyanyi dari mahu dinyanyikan

bila sahaja kita berhadapan dengan pelbagai masalah..seperti yang anda semua taip singga besar jari-jari anda dengan tegas pendirian. saya sokong setiap isi-isi bicara anda semua. tidak ada satu pun yang salah.

harus kita ingat bahawa

setiap masa adalah saat
bila kita sampai saat pasti minit yang kita jumpa
selepas itu kita pasti akan jumpa jam.

saya dapat rangkumkan...bahwa hidup kita pasti akan melalui peredaran yang saya katakan tadi.ianya akan
terus kita temui perkara dan benda yang sama, yang membezakan adalah cara ia sampai.

lajukah putaran itu...
perlahankah ia....

kerana apa?

adakah sudah kehabisan beteri...
apakah ia telah terjatuh menyebabkan ada wayar yang tercabut?
atau memang ia sudah lama berkhdmat...maka ia semakin perlahan atau uzur.

sebagai manusia yang sudah lama hidup dengan pelbagai masalah emosi...kita harus mancari pendekatan sendiri.

saya bukan orang asli yang pandai seperti yang lain.

pandai bercakap
pandai berbahasa
pandai komplain....

saya sayangkan bangsa dan kaum saya...
ayat biasa yang kita dengarkan?

apakah peranan kita untuk itu?

jika orang melayu ada khalifah mereka untuk menyebarkan sesuatu...

kenapa tidak kita...?

inisiatifnya...saya suka berkongsi pengalaman yang saya lalui dengan setiap peringkat usia kaum saya.terutama bagi yang anda semua kata duduk dihutan...tidak tahu itu dan ini. masih dizaman jahiliah.

Jadi kita harus pimpin dari zaman jahil itu kepada zaman mellenium yang nyata mereka tidak nikmati.
bukan dengan dadah, HIV, dan macam macam gejala lagi.

tetapi dengan hak-hak mereka keatas tanah mereka, anak mereka, budaya mereka, jatidiri mereka dan macam-macam lagi

kenapa perlu kita pimpin tangan mereka?

sudah jelas anda semua tahu mereka dialam jahil..bantu lah mereka bukan dengan membuat bising.

kerja saya bukan hanya dengan satu kaum sahaja.
malah semua. saya mahu jumpa semua kaum yang ada dalam senarai anthropology. saya mahu bercakap dengan mereka sendiri...

kita semua yang pandai membaca adalah khalifah...

bila kita jumpa mereka bukan dengan kritik mereka tetapi beritahu mereka yang yang jadik milik mereka yang mereka tidak tahu...

bila sahaja mahu mereka berubah ke alam mellenium bantu lah mereka dengan.
..tanya...dengar....kaji...baca...huraikan..
.dorongan..pantau..

Adakah dipraktikan itu sekarang?

belum ada yang sanggup buat begitu..

pun begitu saya cuba lakukan bila sahaja saya berkungjung ke kg OA.

jangan suka mengorek masalah yang telah ada.tetapi carilah dan tolonglah buat penyelesaian.

Wang memang penting...
tetapi jika Corrupt pengurusan...maka hitamlah jugak nilai mellenium dan keadilan itu.tidak hairan jika dalam organisasi OA sendiri berlaku masalah..

Y ya?

keegoan..kebongkakan...ketaksubsan...kepentingan sendiri...merendah diri...meninggi diri.

tidak boleh ker kita jadi seadanya diri kita..tetapi punya matlamat.

sejak dari kecil saya dikelilingi golongan yang suka membuli ..

Hari ini pun saya masih menghadapi situasi itu..bezanya jika dulu kaum lain buli OA...tapi hari ini OA buli OA...jika orang itu tidak berpendidikan tak apa orang akan faham...akan tetapi yang membuat kita meluat jika orang itu yang punya pendidikan...

Saya akhiri ayat saya dengan kehidupan yang dikurnia tuhan ini...

Orang Cina dengan dunia perniagaan mereka
Orang india dengan dunia pembangunan mereka
orang melayu dengan dunia pentadbiran mereka
Orang Asli dengan dunia semuala jadi mereka

Setiap negara jika anda pergi seperti yang saya pergi. kita akan lihat perkara yang sama walau berbeza kaum mejoriti mereka tetapi OA tetap sama peranan mereka...ALAM...

jika ini diingkari...maka akan kita lihat ketidakseimbangan dunia kita...panas...bencana alam..harga itu naik...harga ini naik...ini tak cukup..itu tak cukup...

Radio asyik...tidak ada apa yang menarik...semua yang bah gantex katakan 100% tiada yang salah..

ianya benar belaka.

ok...selamat pagik...sekaraang dah pukul 2.20 pagik..







saya akui itu...

saya tidak suka salah menyalahkan. zaman ini kita harus buat bukan bising...











posted by: rotanmanau (reply)
post date: 09.04.08 (11:31 am)

For Kt Peneng...

saya kita ada jumpa di Bar Council tahun lepas....harap anda yang duduk dengan bob and uncle bah sian..

Thanks

untuk 9-14 ini ada event di central market annexe...jemput datang untuk celebrate bersama...sambutan hari oa peringkat kebangsaan.





posted by: (reply)
post date: 09.05.08 (12:30 am)

hi,
saya setuju dengan pendapat rotanmanau. saya baru dalam blog ini. saya sudah membaca komen-komen yang ada dalam blog ini. rata-rata komen yang diberikan selalu menyalahkan orang asli sendiri. cukup menyedihkan. saya pun tidak pasti yang banyak komen tentang orang asli itu siapa dia? orang asli kah atau bangsa lain kah? tidak dinafikan, orang asli banyak kelemhannya. oleh itu, sesiapa yang rasa diri dia tu sudah terlalu bijak, kenapa asyik hendak memberi komen dalam blog ini sahaja? kenapa tidak bangkit dan membantu agar orang asli jugak dapat membangun seperti kaum yang lain?

fikirkan...



posted by: bah gantex (reply)
post date: 09.05.08 (10:40 pm)

Hi,
salam semua... aku baru je bangun tidur dan teringin nak baca blog kita ni.syabas, sekarang melalui blog ini kita tahu masing2 ada semangat OA yg berani untuk mempertahankannya. Kalau ada event kt central market (sambutan ari OA)akupun nak gi jugak tapi tolong update le..sikit tarikh yg sebenarnya venue kt room berapa, jam berapa.
Untuk pengetahuan semua ada hamba Tuhan yang selalu tolong dalam permasaalah AO jangan lupa jemput tok batin OA yang saya hormati iaitu COOLIN NICOLAS. Byk isu2 yg berkait tentang OA diterbitkan dlm the STAR oleh beliau.

best regards
bah gantex



posted by: senoi (reply)
post date: 09.05.08 (11:00 pm)

Reply to:
tuan editor yg empunya blog ni,
komen2 yg anda dpti ini adalah penjelasan kelemahan oa yg kadang2 segelintir msykt oa agungkan budaya yg x membina n menampakkan ke oa nye.sy nk tya pendpt anda ape peranan senator oa di dewan negara iaitu osman bongsu ape dia jlnkann amanah nye ka utk bangunkan bangsa oa.
tp sehingga kini xde pe2 pun perubahan dilakukan keatas bangsa oa ibarat hidup segan mati x mahu,kemanakah dia???mcm boneka dok goyang kaki tiap bulan dpt habuan.
adakah peranan dia utk membantu kroni2nye saje,tya diri anda saudara editor sebelum menilai komen yg anda baca dlm blog ini.
ini mengambarkan oa lebih peka terhadap isu2 tertentu terutama dlm memperjuangkan bangsa sendiri bkn menghancurkan bangsanye n menyesatkan jatidiri oa n pemikiran yg dikatakan oleh sedara bah sian..fikir2kan lah

sui hek mai seraq,
senoi



posted by: EDITOR (reply)
post date: 09.06.08 (9:31 am)

reply to SENOI.

Senator OA dipilih dan dilantik oleh kerajaan. Maka sudah semestinya sengat dan bisanya agak kurang beracun. Perlantikanya telah termaktub didlm Perlembagaan Persekutuan. Peranan senator OA agak terhad kerana ia berada didalam dewan negara.



posted by: Kt Penang (reply)
post date: 09.07.08 (2:25 am)

Tuan Editor

Saya nak tau pasal event sambutan hari oa peringkat kebangsaan. Bolih bagi tarikh, masa dan tempat event itu diadakan? Thanks.





posted by: Kt Penang (reply)
post date: 09.07.08 (7:51 pm)

Reply to: Rotanmanau

Trima kasih di atas jemputan anda, saya sangat menghargainya.....anda salah orang kot....memang saya ada datang ke Bar Council tahun lepas tetapi lambat, so sya berdiri kat belakang hall sebab kerusi dah penuh....kalau nak berkenalan bolih saja, email saya goldom kat yahoo atau hp saya 0169268798, selamat berkenalan.....

Kuan Tee Fuller, Penang.





posted by: 18warriors (reply)
post date: 09.08.08 (4:56 pm)

Bagus juga beritahu dalam blog ni kalau ada event yang melibatkan OA. 9 - 14 Sept ni kalau tak outstations saya pun nak juga jenguk2 di Central Market. Tempat kerja saya pun dekat. k, jumpa kawan-kawan oa di sana.....



posted by: senoi (reply)
post date: 09.13.08 (5:48 pm)

haa..ape dah jadi ngan event sambutan OA semalam xdpt permit polis n cmna nk bg memorandum?sy ade kesempatan melihat sendiri event tu bkn ari sabtu, x sy x join pun tp sy g ari khamis okla byk supporter dikalangan OA tp masalahnye xde permit ape tindakan seterusnye oleh COAC...



posted by: 18warriors (reply)
post date: 09.15.08 (4:42 am)

Saya tak sempat nak pergi jenguk event tu sbb kerja luar kwsn KL. Betul ke tak mohon permit atau pihak berkuasa tak bagi permit? Tak pe...... banyak cara lain lg untuk serahkan memorendum tu... Yang penting event tu dapat liputan berita.



posted by: bah gantex (reply)
post date: 09.17.08 (6:27 pm)

tak pe..sekurang2nya ia mendapat lputan meluas dr pihak media. aku pun datang lambat ari tu jadi... kita buat lg tahun depan.Kita boleh buat strategi lg bagus lain kali..janji editor tetapkan tarikh kt blog ni dan kita sudi datang ramai. isu tk dapat permit bukan masaalah besar setahu saya JOAS dh apply permit awal.

jangan putus asa.



posted by: (reply)
post date: 09.17.08 (11:47 pm)

Saya setuju ngan rotan manau. Knp mesti kita nk slh kan org asli kan. Seharusnya kita yang berpendidikan haruslah tampil untuk membantu bangsa kita sendiri. Xda sesiapa yang boleh mengubah bangsa kita melainkan bangsa kita sendiri.



posted by: atz (reply)
post date: 09.22.08 (7:23 am)

Kenapa perlu permit? Dlm Perlembagaan Msia dibolehkan. Mana lebih tinggi Perlembagaan Malaysia atau permit polis. Ini bukanya perarakan yang ganas dan mengganggu orang ramai. Polis di peralat oleh UMNO yang nak terkubur.



posted by: aku_dia_pon_oa (reply)
post date: 09.24.08 (8:59 am)

betul madah2 puitis anda rotanmanau..jgn kita suka mengkritik sahaja..jgn kita suka melalak sahaja..mulut bercakap,tapi tgn tak bergerak..ade kesempatan,"hulur2 kan" lah tgn tu..mengingat kpd org yg lupe..membantu org yg memerlukan..walaupun bukan utk semua, dua tiga org tu pon dah cukuplah..kira dah menabur bakti..tak expect pon utk tolong semua org..kita pon tak terdaya..bkn meminta wang atau harta benda anda,sekadar idea,pandangan,dan ajaran anda kpd mereka..



posted by: cicitbatin (reply)
post date: 01.21.09 (12:53 am)

OA yg bijak pandai baliklah..baliklah ke kg masing2..jengok2 la saudaramara anda..beri semangat utk memajukan diri n bangsa



posted by: cocon_lek (reply)
post date: 04.08.09 (2:02 am)

org asli tau engkem!hiburan!gogo!yang lain apa tau...kat radio tau komplain jerlah...ckp blhlh..,bt blm tentu..

Your Name:


Your Comment: