VIDEO MEMO KEPADA DYMM AGONG
09.22.08 (6:57 am) [edit]
http://www.youtube.com/watch?v=BTxMgvdadkU
posted by: (reply)
post date: 09.24.08 (12:52 am)
saya sebagai masyarakat orang asal juga merasa bangga
dengan perjuangan ini. kita tidak boleh berputus asa.
harus teruskan perjuangan!
NGAP SAYOT!
posted by: senoi (reply)
post date: 09.24.08 (6:57 am)
sy juga bangga jadi msykt org asal tp yg berjuang ada utk kepentingan sendiri,ubah dulu sikap pd OA itu sendiri sebelum nk bina empayar OA
posted by: (reply)
post date: 09.25.08 (6:36 pm)
"tp yg berjuang ada utk kepentingan sendiri"?
maksudnya?
posted by: (reply)
post date: 09.26.08 (4:49 pm)
memang dah menjadi kenyataannya 'statement' tu..tapi yang paling penting sekarang ialah macamana kita nak tau yang bakal pemimpin-pemimpin generasi baru tu nanti akan hanya berjuang untuk kepentingan sendiri atau tidak?
posted by: (reply)
post date: 09.29.08 (1:51 am)
kepada saudara/saudari yang tidak bernama. tidak elok jika mengesyaki orang tanpa bukti yang jelas. seharusnya jika saudara/saudari hendak pastikan niat orang itu berjuang untuk kepentingan sendiri atau tidak, saudara/saudari harus turut serta dalam setiap aktiviti yang dianjurkan. tempoh hari penglibatan semua orang dialu-alukan namun tidak ramai yang berminat. jangan menuduh tanpa bukti.
posted by: senoi (reply)
post date: 09.30.08 (7:08 am)
kepada tuan yg x bername jg..mane kelibat POASM????aper citernye beb...adala selfish utk memajukan kaum kerabatnye,klu org asli dah pegang pangkay n kuasa...heheee mengalahkan PM
posted by: atz (reply)
post date: 10.01.08 (7:09 am)
President POASM dah harus ditukar. Aku dengar dah 2 tahun tak buat mesyuarat. Apa dah jadi?
posted by: dali ukam (reply)
post date: 10.02.08 (5:03 am)
posam penakut,tk reti bahasa.taipusam.....majid suhut diktator dlm posm
posted by: senoi (reply)
post date: 10.05.08 (12:06 am)
sedara atz n dali ukam tima kasi kerana prihatin pendapat sy ttg poasm mmg tu la sy nk katakan ubah dulu sikap yg ada pd OA itu dulu sebelum memperjuangkan bangsa sendiri.kite dah ade badan2 NGO lain harap ubah dulu sikap sedangkan poasm xbergerak langsung...
posted by: stonesteel (reply)
post date: 10.05.08 (6:13 pm)
poasm atau tidak.. kita kena berfikiran positif..jikalau kerap dengan rungutan semua maknanya perjuangan sebagai bangsa orang asli tidak akan ke mana
posted by: stonesteel (reply)
post date: 10.05.08 (7:13 pm)
poasm atau tidak.. kita kena berfikiran positif..jikalau kerap dengan rungutan semua maknanya perjuangan sebagai bangsa orang asli tidak akan ke mana
posted by: (reply)
post date: 10.07.08 (5:50 pm)
ckp byk pun xguna..dh tau da klmahan bertindak je la...jd profesional....
posted by: dalai ukam (reply)
post date: 10.13.08 (6:59 am)
poasm ikut rasmi mesyuarat beruk-beruk di hutan.mereka bermesyuarat apa bila hujan turun,maka majlis mesyuarat beruk pun bersetuju membena rumah utk berteduh dri hujan.hujan pun reda,beruk pun lari membuat hal masing2.Esoknya .mendung berarak menandakan hujan mahu turun lagi beruk bermesyuarat lagi.lalu mereka bermaqsyurat lagi dan bersetuju untuk membena rumah.bila hujan reda meka masih lagi membut hal masing2
posted by: rotanamanu (reply)
post date: 10.14.08 (5:28 am)
pengalaman akan mengajar...agar kita lebih berhatii..hati dan lebih prihatin dengan diri dan masyarakat kita sendiri.
namun bagi ramai masyarakat kita yang lebih suka masuk dan dimasukan ke alam masyarakat lain yang jauh lebih complicated.
posted by: Prating (reply)
post date: 10.21.08 (10:27 pm)
TUAN2 semua kalau nak tahu POASM dah nak berkubur seperti mana berkuburnya kelab SISWAZAH ORANG ASLI.....bila masuk 3 tahun x ada AGM.... berkuburlah...POASM...dengan PRESIDEN YA...Mka OA2 kena fikir2lah nak buat Persatuan yang lebih RELEVEN... POASM dah tak releven dengan OA sama macam UMNO yg. x releven dgn Orang Melayu. UNCLE BAH ASIAN MESTI ADA IDEA TENTANG INI....
posted by: senoi (reply)
post date: 10.22.08 (5:10 am)
kenapa nk samakan ngan umno dia tu ape kite ni ape kite bercakap ttg OA bkn melayu ataupun OA beranggap diri mereka cam melayu,menyanjung mereka mengislaminisasi OA-islam melayu,jgnla samakan tolonglah...OA w/pun poasm berkubur tp klu perjuangannye releven sy sendiri pun join juga tp kite tgg dan lihat perkembangannyee
posted by: rischaki (reply)
post date: 10.22.08 (9:35 am)
peneraju poasm sessi 06/09 dah nak berakhir dan sekarang kita semua berpeluang melantik peneraju presiden yang baru..saya galakkan anda semua menyediakan calon-calon anda yang anda fikirkan berkaliber dan berkelayakan untuk dicalankan sebagai penaraju poasm generasi baru berwawasan yang faham dengan jelas dan tepat matlamat, misi dan visi serta prinsip akujanji poasm..kalau ada yang tahu prinsip akujanji tu hebahkanlah kepada semua supaya ia dapat disemai dalam jiwa mereka yang bersama-sama bergerak seiringan dengan persatuan yang mereka terajui..layarilah laman web poasm dan ada beberapa peningkatan yang telah dibuat..walaupun tidak sepenuhnya lagi..pun begitu, borang untuk perlantikan calon peneraju poasm bagi sessi 09/12 telah di sediakan..tunggu apa lagi? layari dan dapatkan borang pencalonan tu bagi sesiapa yang pernah rasakan kaliber dan prinsip perjuangan pemimpin lama sessi 06/09 lepas telah gagal..silakan..buktikan calon yang anda pilih sendiri itu berupaya membariskan kepimpinan yang lebih baik! take care
posted by: kafir (reply)
post date: 10.27.08 (12:52 am)
poasm dah byk rosak dah,bkn saja tk relevan,kenapa senai nak marah plk.senoi tahu tk rosak tang mana.anda dah joint tentu anda kaji dimana rosaknya.saya sokong penuh apabila presatuan oa ikut cara betul mcm persatuan lain yg ada kat msia ini.sedangkan persatuan guntig rambut india pun kat msia ikut peraturan.berpesatuan ni kena faham undang2 kacil persatuan,pd saya poasm tk mati tp nazak,nazak dlm erti kata td menjalankan tanggungjawab mereka sebg ahli majlis tertinggi.mereka sibuk dgn program diri sendiri dan kekayaan.dgn kata lain agm di buat 2th sekali.ini bermakna mereka telah melawan tabie persatuan.pada saya pembaharuan tk berlaku,sekiranya diktator tdk turun dri jawatannya.borang apa sekalipun di cadangkan ,tdk akan menjadi.saya org kafir tp blh berfikir dgn waras.yg benar Kafir
posted by: rischaki (reply)
post date: 10.28.08 (8:27 am)
dear kafir,
suara ahli lah yang boleh mengubah keadaan nazak poasm sekarang, pada saya pilihan yang ada hanyalah 1 saja..teruskan menconteng arang pada muka persatuan atau ambil kain, lap dan bersihkan contengan arang tersebut..decisions are plenty but there's just only 1 we can choose! terpulanglah pada 'niat' di hati..
posted by: kafir (reply)
post date: 11.05.08 (12:51 am)
dear rischaki.
terima kasih ats pendapat anda.saya suka cara anda berfikir.sya berpendapat persatuan ada hala tuju.akhirnya sya berfikir biarkan kemelut persatuan tersebut dgn pemimpin mereka.sbb kita ada agenda lain yg harus di perjuangakan.khususnya di perak.hubumgi sya 016 9708251.mungkin angan2 atau cita2
posted by: bah sian (reply)
post date: 11.05.08 (7:11 pm)
saya sedang berjuang dengan kematian
tapi takper bab oaoa ni bah sian tetap bangun mcm anak muda
poasm hidup berdiri kerana bah sian pada 1975
sampai 1985 no agm
bah sian hidupkan sekali lagi
maka siapa banyak bawak bas dari negerinya akan jadi Presiden
termasuk yang sekarang
bila nak berjumpa untuk ini bah sian rtela
posted by: Arsian Napitoepoeloe (reply)
post date: 11.06.08 (9:18 am)
Tulisan Prating pada 21hb Oktober 2008 dirujuk:
Trm ksh Prating.
Saya agak berminat juga mencampuri urusan hal ehwal orang anda kerana semua persoalan dan kemelut anda selama ini terkandung dalam ‘grand design’ Bah Sian untuk semua bangsa Orang Asli satu Malaysia. Cuma keperihatinan anda menjurus kepada pandangan negative terhadap tulisan Bah Sian yang penuh tersembunyi. Untuk pengetahuan anda, Poasm telah diperap selama empat tahun, Bah Sian telah rungkaikan sehingga menjelma berdaftar pada 1975. Semenjak itu Bah Sian telah menjadi kebencian Orang Asli kerana dia macam syampu rambut: 3 dlm 1, Perapi, Pembersih dan Perawat. Begitu juga Bah Sian Berfikir, Bercakap dan Bertindak adalah sama. Inilah yang membuat jika seseorang itu memiliki setitik darah Orang Asli dalam dirinya akan membencinya sebab bertentangan dgn budaya MENTALITI Orang Asli: Bercakap lain drp yang dia Fikir dan Bertindak lain drp yang diFikir serta diCakap. Maka anda sama ada dlm blog ini atau diluar sama sahaja, meraung tanpa mengetahui kearah mana yang hendak dituju dan jika ada orang berniat bersih dan tulus ingin menunjukkan KEBENARAN maka kesemua OA berpakat membenci orangnya dan menolak kebenaran. Anda lebih mempercayai pelawaan (Displacement- silent killer) NGO-NGO ke tempat mereka untuk membentang Kertaskerja, Memorandum serta bantahan melalui media cetak dan elektronik walhal NGO-NGO hendak memenuhi aktiviti persatuan mereka supaya mendapat sesuatu spt menerbit buku untuk dia nak dapat professor madya, professor atau master atau doktor. Untuk OA apa yang anda dapat. Anda syok sendiri dan berbangga apabila dikejar polis sebagai ‘cheapskate’. (saya sebagai orang asing dan pendatang merasa amat hairan kenapa orang asal beradab begitu manakala pihak NGO-NGO tidak langsung menyelesaikan masalah anda semua. Yang OA dapat hanyalah sepertimana OA membenci Bah Sian begitu juga anda dibenci ‘kerajaan’ yang OA pilih sendiri setiap 5 tahun.
Bab Poasm, drp 1975 hingga 1985, sepuluh tahun tanpa AGM semua Orang Asli membisu tanda seronok (sekarang baru 2 tahun blm lama lagi). Bah Sian telah mengadakan perhimpunan besar-besaran di Dewan Serbaguna Kg. OA Batu 12 ULU Gombak dan telah menempelak pemimpin OA yang hebat-hebat di hadapan ramai ( bah liku cakap pada bah sian jgn tulis nama OA tu nanti blog ini menjadi tempat memalukan org, maksud bah liku kita mesti bersubahat dan merelakan perlakuan mereka wlpn sehingga meranapkan bangsa OA sendiri)
Tergopoh gapah pemimpin OA yang hebat, ada yang nak saman ke mahkamah dan ada yang merajuk. Bah Sian tahu pemimpin OA ni masih ingusan mcm budak-budak lagi terhadap kepemimpinan- tegur sikit MERAJUK. Jika perjuangan anda dah silap tu hendaklah diperbetulkan sbb pemimpin OA belum pernah berjuang dlm sejarah Tanah Melayu ini, sdh tentu byk kesilapan-itu biasa.
Kepemimpinan Poasm yang kira ok sedikit semasa Presiden Allahyarham Datuk Long Jidin- saya kira beliau merupakan pemimpin OA yang tercerdik dan terpintar setakat ini. Selepas beliau maka timbul fenomena seperti sebelum Datuk Long juga iaitu sesiapa yang banyak bawa bas dari negerinya maka dia akan dapat undi banyak. Jadi jika Prating nak bawa Bah Sian bersama dlm polemic Poasm ini maka lupakanlah-dia tidak mampu bawa bas. Dia tinggal di kampong pedalaman di rumah haram tiada elektrik. Tetapi jika masih perlu REFORMASI saya tidak nampak Bah Sian MENOLAK. Sebab sudah sekian lama Bah Sian sentiasa mengajak BERDEBAT dgn OAOA tetapi semua OA takut- Bah Sian sebetulnya hendak memaparkan Permasalahan OA, bkn nak bergaduh! Rugi anda tidak menerima. Bah Sian juga Pendatang menumpang di Negara anda jd saya tidak nampak tidak ada kaedah. (Maaf tulisan saya byk kuah dari isi maklum dah lama tidak menulis- untuk OAOA sila berjuang di atas jalan yang benar) Kita tunggu respon Bah Sian……..
posted by: Bah Sian (reply)
post date: 11.08.08 (3:38 am)
posted by: Prating (reply)
post date: 10.21.08 (10:27 pm)
TUAN2 semua kalau nak tahu POASM dah nak berkubur seperti mana berkuburnya kelab SISWAZAH ORANG ASLI.....bila masuk 3 tahun x ada AGM.... berkuburlah...POASM...dengan PRESIDEN YA...Mka OA2 kena fikir2lah nak buat Persatuan yang lebih RELEVEN... POASM dah tak releven dengan OA sama macam UMNO yg. x releven dgn Orang Melayu. UNCLE BAH ASIAN MESTI ADA IDEA TENTANG INI....
Bah Sian nak jawab sedikit mengenai POASM bukan Kelab Siswazah
Dua perkara besar yang kita nak fikirkan dulu.
Pertama apakah kita hendak buat persatuan baru dengan gagasan Orang Asli baru atau
Kedua nak memulihkan POASM yang sedia ada dengan gagasan Orang Asli lama.
Sekiranya kita mahu buat yang baru, Bah Sian ada persediaannya, yakni Pendaftar Pertubuhan telah menyediakan dua set undang-undang. 1. Undang-Undang Bercawangan dan 2. Undang Tanpa Cawangan.
Jika hendak buat Persatuan baru, kita mestilah menubuhkan ‘protem committee’ dahulu seramai sekurang-kurang kalau tidak silap 7 orang. Satu salinan minit mesyuarat pertama yang menunjukkan siapa pengerusinya. Selepas itu hendaklah menggubal undang-undang persatuan berkenaan oleh 7 ajk sementara tadi. Apabila selesai barulah didaftar.
Selepas diluluskan barulah boleh menerima dan mendaftar ahli serta mengadakan mesyuarat agung pertama- ini cerita pendek jer. Nak tahu banyak jom tubuh.
Ini IDEA pertama saya
IDEA kedua saya.
Jika kita mahu yang mudah kita hendaklah mempertahankan nyawa POASM sebab yang menimbulkan masalah sekarang ini oleh Presidennya bkn POASM. Bah Sian sedia membantu menerjah proses REFORMASI dlm POASM. Yang berkemampuan membunuh POASM hanyalah Majid Suhut sahaja. Jadi kita hendaklah mendaftar jadi ahli dan menghantar seorang calon menentang Sdra Majid Suhut bersama kroni-kroninya semasa Perhimpunan Agung nanti. Kita tumpaskan mereka melalui undi. Sdra Majid Suhut (kawan saya jugak ni) sekarang sedang menunggu masa nak tumbang, ayuh jangan maki hamun dia. Tumbangkan saja Sdra Majid Suhut ini dengan kertas undi. Bukan susah! Cari calon yang layak di kalangan penulis blog ini, Cuma berhati-hati jangan terpilih pemimpin dj-dj heheeee…degil dan jahil. DJ-dj ni memang ada dlm blog ini termasuk yang sedang berada dlm POASM jugak.
Meskipun begitu, kita mesti membuat sesuatu yang betul dan tanpa dipengaruhi oleh sentimen kepentingan peribabi atau bongkak, sombong, besar kepala bila kena tegur merajuk. Saya fikir macam Rischaki, Kt Pening, Kafir, Dali Ukam, 18 warriour, Senoi, Bah Gantex, Bah Liku, Yan, Stonesteel dan Atz dan Prating sendiri yang LAYAK. Yang tidak layak hanyalah saya jer……sebab saya suka membuat orang marah. Saya tidak suka orang suka pada saya. Saya tidak suka diminati. Padahal bukan susah nak tulis bahasa indah supaya disayangi seperti saya tulis kepada Presiden Persatuan Janda-Janda SeMalaysia- ramai jugak janda-janda yang jatuh hati pada saya kihkih…..
Anak cicak atas para
Entah tergolek entah tidak
Sudah TERPACAK di bilik janda
Entah balik entah tidak.
Powerrrrrr…………
Sayugia diberitahu, POASM memang amat relevan dgn Orang Asli, cuma Presidennya sahaja yang tidak relevan dgn OA. Jangan bakarkan kelambu, bakarkan NYAMUK tu jer. Jadi kita jangan tumbangkan POASM, kita tumbangkan Presiden Majid Suhut. POASM merupakan satu wadah sahsiah atau satu wacana dan wahana kepada Orang Asli seluruh Malaysia. POASM merupakan Pertubuhan Bercawangan tetapi khabarnya sekarang Tanpa Cawangan atas perlakuan Pemimpin yang berasal dari bangsa OA sendiri. Memotong jari sendiri untuk menjadi kuat dan anehnya mendapat sokongan Ahli-Ahlinya. Apa punya fahaman ni? Lawak betul la OAOA ni.
Tetapi Pendaftar Pertubuhan kata masih BERCAWANGAN lagi! Yang mana satu betul ni. Tetapi dalam sejarah Malaya dan dalam pengalaman semasa saya menumpang negara Orang Asli ni belum pernah terjumpa Orang Asli yang mampu bercakap BENAR. Jika benar ini berlaku (POASM Baru mcm UMNO Baru) maka proses PENCANTASAN LIDAH-LIDAH DEMOKRASI telah mengambil tempat dalam kelompok Orang Asli Malaysia dan boleh mendorong kepada pemusatan kuasa atau ‘power accidie’ oleh Presidennya Sdr Majid Suhut maka telahan Dali Ukam (orang Sabah sesat mana ni) bahawa POASM macam beruk bermesyuarat dan Majid Suhut sebagai ‘diktator’ semacam ada kebenarannya.
Termasuk Ahli-Ahli POASM ala ‘drag queen’ juga membatubuta terhadap Perlembagaan POASM yang amat sukar diperolehi (macam Perlembagaan Parti Komunis Malaya). Ayuh jangan biarkan Pertubuhan anda dicemarkan oleh seorang Majid Suhut bersama kroni-kroninya dan Ahli-Ahlinya persis mencemar kedaulatan bangsa Orang Asli sejagat. Jika orang Melayu menolak UMNO sebagai Parti perosak darjat dan mencemar Agama Islam maka Orang Asli juga MESTI join POASM dan MENOLAK mereka yang berada di atas dengan Peti Undi- hidupkan semula semangat DEMOKRASI bukan ‘deme crazy’. Cuma bagaimana METHODOLOGINYA dan TIKUS mana yang hendak menggantung loceng di leher KUCING terpulanglah kepada OAOA semua. (Bah Sian ada jawapannya namun tidak mahu mendedahkan sekarang).
Boleh dikatakan 90% muka-muka Orang Asli sedang bercucuran airmata mereka tanpa diusap oleh POASM- maka itu Prating tanggap sebagai tidak relevan. Ada kebenarannya. Namun Orang Asli mesti berfikir realitas dan pantas kerana masalah OA sekarang ini berpunca drp kelemahan OA sendiri. Jika ada masa jom kita berbincang dan mengambil keputusan sewajarnya. Saya sekadar memberi pandangan tu 200%, memimpin hendaklah anda bangsa Orang Asli sendiri. Saya sekadar menjadi ‘kuli batak’ kepada anda OAOA kira enitaim, saya sanggup sumbangkan 300%(macam lagu Mas Idayu). Terima kasih Prating kerana menuju tulisannya kepada saya- ko ni perli aku tak? Kalau ko perli pn xpe saya xmarah, lg suka! Yang saya xsuka bila dipuji…puji-puji ni bagi la kat Pemimpin-Pemimpin OAOA tu. Saya dah jenuh dipuji dan diminati awek-awek we…Sekarang saya bagi peluang kepada Pembenci pulak untuk membenci saya, hikhikhik ………
Demikian DUA Idea yang mampu saya sampaikan terhadap pertanyaan Prating (maaf saya tidak panggil dia Saudara, kotkot dia pompuang, nak guna Saudari kotkot dia ni Janda Muda, nak panggil ‘hoi’ takut plk dia ni Nenek Awet Muda mcm yang kat Kem Bidor tu – siap berkaraoke, ramai anak muda yang tergila-gila termasuk?.......opocot!
buat Prating...usahakan perjuangan anda melalui saluran yang benar……(kalau kat Rstrn Haji Tapah, sambil merenung awek OA Batu 14 Jln Phg, meka cantik we…dah pandai pakai mekap skrg- gua cakap lu)…teh tarik satuk!!!!
Makkal Sakhti…..Hiiiiiiiiiiduuuuuuuuuup batang………
(Kelab Siswazah: Ahlinya ada yang sedang dikejar PTPTN- Burung serindit terbang melayang
Mari hinggap di dahan meranti
RM PTPTN apala nak sayang
Ambil gaji teruskan lariii….
….heheheheeeeeeeeeeeeeeeeee…………………asliasli…….mcm melayu plk! Melayumelayu….itupun oa nak masuk……..lawaklawak!
Pantun untuk Ketua OA:
Pak Din berang bila disanggah
Cakap berderai ditendang terajang
Tok Batin sekarang sudah marah
Kerana petai habis ditebang. – Pantun Abang Nan…Tanya Mahat China
posted by: Bah Sian (reply)
post date: 11.08.08 (3:47 am)
....opocot, si kafir kita tu pun tau POASM dah rosak dan nazak- tak malu ke? lagipun si kafir kata persatuan india gunting rambut pun ikut law. apara ini POASM. Persatuan Penarik Beca zaman P . Ramlee pun lebih baik dari POASM belum lagi dengan Persatuan Mamak Cendoi. Persatuan Gurkha Batu Akek lagi hebat. Jadi kita calon bakal Presiden kita si kafir ni. Biar kita berpresiden orang kafir pulak. Mcmaner Kafir? Setuju?
Yang benar Kafir.
Jawab jangan tak jawab. Amacam rotanpanau? Ko boleh lawan si Kafir tu ke nak jadi presiden? ko bedua bertanding laaaaaaaa saya campoooo..........
Amacam Prating
setuju tak Si Kafir kite tu jadi Presiden POASM
Persatuan Orang Asli Sasau Malaysia.
posted by: Bah Sian (reply)
post date: 11.08.08 (3:53 am)
....amacam Rischaki? Jawatan Naib Presiden nak x? Ko bekawan la dengan kt pening tuuuuu........... kwan tu pu dah pening kt penang tu....kite bagi dia jawatan Bendahari tu sebab dapat kita minta benda tu hari-hari.......mauuuuuu..........
posted by: bah gantex (reply)
post date: 11.10.08 (11:37 pm)
aku..dah lama tunggu time bah sian brain wash kau orang baru real idea bapak rock kita ni..
amacam kalian....aku nk bah sian jadi presiden POASM kali ni, aku tau ramai jiwa muda dikalangan AO masih tunggu & memerlukan idea bah sian.
Aku nk tanya sikit uncle apasal uncle kejap ada keluar paper kt bt lagong.., kt kes tanah bkt rok la..kt penderas la...kt tapah lah...camana pun syabas uncle telah drag kes tanah kg ibam ke mahkamah...saman kerajaan negeri & JHEOA sekali..syabas uncle..
posted by: rischaki (reply)
post date: 11.14.08 (7:42 am)
anda semua telah terpengaruh dengan segala pendapat yang pernah suarakan dalam ruangan ni yang sebenarnya kalau difikir-fikirkan benih ideanya begitu 'naive' sekali..sebagai seorang 'kera sumbang', saya tidak fikir untuk lanjutkan langkah sebagai peneraju sumbangan alaf baru moa semata-mata berlandaskan 'pendapat dan pendirian' saya yang seumpama itu..sehingga diberi kesempatan untuk meraih peluang menunjukkan belang..pun begitu, seharusnya anda semua harus mencari 'candidate' berkaliber yang boleh 'deliver' hasrat dan kehendak moa dengan efektif dan tegas..ciri-ciri tu tidak ada pada saya..memberi pandangan 'naive' tu memang mudah tetapi tidak bermakna orang yang kononya jelas menyuarakan nafas baru kepada moa itu berkaliber dan layak dilantik sebagai pemimpin..saya menyokong pendapat saudara Bah Sian tetapi saya seikhlasnya menolak pelawaan itu kerana saya hanya mampu suarakan pendapat dan pandangan sahaja tetapi jauh sekali dalam hati dan minda saya untuk menanggung tanggungjawab yang saya fikir agak berat untuk diterima dan digalas..tentu ada yang lain yang lebih berhak dan berupaya melakukannya dengan jauh lebih baik..kita semua perlukan seseorang yang nada suaranya jelas dan tegas..bagi yang ada impian ingin menerajuinya samada yang ada sekarang ni atau yang baru..saya akan sokong sekiranya dia ada ciri-ciri yang dikehendaki..sebab itu saya cadangkan supaya semua senarai calon dari peringkat atas dan setiap ahli jawatan kuasanya dipaparkan dalam web poasm yang sedang dibina..itu suatu langkah yang baik dan idea dari saudara Bah Sian dan Prating tu amat bernas..tetapi pada saya, sekarang lah masanya untuk kita semua berbincang mengenainya..dasar, kaedah dan perkara-perkara yang telah disebutkan perlu didahului sebelum pencarian calon dan perlantikan dibuat..ia akan mempengaruhi undian suara moa yang sebenarnya nanti kerana mereka sudah dipersembahkan dengan unjuran konsep dan prinsip berpersatuan yang sekian lama telah diamalkan oleh pertubuhan lain yang mengikut landasan dan keutamaan berdasar syarat dan perundangan yang sebenarnya..
dalam web poasm tu saya dah beri pandangan berkaitan pemaparan senarai calon barisan kepimpinan baru tersebut..bagi saya secara peribadi perkara ni sangat penting kerana semua ahli perlu kenal dengan pemimpin mereka..maksud saya, sedikit sebanyak tentang biodata peribadi, kelayakan akademik, misi dan visi serta sejauh mana kefahaman mereka mengenai konsep dan prinsip persatuan..seperkara lagi yang ingin saya ajukan di sini ialah wajarkah ahli persatuan yang sedia ada mengemukakan beberapa persoalan yang memusykilkan fikiran mereka yang wajib dijawab untuk menemuduga calon berkenaan mengenai hala tuju persatuan kepada bakal pemimpin dan jawaban yang diterima dari calon akan dinilai oleh ahli untuk menimbang tara calon yang sesuai samada mereka layak atau tidak..prinsip perjuangan mereka, sekali lagi saya suarakan di sini iaitu.. mesti jelas dan tegas..sangat perlu untuk mengelakkan 'cakap-cakap belakang' dan ketidakpuasan hati di kemudian hari..
bagi mereka yang sudi menerajui persatuan..berdasarkan pemahaman saya secara 'mudah' ialah segala beban dan tanggungjawab yang dipikul berkenaan menyenaraikan dan melaksanakan idea-idea baru tidak semestinya terletak sepenuhnya pada presiden..sebaliknya peranan dan tanggungjawab tu terletak pada tu pada ahli atau komiteenya(kot!)
idea dijana dari situ dan peranan presiden ialah menyampaikannya kepada umum atau ahli atau pihak-pihak yang berwajib berkenaan isu-isu dan suarahati moa dengan jelas dan tegas..kriteria sahsiah rupa diri, nada suara dan pertuturannya mesti dibentuk supaya saluran kehendak moa yang sebenar-benarnya dapat dicerna dan membuahkan benih benih usaha yang lebih positif dan bertanggungjawab oleh pihak-pihak tersebut..
sekali lagi saya suarakan pendapat setelah rehatkan minda dan membuat imbasan kronologi hala tuju kita semua..kemelut ni makin bersimpang siur..dan mungkin terikat mati dan tak boleh diuraikan dengan begitu mudah..kita semua kena berhati-hati membuat perancangan dan penilaian tetapi semua itu tak semudah pemeluahan suara hati yang saya sampaikan pada anda semua..bukan senang untuk menjadikan atau melaksanakan sesuatu yang kita rancangkan in order to make it short and simple (kiss and tell) dan menyampaikanya kepada mereka yang kurang arif berkenaan matlamat perjuangan moa yang sebenar-benarnya..itu satu lagi cabaran yang bakal menduga peneraju kepimpinan baru itu nanti..itu saja buat kali ni..take care!
posted by: mohd asli@asri (reply)
post date: 03.25.09 (4:46 am)
saya setuju dg pandangan bah sian dan rakan2 blog sekalian,kalau oa masih sygkan poasm utk wadah perjuangan oa sebenar tak salah sekiranya kita tombangkan saja sdr. majid tu.kita lakukan secara demo keras i..melalui kertas undi siple aje spt mana bah sian cadangkan.apa nak pening kelapa kita calonkan kengkawan kita yg sgt berwibawa spt dlm blog ni...ramai apa yg terer2..lps tu kita beri sokongan padu..tapi satulah yg saya sgt tertarik dlm blog ni,kehadiran tulisan bah sian telah menggoncang dan menggegarkan kepala hotak korang spy berfikir tentang permasalan oa.tak kiralah samada korang benci atau suke ke..namun tanpa penulisan dia blog ni tak best.itu apa yg saya amati selama ini.kalau dinilai secara halus kritikannya sgt membangun..korang aje yg buta.menolak dan membenci dia pasal dlm jiwa oa takde pun semangat pejuang yg sejati.kebanyakannya hipokrit...ada yg masuk gop..ada metirialistik..di mana asas perjuangan ao sebenar..?..bukannya saya nak membela atau jadi taliperut bah sian..tapi apa yg saya tahu cuma tak dibukukan sejarah perjuangan keturunannya byk mberi sumbangan kpd msyarakat oa terutamanya di negeri perak sekitar tahun 1935-1960 an.orang yg sanggup berjuang bersama oa itu org yg korang tolak...apa cerita ni..korang nak orang yg mcm mana..? superstars,celibrities,jutawan,doktor atau lawyer.kemana mereka semua..kenapa taknak tampil?jawapannya senang korang pun tahu.sudahlah sampai skrg oa masih belum ada pemimpin sendiri yg boleh membela nasib kaumnya.kita sesama sendiri tak sehaluan tak hapa punya mentality.orang red indian dulu pun sanggup mati2an berjuang utk kaumnya.malas lah saya nak cerita byak nanti ramai pulak yg merajuk.senang cerita kita dampingi bah sian kita draf satu pelan camana nak tombangkan sdr majid dan pilih calon yg layak utk bertanding presiden.paling senang nanti aku sewa 20 buah bas kilang.
posted by: Temuan Editor (reply)
post date: 05.12.09 (5:40 am)
Janganlah berbalah sesama oa kitak. Cari jalan penyelesainnya."Talk is Cheap". Ngap Sayop!! website : www.temuan.co.cc